Kajian tersebut mendapati berdasarkan semua tujuh faktor yang boleh dikawal tersebut, mereka yang dikenal pasti sebagai lesbian, gay dan biseksual mempunyai risiko 36 peratus lebih tinggi untuk mempunyai tahap kesihatan jantung yang tidak ideal.
Kesedaran risiko lebih tinggi perlu disedari golongan LGBT dan pakar kesihatan
Kajian terdahulu juga mendapati tahap penyalahgunaan alkohol dan tekanan yang lebih tinggi dalam kalangan golongan LGBT yang memerlukan campur tangan pakar kesihatan.
Ketidakpercayaan golongan minoriti ini kepada pakar kesihatan dan diskriminasi yang mungkin dihadapi daripada masyarakat juga mungkin menyumbang kepada masalah merokok, diet tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal.
Golongan minoriti seksual ini juga cenderung menghadapi kesan penyakit jantung yang lebih negatif berbanding individu heteroseksual, menurut Profesor Wayne Rosamond, pengerusi American Heart Association’s Epidemiology and Prevention panel.
Kesedaran mengenai risiko penyakit jantung ini perlu ditekankan agar golongan LGBT lebih mengambil berat tentang kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan perubatan yang mereka perlukan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen