backup og meta

Pasangan Anda Miang Keladi? Nah, Minta Mereka Baca 5 Tip Ini Untuk Mengawalnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2020

    Pasangan Anda Miang Keladi? Nah, Minta Mereka Baca 5 Tip Ini Untuk Mengawalnya!

    Setiap dari kita pasti kenal akan seseorang yang miang keladi bukan? Pantang nampak individu lain jantina sahaja, pasti matanya akan meliar memerhatikan orang dari atas ke bawah.

    Individu sebegini selalu sahaja dilabelkan sebagai orang yang horny. Ia mungkin merupakan sesuatu yang normal kerana manusia memang lahir dengan nafsu seksual masing-masing.

    Namun, bagaimana jika sifat itu terlampau ketara sehingga menyebabkan orang lain tidak selesa?

    Maka, ia perlu dibuang atau disisih dari dalam diri. Persoalannya, apakah cara kurangkan miang keladi yang paling berkesan dan efektif?

    Jom kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Miang keladi itu adalah sesuatu yang normal?

    hubungan seksual

    Sebelum itu, kita perlu tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Ketahuilah bahawa rasa horny yang kita alami itu adalah sesuatu yang normal dan semua orang mempunyainya.

    Sudah lumrah manusia untuk seorang lelaki tertarik kepada wanita dan sebaliknya. Apa yang tidak normal adalah jika seseorang itu tertarik kepada manusia yang sama jantina.

    Ya, memang ramai yang memperjuangkan hak LGBTQ ini. Pun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia dan individu yang beragama Islam khususnya, perlu menolak gejala seks songsang ini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama, budaya dan bangsa.

    Walau bagaimanapun, menjadi orang yang terlalu miang keladi juga bukanlah sesuatu yang bagus. Ia mungkin membawa kepada pelbagai masalah sosial yang lain seperti ketagihan menonton video lucah, terlalu kerap melancap atau lebih bahaya boleh membawa kepada jenayah seperti cabul dan rogol.

    Oleh itu, wajarlah kita mencari jalan untuk membuang rasa horny yang berlebihan dalam diri.

    Cuba cara kurangkan miang keladi ini!

    seks

    Anda juga cepat horny apabila melihat individu berlainan jantina? Cuba cara ini:

    #1. Kurangkan miang keladi dengan mandi

    Menurut kajian, cara paling mudah untuk mengurangkan nafsu seksual yang sedang hangat membara adalah dengan mandi. Lebih tepat lagi, mandi dengan air yang sejuk untuk menenangkan diri anda.

    Cuma, jauhkan tangan anda dari menyentuh alat kemaluan, buah dada atau mana-mana lagi zon erotik anda ketika sedang mandi untuk mengelakkan diri lebih terangsang.

    #2. Melakukan senaman di dalam atau luar rumah

    Selain itu, anda juga boleh cuba cara yang sangat berkesan dan menyihatkan ini. Setiap kali anda terasa horny sahaja, cuba alihkan perasaan dengan melakukan senaman.

    Sama ada di dalam atau luar rumah, kedua-duanya tiada beza. Sebagai cadangan, mungkin anda boleh lakukan senaman dengan menggunakan punching bag? Jadikanlah ia sebagai satu sasaran untuk melepaskan perasaan miang keladi anda itu melalui tumbukan dan sepakan .

    #3. Minta seseorang untuk mencubit pipi anda

    Tidak, ia bukanlah bertujuan menyedarkan anda dari mimpi lena. Sebaliknya, ia untuk membuat anda tersedar atau terbangun dari sikap horny yang sedang membelenggu diri anda.

    Ini kerana kesakitan adalah sesuatu yang boleh mengubah perasaan dalam diri anda. Dari perasaan seperti gembira, seronok, sedih, marah atau berahi, ia boleh bertukar secara drastik jika tiba-tiba sahaja anda ditimpa kesakitan.

    Oleh itu, mintalah bantuan rakan anda untuk mencubit pipi atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kesakitan yang minimal untuk kurangkan miang keladi anda.

    Cuma jangan sampai menampar atau menumbuk dengan kuat pula ya? Risau terjadi pergaduhan pula nanti.

    masalah keputihan

    #4. Meditasi adalah cara kurangkan miang keladi yang bagus

    Horny adalah satu perasaan yang berlaku apabila terangsang secara seksual melihat individu berlainan jantina. Menurut ajaran agama Buddha, kita mampu mengawal apa-apa sahaja perasaan dengan bermeditasi.

    Caranya, cuba tenangkan diri dengan pejamkan mata dan berada dalam keadaan statik seperti duduk bersila dalam masa yang agak lama. Ia mungkin boleh membantu anda untuk mengalihkan perhatian anda.

    Namun, ini tidak bermaksud anda perlu menganut agama Buddha pula ya? Hanya amalkan meditasi ini sahaja!

    #5. Dekatkan diri kepada Tuhan

    Akhir sekali, ini adalah cara yang paling utama. Ketahuilah kerohanian adalah satu unsur yang sangat suci. Jadi, pemikiran kotor anda itu sudah pasti boleh merawat miang keladi yang menyelubungi diri.

    Caranya mudah sahaja. Banyakkan berzikir, mengaji atau solat sunat bagi individu yang beragama Islam. Bagi agama lain pula, lakukanlah ritual keagamaan yang boleh membuat anda kembali ke jalan yang benar.

    Konklusinya, miang keladi itu mungkin normal bagi setiap individu kerana kita semua punya nafsu seksual terhadap pasangan berlainan jantina. Namun, ia boleh jadi bahaya jika ia terlalu berlebihan sehingga mungkin boleh mengakibatkan anda terdorong untuk membuat jenayah seperti cabul atau rogol.

    Dalam pada itu, adalah tidak bagus juga otak kita dipenuhi dengan fantasi seks yang hanya akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada kehidupan kita. Maka, renung-renungkanlah dan selamat beramal dengan tip yang kami sediakan ini okay!

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan