Nak Kahwin Semula Dengan Bekas Pasangan? Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu Sebelum Betul-Betul Yakin!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Masih ada rasa sayang kepada bekas pasangan anda? Adakah anda pernah terfikir untuk berkahwin semula dengan si dia selepas bercerai?

Jika ya, ada 7 perkara harus anda pertimbangkan.

Berkahwin semula dengan si dia?

Kalau sudah jodoh anda berdua untuk bersama, biarpun berpisah beribu batu, pasti akan bersama kembali. Rasanya itu antara pepatah yang cukup kuat untuk menerangkan mengenai rahsia jodoh yang tidak akan dapat difahami oleh sesiapa pun.

Anda berdua telah sepakat untuk menoktahkan perkahwinan atas sebab sudah tiada persefahaman.

Namun, selepas berpisah hati kembali dijentik rasa sayang dan rindu kepada si dia. Adakah kerana anda berdua pernah hidup bersama?

Kita memang jarang mendengar pasangan yang sudah bercerai bersama semula, kerana masing-masing dianggap sudah meneruskan kehidupan atau move on. Tetapi sebenarnya masih wujud pasangan bercerai kembali hidup bersama. 

Malahan, berdasarkan kajian, hampir 15% pasangan bercerai kembali bersama dengan pasangan mereka. Mungkin akan ada yang bertanya, mengapa mereka kembali bersama?

Kenapa pasangan bercerai bersama kembali?

Ia adalah 1 perkara yang subjektif. Banyak faktor boleh mendorong seseorang individu itu untuk kembali menerima si dia dalam hidupnya sebagai pasangan. Mungkin hati yang terluka sudah sembuh.

Setiap individu pastinya mempunyai sebab tertentu yang berbeza mengapa pasangan bercerai memutuskan untuk berkahwin semula. Adakalanya ia disebabkan rasa rindu kepada insan yang pernah hidup bersama kembali menyelubungi diri setelah kemarahan atau kekecewaan hilang dari hati.

Ia pastinya akan lebih dirasai oleh mereka yang sudah bertahun-tahun hidup bersama. Biasanya akan wujud persoalan sama ada ikatan perkahwinan terdahulu masih dapat diselamatkan atau tidak. 

Ada juga individu yang berasakan mereka mungkin telah tersilap dengan membuat keputusan untuk berpisah. Adakah perceraian itu 1 kesilapan sedangkan hati masih sayang?

Berikut adalah beberapa sebab mengapa pasangan bercerai memilih untuk kembali bersama pasangan mereka:

  • Menyedari kehidupan sebagai ibu/ bapa tunggal adalah sukar dan tidak membahagiakan
  • Menganggap bahawa keputusan untuk berpisah adalah 1 kesilapan atau sebab terpaksa
  • Masih mempunyai perasaan cinta dan sayang kepada bekas pasangan
  • Mengalami perasaan peribadi yang membawa mereka kembali mengingati hubungan terpisah
  • Merindui perkara yang biasa dilakukan bersama bekas pasangan
  • Sudah dapat memaafkan atau melupakan apa yang pernah dilakukan oleh bekas pasangan
  • Masih mengekalkan hubungan positif dengan bekas keluarga mentua

berkahwin semula selepas bercerai

Yakin untuk bersama kembali

Jika anda mungkin mempunyai perancangan untuk l berkahwin semula bersama bekas pasangan, pastinya ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan.

Anda berdua perlu bersedia untuk perkara-perkara yang mungkin berlaku. 

Selain mungkin mendapat tentangan daripada ramai pihak seperti keluarga, anda perlu mengetahui bahawa kebanyakan perkahwinan semula kembali berakhir dengan perceraian. Tambah membimbangkan adalah lebih banyak perkahwinan semula yang tidak bertahan lama. 

Jika anda masih ingin bersama kembali dengan pasangan dan komited untuk membina ikatan perkahwinan yang baru, ada 3 perkara yang perlu anda tanamkan dalam fikiran:

  1. Akan wujud ramai pihak yang menentang keputusan anda.
  2. Segalanya perlu dilakukan dengan terancang dan perlahan-lahan.
  3. Anda perlu berjumpa dengan kaunselor perkahwinan dan mengambil semula kursus perkahwinan.

Perkara perlu dipertimbangkan sebelum berkahwin semula

Anda yakin dengan keputusan anda untuk berkahwin semula dengan si dia walaupun hati anda perlu kecewa dan terluka disebabkan perbuatan si dia? Anda benar-benar sudah memaafkan si dia?

Jika ya, anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya berehat daripada bersama untuk tempoh minimum setahun sebelum mengikat kembali hubungan perkahwinan. Dalam tempoh itu, anda perlu meluahkan sebab mengapa anda memilih untuk bercerai dahulu.

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan ikatan perkahwinan kali kedua yang lebih berjaya dan bahagia:

  1. Kaunseling

Pakar kaunseling perkahwinan bersetuju bahawa pasangan yang ingin bersama kembali perlu belajar daripada sejarah perkahwinan terdahulu atau anda berdua akan kembali melakukan kesilapan yang sama

Secara jujur, lihat kembali perkara yang menyebabkan perceraian. Jika kewangan adalah puncanya, maka anda berdua perlu jelas mengenai perbelanjaan. Seandainya berlaku kerana curang, bina kembali kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan antara satu sama lain. 

  1. Menyedari kesilapan diri

Perceraian berlaku kerana kesilapan kedua-dua pihak. Jika kecurangan adalah punca perceraian, pastinya ada masalah lain yang turut berlaku. Jangan saling menyalahi, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik.

Akui kesilapan anda dalam melaksanakan tanggungjawab pada perkahwinan terdahulu. Jika anda tidak dapat melakukannya, perkahwinan kali kedua mungkin berisiko untuk kecundang kembali. 

  1. Mengenai anak

Jangan bersama kembali kerana anak semata-mata. Tetapi bersama kerana anda dan si dia masih menyayangi antara 1 sama lain serta mempunyai keinginan untuk kembali bersatu dalam ikatan perkahwinan.

Jika mempunyai anak, sebaiknya elakkan daripada membiarkan mereka mengetahui bahawa anda kembali menjalinkan hubungan dengan bekas pasangan anda. Ia mungkin akan menyebabkan mereka mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dan berisiko mengalami kekecewaan. 

  1. Realistik

Sentiasa ingat bahawa perkahwinan terdahulu sudah tamat. Jangan dihantui oleh ikatan tersebut. Sebaiknya tinggalkan kenangan lalu dan mula untuk fokus membina masa hadapan yang baru bersama-sama.

Letakkan harapan yang realistik kerana anda berkahwin semula dengan individu yang sama. Maka kecenderungan untuk tabiat buruk yang menjengkelkan masih ada.

Jika dalam tempoh kembali menjalinkan hubungan itu anda menyedari sesuatu yang tidak sepatutnya, usah memaksa diri meneruskan hubungan.

berkahwin semula selepas bercerai

Teruskan jika anda yakin

Tiada salahnya untuk kembali bersama dengan bekas pasangan anda walaupun selepas bercerai. Siapa tahu anda mungkin akan lebih bahagia pada perkahwinan kali kedua bersama bekas pasangan. Jodoh adalah rahsia Tuhan, bukan?

Namun, pastikan keputusan yang anda lakukan adalah atas kerelaan diri sendiri dan bukan demi kepentingan pihak lain, khususnya anak-anak. Ini kerana yang perlu hidup bersama pasangan, tidur sekatil dengan pasangan adalah anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    2 Tahun Pertama Perkahwinan Penentu Hubungan Kekal Atau Putus – Apa Pendapat Anda?

    Hubungan perkahwinan merupakan 1 perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi sukar dipertahankan. Bagaimana cara untuk mengekalkan sebuah ikatan rumah tangga?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Move On? Ada 7 Cara Melupakan Si Dia – Nombor 5 Paling BEST

    Apabila perpisahan berlaku, perkara paling sukar dilakukan adalah untuk melupakan si dia. Ini 7 cara untuk bantu anda cepat move on.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/02/2020 . 4 minit bacaan

    Ibu Atau Ayah? Ini Jawapan Siapa Dapat Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai…

    Apabila berlaku perceraian, persoalan paling utama dan sering ditimbulkan adalah mengenai siapakah yang lebih berhak mendapat hak penjagaan anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/02/2020 . 3 minit bacaan

    Hubungan Perkahwinan, Kenapa Sukar Untuk Dikekalkan?

    Sebuah hubungan perkahwinan takkan pernah dapat lari daripada cabaran. Tetapi mengapakah perhubungan itu sukar untuk dikekalkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hak-penjagaan-anak-ketika-covid-19

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2020 . 3 minit bacaan
    cara menghadapi putus cinta

    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/04/2020 . 3 minit bacaan
    pasangan china bercerai

    Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan
    hadapi-stigma-perceraian-perkahwina-perpisahan

    5 Cara Hadapi Stigma Perceraian – Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/03/2020 . 3 minit bacaan