Wahai Lelaki, Ini 7 Punca Air Mani Berwarna Merah Seakan Bercampur Dengan Darah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Saat ejakulasi menandakan bahawa nafsu syahwat anda telah puas dan keperluan seksual anda telah berjaya dipenuhi. Namun, cuba anda bayangkan air mani yang terpancut dari zakar anda berwarna merah seakan darah.  Ngeri dan cemas, bukan?

Apa yang anda perlu tahu mengenai air mani?

Seorang lelaki normal boleh menghasilkan kira-kira 2 hingga 6 ml cecair ini apabila berejakulasi. Sebelum dipancutkan keluar, ia terhasil di testis dan disimpan di epididimis.

Untuk bergerak keluar, cecair ini perlu melalui vas deferens, iaitu sistem saluran ejakulasi yang menuju ke hujung lubang zakar.

Namun, ia akan mengalami kesukaran dan tidak mampu untuk melaluinya secara sendiri. Disebabkan itu, wujud pelbagai cecair yang membantu melancarkan pergerakannya yang datang daripada vesikel mani, kelenjar prostat serta bulbourethral.

Persoalannya, apakah yang wujud di dalam cecair ini?

Apa komposisi utama air mani?

Cecair ini sudah pasti mempunyai sperma. Akan tetapi, ada beberapa kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif lelaki yang akan mengakibatkan kekurangan atau ketiadaan sperma.

Berikut merupakan masalah berkenaan sperma yang diperkatakan:

  • Oligozoospermia – Masalah kuantiti sperma yang rendah
  • Asthenozoospermia – Masalah mobiliti sperma
  • Teratozoospermia – Masalah morfologi sperma
  • Oligoasthenoteratozoospermia – Masalah kuantiti sperma rendah serta gangguan pada mobiliti dan morfologi sperma
  • Azoospermia – Masalah ketiadaan sperma

Jadi, keberadaan sperma di dalam cecair ini adalah sangat bergantung kepada tahap kesihatan sistem reproduktif  individu itu sendiri.

Ia juga mengandungi asid sitrik, asid amino, potasium, zink, enzim, fruktosa, prostaglandin dan phosphorylcholine.

Apa warna sebenar air mani?

Cecair ini secara normalnya mempunyai warna yang terang dan jernih. Ia mungkin kelihatan berwarna putih, sedikit kuning atau sedikit kelabu.

Namun, ada lelaki yang mengeluarkan air mani berwarna merah seakan bercampur dengan darah. Jadi, apakah punca masalah ini berlaku?

Cecair ini akan mempunyai warna merah seakan darah kerana ia sememangnya bercampur dengan darah. Ia disebabkan oleh satu kondisi yang dikenali sebagai haemotospermia.

Terdapat beberapa punca kondisi ini berlaku kepada sesetengah lelaki, seperti:

golongan lelaki

#1. Infeksi atau inflamasi

Ini adalah punca utama darah bercampur dengan cecair ini.

Darah pada air mani mungkin datangnya dari infeksi atau inflamasi pada kelenjar, tiub, struktur atau saluran yang menghasilkan dan mengalirkan air mani, termasuklah pada:

  • Kelenjar prostat yang menghasilkan cecair ini
  • Tiub urethra yang menyalurkan cecair ini
  • Struktur seminal vesikel yang menambahkan kuantiti cecair ini
  • Saluran epididimis dan vas deferens yang mengalirkan cecair ini

Kondisi ini juga mungkin berpunca daripada sexually transmitted disease (STD) seperti gonorrhea atau klamidia serta pelbagai jangkitan virus dan bakteria yang lain.

#2.  Prosedur perubatan

Darah pada air mani adalah perkara yang normal selepas seseorang individu itu baru sahaja menjalani sebarang prosedur perubatan. Antara prosedur perubatan yang boleh menyebabkan kondisi ini berlaku adalah:

  • Biopsi prostat
  • Terapi radiasi
  • Vasektomi
  • Suntikan untuk merawat masalah buasir
  • Rawatan untuk merawat masalah kencing

#3. Ketumbuhan pada alat sulit

Menurut kajian, lebih daripada 900 pesakit yang mengalami kondisi ini sebenarnya mempunyai ketumbuhan pada kelenjar prostat mereka.

Bukan sahaja tumor atau polip, ketumbuhan ini juga mungkin disebabkan oleh kanser pada buah zakar, pundi kencing serta salur kencing. Jadi, segera berjumpa doktor jika anda juga mempunyai masalah ini.

#4. Kecederaan pada alat sulit

Kecederaan pada organ seks lelaki iaitu zakar juga boleh mendorong kepada kondisi air mani bercampur dengan darah berlaku. Ia berlaku akibat aktiviti seksual yang melampau atau onani secara keterlaluan.

Jadi, sila berjaga-jaga  dengan kehidupan seks anda bersama pasangan, ya? 

#5. Berlaku sekatan pada saluran atau organ seks

Setiap saluran atau organ seks yang terdapat dalam sistem pembiakan lelaki boleh tersekat. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh masalah BPH (Benign Prostatic Hyperplasia) atau dalam bahasa mudahnya masalah pembesaran prostat.

Masalah ini akan mengakibatkan pembuluh darah pecah sekali gus, mengeluarkan darah yang boleh bercampur dengan air mani.

#6. Masalah pada saluran darah

Semua struktur kecil yang terlibat dalam proses ejakulasi, dari prostat sehinggalah ke tiub kecil yang menyalurkan sperma mempunyai saluran darah. Jika berlaku kecederaan pada mana-mana struktur ini, air mani sudah pasti akan bercampur dengan darah.

#7. Masalah perubatan lain

Lebih kurang 15% kes darah dalam cecair ini tidak diketahui punca sebenarnya. Namun, ramai pakar telah menyimpulkan bahawa ia mungkin disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan yang lain seperti:

Kebanyakan kes sebegini sebenarnya akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan. Namun, ia masih memerlukan pemantauan. Sebaiknya, segera berjumpa doktor jika masalah ini berlaku kepada anda.

air-mani-merah

Konklusi

Ada beberapa punca air mani berwarna merah seakan bercampur dengan darah. Jadi, segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalaminya untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk sehingga menjejaskan hubungan intim anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
kanser testis adalah

Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan