2 Tahun Pertama Perkahwinan Penentu Hubungan Kekal Atau Putus – Apa Pendapat Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hubungan perkahwinan adalah 1 perkara yang mudah untuk dilakukan oleh kebanyakan pasangan, tetapi ia juga boleh jadi sukar untuk dipertahankan. Jadi bagaimana cara untuk mengekalkan sebuah ikatan rumah tangga?

Bermulanya ikatan rumah tangga

Lelaki dan wanita sememangnya dua individu dengan keinginan dan impian yang berbeza. Boleh dikatakan hampir kebanyakan wanita mempunyai impian untuk memiliki sebuah keluarga yang dilengkapi dengan kehadiran suami dan anak-anak.

Berlainan pula dengan kebanyakan lelaki, mereka akan lebih mahukan keseronokan, mencari wang dan menikmati kehidupan. Keadaan ini sering membuatkan hubungan perkahwinan yang terjalin bergelora.

Dalam sesebuah perhubungan, penting untuk setiap individu menyayangi pasangannya. Walau bagaimanapun, rasa sayang itu tidak akan mencukupi apabila ia melibatkan sebuah ikatan rumah tangga.

Setiap pasangan pasti mahukan hubungan perkahwinan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.  Namun adakalanya ia kecundang di tengah jalan.

Kegagalan ikatan yang terjalin boleh disebabkan pelbagai faktor dan antaranya mungkin disebabkan kasih sayang. 

Kajian 13 tahun

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Profesor Ekologi dan Psikologi Manusia di University of Texas di Austin, Dr Ted Huston mengenai tahap kepuasan dan tekanan dalam hubungan perkahwinan, tempoh 2 tahun pertama perkahwinan dapat meramalkan kepanjangan sesuatu hubungan perkahwinan. 

Kajian ini dilakukan pada tahun 1981, bermula dari hari pertama pendaftaran perkahwinan sehingga tempoh 13 tahun, dengan melibatkan lebih 150 pasangan berkahwin di 4 daerah kawasan luar bandar Pennsylvania.

Menerusi beberapa temubual, Dr Ted melihat cara individu dikaitkan dengan pasangannya semasa bercinta, mula berkahwin serta pada tahun-tahun pertama ikatan rumah tangga berlangsung.

Pengukuran mengenai perasaan positif dan negatif setiap pasangan serta perubahan yang berlaku dari masa ke masa turut diambil kira dalam kajian tersebut. 

Berbeza dengan kajian terdahulu yang dilakukan berkaitan perkahwinan, kajian Dr Ted ini dikatakan unik memandangkan ia melibatkan pasangan pada hubungan tahap awal, iaitu bermula dari zaman percintaan sehingga tahun-tahun pertama perkahwinan. 

ikatan-rumah-tangga-dan-hubungan-perkahwinan

2 tahun pertama amat penting

Penyelidikan tersebut dianggap dapat memberikan gambaran lengkap mengenai apa yang berlaku dalam sebuah hubungan perkahwinan. Terdapat 4 penemuan yang agak mengejutkan.

  1. Berlawanan dengan kepercayaan popular, Dr Ted mendapati kebanyakan pasangan pengantin baru ‘terlalu jauh’ daripada kasih sayang.
  2. Pasangan yang memulakan ikatan rumah tangga dengan kebahagiaan romantik cenderung berdepan perceraian dalam ikatan yang terbina kerana sukar mengekalkan tahap romantis mereka.
  3. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa hubungan perkahwinan yang wujud tanpa rasa romantik akan lebih berisiko untuk berakhir, namun ia sebenarnya salah. Percaya atau tidak, perkahwinan yang tidak didasari dengan ciri romantik dilihat lebih berkekalan.
  4. Paling penting, ikatan yang berakhir itu biasanya disebabkan oleh kehilangan rasa cinta serta kasih sayang antara pasangan. Ia bukan disebabkan oleh isu-isu interpersonal yang mengakibatkan berlakunya perpisahan.

Pada akhir kajian Dr Ted (tahun 1994), setiap pasangan yang terlibat dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu:

  • Berkahwin dan bahagia
  • Berkahwin dan tidak bahagia
  • Perceraian awal dalam tempoh 7 tahun perkahwinan
  • Perceraian lewat selepas tempoh 7 tahun perkahwinan

Pasangan berkahwin dan bahagia berada dalam hubungan penuh kasih sayang seperti pasangan baru berkahwin. Mereka kurang menyatakan perasaan negatif dan lebih melihat pasangan secara positif. Paling penting ia adalah satu perasaan stabil sepanjang masa. 

Berbeza dengan pasangan yang bercerai, dilihat sebagai pasangan baru berkahwin yang cukup romantik. Namun semakin lama tempoh perkahwinan, perasaan itu semakin berkurangan dan beransur-ansur hilang. 

Dr Ted menyimpulkan bahawa hubungan pasangan suami isteri ketika baru berkahwin akan memberi kesan kepada hubungan perkahwinan pada masa hadapan.

Faktor utama yang membezakan sama ada hubungan suami isteri berkekalan atau berakhir dengan perceraian adalah berdasarkan perubahan dalam hubungan pada tempoh 2 tahun pertama perkahwinan. 

Fasa dalam ikatan rumah tangga

Dalam perkahwinan terdapat beberapa fasa yang perlu diketahui, iaitu:

Fasa 1

5 tahun pertama perkahwinan

Adalah tempoh untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan pasangan apabila sudah duduk sebumbung. Dikatakan tempoh paling banyak dugaan seperti kesukaran memahami sikap pasangan. Dalam fasa ini memerlukan banyak sikap bertolak-ansur, berkomunikasi dan kesabaran. 

Fasa 2

5 hingga 10 tahun perkahwinan

Pada tempoh ini, suami isteri seharusnya sudah boleh memahami pasangan masing-masing, dan boleh mengelak sebarang punca konflik. Malah dengan kehadiran anak yang sudah membesar dan hubungan perkahwinan yang semakin stabil, maka kebanyakan pasangan sudah malas hendak merajuk.

Fasa 3

10 hingga 15 tahun perkahwinan

Walaupun kehidupan berumah tangga semakin stabil, namun ia tidak bermakna setiap pasangan suami isteri boleh bersikap sambil lewa. Pada tempoh ini, mungkin rasa bosan akan mula menyelubungi diri dan hati mula mencari lain. Keadaan ini mungkin kerana kebanyakan pasangan lebih memberi perhatian kepada anak-anak.

ikatan-rumah-tangga-dan-hubungan-perkahwinan

Fasa 4

15 hingga 20 tahun perkahwinan

Pada fasa ini, kebanyakan pasangan sudah selesa bersama. Biasanya kadar perceraian kurang untuk berlaku. Ada masanya akan wujud konflik, namun ia jarang untuk terjadi. Jika anda dan pasangan sudah melalui fasa 4, maka peliharalah hubungan tersebut agar kekal bahagia.

Kesimpulannya

Mungkin saintis menganggap 2 tahun pertama sebagai tempoh penting, namun hakikatnya bagi memelihara sebuah hubungan perkahwinan agar berkekalan, ia memerlukan kesabaran dan tolak ansur sepanjang tempoh perkahwinan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Anda rasa adakah seks penting dalam sebuah perhubungan? Baca artikel ini untuk tahu perkara berkaitan hubungan asmara dan kesihatan manusia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Lama Tak Bersama? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Untuk Bersetubuh

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara hubungan suami isteri

    Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    suami suka seks

    Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan