6 Aktiviti MENARIK Anda Boleh Buat Bersama Yang Tersayang Pada Hari Valentine!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Tiba sahaja tarikh 14 Februari, pasti ramai pasangan kekasih akan kelam-kabut memikirkan aktiviti yang boleh dibuat bersama yang tersayang pada Hari Valentine. Tenang, Hello Doktor ada cadangan yang mungkin boleh membantu anda.

Pun begitu, harus diingatkan bahawa Hari Valentine adalah haram disambut oleh individu yang beragama Islam. Jadi, artikel ini ditulis bukanlah untuk menggalakkan umat Islam meraikannya. Sebaliknya, ia lebih ditujukan buat pembaca yang menganut agama lain.

Jadi, apa yang boleh anda dan pasangan buat pada Hari Kekasih ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Tiada idea? Ini aktiviti menarik untuk menghangatkan Hari Kekasih

hari valentine

Hari Valentine sangat sinonim dengan cinta, kasih sayang dan segala perkara yang romantis. 

Namun, adakah anda mahu menghabiskan hari yang tiba setahun sekali ini hanya dengan berpelukan di atas sofa bersama pasangan sahaja?

Khas buat pembaca, ini kami sediakan beberapa aktiviti yang anda dan pasangan boleh buat pada Hari Kekasih untuk menjadikan ia lebih menarik dan bermakna:

#1. Kunjungi restoran yang sudah lama diidamkan

Setiap pasangan mesti mempunyai tempat makan yang sudah lama diidamkan. Cuma, mungkin faktor masa dan kewangan menjadi kekangan untuk pergi ke tempat tersebut.

Jadi, Hari Valentine adalah hari yang paling sesuai untuk anda dan pasangan merealisasikan hasrat itu. Maka, ajaklah pasangan anda ke restoran terbaik dengan menggayakan pakaian yang tercantik. Cuma, pastikan anda menyimpan duit dan meminta cuti dari majikan awal-awal ya? 

Selain itu, anda mungkin boleh buat tempahan di restoran tersebut beberapa bulan lebih awal lagi. Ini bertujuan mengelakkan lokasi yang dipilih itu full house. Dengan berbuat demikian, tiadalah lagi drama perancangan last minute untuk memilih tempat makan antara anda dan pasangan!

Dalam pada itu, jangan pula anda berdua lupa untuk makan secara sihat. Pilihlah menu yang sedap namun seimbang agar diet anda dan pasangan tidak terjejas.

#2. Menonton cerita romantis dengan pasangan

Jika sebelum ini anda berdua asyik tengok cerita aksi, komedi atau seram di panggung wayang, apa kata anda tukar genre itu pada Hari Valentine?

Tidak salah jika kadangkala anda mengubah cita rasa dengan menonton cerita romantis di pawagam. Ini sudah pasti dapat membuat anda dan pasangan teringat dan terimbau kembali zaman awal-awal bercinta dahulu.

Namun, bagaimana jika anda berdua tidak berminat untuk tengok wayang? Jangan risau, anda boleh lakukannya di rumah. Pasang sahaja cerita romantis di televisyen atau laptop sambil berbaring dan berpeluakan di sofa.

Selepas itu, mungkin anda boleh sambung aktiviti anda ini dengan beraksi hebat di ranjang?

#3. Melancong ke destinasi yang menarik untuk sambut Hari Valentine

Anda dan pasangan memang minat melancong? Ini adalah berita baik buat anda!

Apa kata anda berdua tetapkan Hari Valentine sebagai hari untuk melancong bersama pasangan? Tidak perlu terlalu jauh atau terlalu lama, short vacay sahaja sudah mencukupi. 

Namun tidak salah juga jika anda hendak pergi ke destinasi luar negara seperti Bali atau Paris, yang memang terkenal sebagai destinasi untuk pasangan yang bercinta. 

Jadi, apa lagi anda tunggu? Sila tempah tiket penerbangan dan hotel anda sekarang!

hari valentine

#4. Bawa pasangan ke konsert nyanyian atau persembahan komedi

Sudah terlalu bosan dengan aktiviti mingguan bersama pasangan seperti menonton wayang? Jangan risau, di Hari Valentine ini mungkin anda berdua boleh mengubahnya.

Selain bermain boling atau berjalan berpegangan tangan di taman bunga, anda juga boleh bawa pasangan ke konsert nyanyian atau persembahan komedi yang berdekatan.

Aktiviti seperti ini sudah pasti akan membawa kegembiraan dan gelak tawa yang besar kepada anda berdua. Tidaklah hubungan percintaan anda hambar sahaja bukan?

Selain itu, aktiviti ini juga adalah satu terapi yang bagus untuk merawat masalah mental seperti stres yang anda hadapi sepanjang tahun ekoran terlalu sibuk bekerja. 

Jadi, gunakan peluang untuk berhibur sambil ketawa sakan bersama pasangan anda di Hari Kekasih!

#5. Berdansa berdua sambil diiringi muzik kegemaran

Selalu tengok filem cinta dari negara barat? Jika ya, mesti akan ada adegan di mana pasangan kekasih berpeluk dan berdansa sambil diiringi muzik perlahan seakan berada di kayangan.

Apa kata anda realisasikan babak ini ke dalam dunia nyata? Jangan malu, ia mungkin akan nampak janggal pada permulaan. Namun, anda mungkin akan merasai sensasinya setelah anda berdua telah mendapat rentaknya.

Dalam masa yang sama, pasangkan juga muzik kegemaran anda berdua. Lebih tepat lagi, muzik yang akan membuat anda dan pasangan teringat dan terimbau kembali zaman awal-awal bercinta dahulu.

Kemudian, akhiri tarian anda berdua ini dengan seks yang hangat!

#6. Seks yang hangat pada malam Hari Valentine

Tiada aktiviti yang lebih menarik dan bermakna bagi pasangan kekasih melainkan seks! Ini kerana ia adalah aktiviti yang paling ideal untuk memenuhi setiap keperluan dan kemahuan seksual individu.

Namun, janganlah asyik posisi yang sama sahaja. Apa kata di Hari Valentine ini anda variasikan aksi hebat anda dan pasangan di ranjang?

Terdapat banyak posisi yang unik untuk anda berdua cuba selain missionary atau doggy style. Apa kata cuba sesuatu yang lebih ‘panas’?

Mungkin anda dan pasangan boleh cuba posisi seperti woman on top, spooning, standing, 69 dan macam-macam lagi!

hari valentine

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat banyak aktiviti menarik anda boleh buat bersama yang tersayang pada Hari Valentine, seperti yang telah kami cadangkan di atas ini.

Pun begitu, sekali lagi ditegaskan bahawa Hello Doktor tidak menggalakkan sebarang sambutan Hari Kekasih ini dalam kalangan umat Islam.

Dalam pada itu, kenapa kita perlu meraikan kekasih kita hanya pada Hari Kekasih sahaja? Mereka adalah insan istimewa yang berada di sisi kita pada setiap masa. Jadi, lebih wajar jika kita meraikan pasangan kita pada setiap hari!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan