backup og meta

Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/05/2021

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Telur mungkin boleh mencetuskan simptom-simptom bagi sindrom iritasi usus atau lebih dikenali sebagai IBS, ini kenyataan daripada Ahli Gastroenterologi, Dr. Christine Lee.

    Namun, katanya, ia bergantung kepada respons tubuh seseorang itu. Bagaimana telur boleh menyebabkan iritasi pada usus kita?

    Ringkasan berkenaan sindrom iritasi usus atau IBS

    Sindrom iritasi usus adalah satu penyakit atau gangguan gastrousus yang biasa berlaku.

    Ia boleh menyebabkan beberapa keadaan pada tubuh anda seperti sakit-sakit pada tubuh badan, kembung perut, sembelit, kekejangan perut, cirit-birit dan juga gas dalam perut.

    Simptom-simptom ini boleh berlaku secara tidak teratur. Ia mungkin terjadi dalam satu-satu masa, dan menghilang dalam waktu yang lain. 

    Pemicu kepada berlakunya sindrom iritasi usus

    Setiap individu tidak mempunyai simptom yang sama antara satu sama lain. Ada sesetengah IBS yang berlaku disebabkan oleh stres, dan ada juga disebabkan oleh perkara lain seperti makanan dan minuman.

    Antara jenis pencetus kepada IBS yang sering berlaku ialah:

    • Pengambilan makanan yang kurang pelbagai dan tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh
    • Beberapa jenis makanan pencetus IBS seperti gluten, produk tenusu, kacang soya, jagung, telur dan brokoli
    • Kandungan bakteria dalam usus yang tidak seimbang. Ini boleh terjadi setelah mengambil ubat antibiotik atau setelah pulih daripada jangkitan
    • Mikrob atau toksin daripada makanan yang tercemar seperti salmonella dan E. coli
    • Mempunyai tekanan atau kurang bersenam dan bersukan

    Adakah telur menyebabkan cirit-birit dan simptom IBS yang lain?

    iritasi pada usus

    Persoalan berkenaan pemakanan telur ini bergantung kepada keadaan yang anda alami.

    Bagi anda yang mengalami sembelit atau sakit-sakit badan, telur boleh memburukkan lagi IBS anda. Telur mengandungi kandungan protein yang boleh memburukkan lagi keadaan sembelit yang dialami.

    Namun, bagi mereka yang mengalami masalah cirit-birit, telur boleh membantu melegakan keadaan kesihatan anda.

    Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap telur pula, anda semestinya tidak boleh mengambil telur dalam diet anda. 

    Kenapa telur sebabkan simptom-simptom gangguan pencernaan?

    Telur bukanlah pencetus sebenar kepada simptom-simptom IBS ini. Tetapi, mengapa ada sesetengah individu yang mengalami simptom-simptom IBS ini?

    Telur sememangnya boleh menyebabkan simptom-simptom pencernaan seperti kekejangan perut, loya tekak dan cirit-birit.

    Jika anda mengalami keadaan seperti ini, ia mungkin bermakna bahawa anda sedang mengalami alahan telur.

    Alahan berlaku apabila sistem imun tubuh badan anda tersalah memberikan reaksi terhadap protein dalam tubuh badan anda.

    Sebahagian daripada reaksi ini kemudiannya menyebabkan simptom-simptom seperti masalah pencernaan. 

    12 jenis makanan perlu elak bagi mereka yang mempunyai sindrom iritasi pada usus

    • Serat tidak larut: Serat tidak larut hanya akan menyebabkan kembung perut dan sakit-sakit badan menjadi lebih teruk
    • Gluten: Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum dan beras. Gluten boleh menyebabkan reaksi imun yang serius seperti intoleransi gluten
    • Produk tenusu: Produk tenusu boleh menyebabkan cirit-birit bagi sesetengah individu disebabkan kandungan lemaknya yang tinggi
    • Makanan bergoreng: Makanan bergoreng turut mempunyai kandungan lemak yang tinggi, sekali gus menyebabkan simptom IBS menjadi lebih teruk
    • Kekacang dan bijian: Sejenis sebatian yang terdapat dalam kekacang ini sangat tahan terhadap proses pencernaan oleh enzim daripada usus. Ia boleh menyebabkan gas dalam perut, kembung perut dan kekejangan perut
    • Minuman yang mengandungi kafein: Kopi yang mengandungi kafein boleh menyebabkan kesan rangsangan pada usus yang kemudiannya menyebabkan cirit-birit
    • Makanan yang diproses: Kandungan pengawet dan bahan tambahan dalam makanan ini boleh mencetuskan sindrom iritasi pada usus
    • Pemanis tanpa gula: Alkohol gula agak sukar untuk diserap oleh tubuh terutamanya dalam kalangan mereka yang mempunyai IBS. Ia boleh menyebabkan gas dalam perut dan ketidakselesaan berkaitan pencernaan
    • Coklat: Coklat juga boleh memicu IBS disebabkan kehadiran lemak serta gula dan kandungannya
    • Alkohol: Alkohol adalah antara pencetus utama bagi mereka yang mempunyai IBS
    • Bawang putih dan bawang merah: Bawang mungkin agak sukar untuk dicerna oleh usus anda sehingga boleh menyebabkan kehadiran gas dalam perut anda
    • Brokoli dan bunga kubis

    10 makanan boleh dimakan bagi mereka yang mempunyai sindrom iritasi pada usus

    sindrom iritasi usus

    • Daging tanpa lemak
    • Telur
    • Ikan salmon
    • Sayur-sayuran seperti lobak merah, terung, kentang, keledek dan tomato
    • Sayuran berdaun seperti salad, kale, kubis dan bayam
    • Buah-buahan seperti avokado, pisang, beri biru, anggur, limau, lemon, oren dan betik
    • Kekacang seperti badam dan walnut
    • Bijian seperti biji labu dan biji bunga matahari
    • Makanan yang ditapai seperti kimchi, kombucha dan yogurt
    • Air rebusan tulang atau sup tulang

    Kesimpulan

    Jelas sekali telur bukanlah pencetus kepada masalah IBS ini. Namun, jika anda mengalami beberapa reaksi setelah makan telur, ia berkemungkinan adalah disebabkan oleh alahan telur.

    Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom gangguan IBS ini, anda boleh mengikuti cadangan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diambil seperti yang dinyatakan di atas ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 26/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan