Tip Elak Membawang di Hari Raya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sekalian kaum hawa -dan sebahagian kaum adam- daripada seluruh pelusuk dunia tahu betapa mudahnya jadi tersangkut pada perbualan terkini di hari raya tentang bagaimana si Nana dan Hadi sudah tidak lagi bertunang, atau bagaimana anak Pak Cik Samad masuk pusat serenti. Atau bagaimana Si Kinah sudah berhenti kerja jururawat. Atau mengapa Senah dan Ipah sudah tidak lagi berkawan.

Walaupun semua ini kelihatan seperti ‘berita terkini’, ia sebenarnya adalah umpatan. Dan bagi sesetengah orang, raya tidak akan bermakna tanpa ‘membawang’, istilah yang dipopularkan netizen bagi perbuatan mengumpat.

Membawang bukan bererti memfitnah perkara yang tidak benar, sebaliknya sama dengan definisi ghibah atau mengumpat yang dilarang dalam Islam. Iaitu terhadap perkara yang tidak disenangi walaupun benar, seperti ketinggian atau berat badan seseorang.

membawang

Menahan diri daripada membawang mungkin sukar kerana ia sangat mudah dilakukan. Perbualan yang biasa boleh bertukar menjadi umpatan dalam sekelip mata. Anda boleh terjebak ke dalam sesi membawang tanpa anda sendiri sedari. TETAPI ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.

Elakkan ‘mak cik bawang’

Sesetengah orang langsung tidak mempunyai idea untuk berbual jika bukan mengenai orang lain. Elakkan perbualan dengan mereka yang tidak akan berhenti mengumpat, walaupun ‘mak cik bawang’ sebegini mungkin menarik perhatian ramai dengan perkongsian cerita yang menarik di hari raya.

Dunia ini bulat

Sentiasa ingat bahawa apa sahaja yang digosipkan boleh kembali kepada orang yang diperkatakan. Adakah anda benar-benar ingin dicalitkan nama pada gosip yang disebarkan? Ingat juga, jika anda sudah dilabelkan sebagai ‘mak cik bawang’, orang lain akan susah untuk mempercayai anda. Rakan karib anda sendiri akan merasa susah untuk meluahkan perasaan kepada anda. Membawang boleh membawa kepada banyak kesan, termasuklah putus persahabatan dan kehilangan kepercayaan.

Diam lebih baik

Ketiga, cubalah untuk tidak mendengar gosip tersebut. Anda tahu siapa dalam kalangan sahabat anda adalah seorang ‘mak cik bawang’, jadi cuba untuk tidak memulakan bicara dengannya. Jika dia dengan penuh berkemahirannya membangkitkan isu tentang seseorang, cuba untuk berdiam diri. Anda tidak perlu membalas bual bicaranya, melainkan untuk menafikan apa yang dibangkitkannya. Ya, anda masih juga membawang, tetapi sekurang-kurangnya anda cuba membetulkan persepsi orang lain kepada mangsa yang ‘dibawangkan.

Keluarkan diri

Jangan terperangkap dalam perbualan gosip. Contohnya jika anda sedang bersama dengan rakan-rakan di pagi raya dan si Minah memulakan bicara tentang sesuatu perkara berkaitan si Bedah. Hanya cari alasan untuk mengundur diri seperti pergi ke tandas. Ini adalah langkah paling senang untuk menyingkirkan diri anda daripada perbualan tersebut dan mengelakkan godaan untuk sama-sama menambah cerita.

Elakkan tempat membawang

Jangan menyangka mengundurkan diri daripada sesi membawang fizikal bermakna anda telah selamat. Internet kini menawarkan ruang membawang tanpa batasan. Apa pun tempatnya, jangan meletakkan diri anda dalam suasana di mana membawang adalah norma, kerana anda pasti akan terjebak sama.

Jangan tanya soalan umpatan

Soalan-soalan yang kedengaran biasa boleh membawa kepada membawang. “Sudah lama saya tak melihat si Joyah, apa khabar dia agaknya,” daripada mendapat jawapan mudah yang anda inginkan, maklum balas mungkin akan terarah kepada masalah rumah tangga si Joyah. Oleh itu, elakkan bertanya tentang orang yang tidak hadir kerana bimbang menimbulkan sesi membawang.

Bangkitkan topik lain

Mengganggu sesi gosip dengan topik yang berbeza juga boleh berkesan. Jika kawan anda sedang sibuk memperkatakan tentang betapa ketat baju si Mamat pada raya tahun lepas, alihkan perhatian mereka dengan membangkitkan isu lain yang berkaitan seperti dari mana mereka membeli baju raya mereka tahun ini. Mereka akan segera teruja untuk berkongsi pengalaman masing-masing, apatah lagi si Senah yang telah bertawaf sebulan di sepanjang Bangi Sentral untuk mendapatkan kurung peplum idamannya.

Ingat-mengingati

Buat komitmen dengan kawan-kawan anda untuk membantu satu sama lain untuk tidak membawang. Komen ringkas seperti “Eh, kita ini sudah seperti mengumpat pula,” biasanya sudah cukup untuk mengubah perbualan ke arah yang betul.

Maafkan sesama kita

Kita semua pernah membuat silap, dan barangkali pernah membawang tentang keadaan orang lain. Sebagaimana anda menyesal atas ketelanjuran kata yang lalu, maafkan juga orang yang menjadikan anda bahan untuk ‘dibawangkan’.

Berazamlah daripada sekarang untuk membina budaya Aidilfitri yang bebas membawang. Berpegang dengan tip ini dapat membantu anda menahan diri. Cepat atau lambat, ‘mak cik-mak cik bawang’ ini juga tidak lagi akan mempunyai teman untuk berkongsi cerita panas mereka.

Makcik Bawang Punca Anak Masuk Hospital #MyDoctors

Bila baru ada anak, kena bawak anak pergi beraya. Kalau tak, Makcik Bawang mengata! Tapi bila anak sakit sebab kena cium, peluk, gomol siapa nak tanggung? Share video ni kalau korang pernah alami situasi sama. #MyDoctors

Posted by Astro Gempak on Wednesday, 6 June 2018

video ihsan Astro Gempak

Ingat, apabila semua orang menahan diri daripada menghukum, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih bahagia dan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Anda mempunyai niat untuk berhenti merokok semasa Ramadan? Klik artikel ini untuk 5 tip berkesan yang boleh jadikan bulan puasa kali ini lebih bermakna!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sambutan hari raya

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan
    sembahyang raya

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan