Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda bukanlah seorang rakyat Malaysia yang sejati atau tulen jika tidak mengenali bunga yang satu ini; bunga raya. Mengapa kami kata begitu? Kerana bunga raya adalah bunga kebangsaan negara Malaysia dan ia adalah perlambangan atau simbolik kepada 5 Rukun Negara. Pokok bunga raya biasa ditanam di halaman hadapan rumah sebagai tanaman penyeri dan mungkin sedikit yang mengetahui khasiat bunga raya ini. Ramai yang tidak percaya bahawa pokok bunga raya ini juga mempunyai khasiat sepertimana pokok-pokok herba terkenal yang lain. Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan teh bunga raya? Jangan malu dan segan untuk teruskan pembacaan melalui artikel ini.

Bahagian pokok bunga raya yang boleh digunakan

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa beberapa bahagian pokok bunga raya ini digunakan untuk pelbagai tujuan di seluruh dunia. Antaranya ialah:

Potensi kurangkan tekanan darah

teh bunga raya

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 dalam Natural Medicine Journal menyatakan bahawa, teh bunga raya dan ekstrak pokok bunga ini berpotensi mengurangkan tekanan darah dan tahap kolesterol.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan bagi menyokong teori ini, ini merupakan satu berita kecil yang amat menjanjikan.

Orang-orang Mesir purba telah menggunakan teh bunga raya ini bagi menurunkan suhu badan dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Di Afrika pula, ia digunakan untuk merawat sembelit, penyakit hati dan simptom selesema. Pulpa daunnya pula digunakan untuk merawat luka. 

Potensi mengurangkan berat badan

teh bunga raya

Bunga raya mempunyai potensi yang menjanjikan dalam membantu mengurangkan berat badan selain mempunyai ciri anti kanser.

Kajian terbaharu menyatakan, ekstrak pokok bunga raya ini mungkin mempunyai kesan terhadap metabolisme yang boleh mengelakkan obesiti dan pengumpulan lemak dalam hati.

Tidak terdapat kajian yang menyeluruh mengenai teori ini, walau bagaimanapun, sesetengah kajian seperti yang diterbitkan dalam jurnal Toxicology and Appied Pharmacology menyatakan, anthocyanin yang terdapat dalam bunga ini merupakan kunci kepada ciri anti kanser yang dimilikinya.

Penggunaannya dalam perubatan tradisional

teh bunga raya

Bunga raya ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional orang-orang Cina dan Ayurveda. Akarnya digunakan untuk membuat campuran herba sebagai remedi keguguran rambut, batuk yang berpanjangan dan untuk menghilangkan kutu rambut.

Pokok bunga dengan bunga yang kemerahan ini bukan hanya popular di Malaysia, malah ia turut popular dalam budaya masyarakat di bahagian lain dunia.

Ia amat dihargai dalam perubatan tradisional Cina, sebab itulah bunga ini kadangkala disebut sebagai ‘ Chinese hibiscus’ atau ‘China rose’.

Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba dengan mengeringkan kelopak bunga ini dan menjadikannya sebagai bahan utama teh bunga raya. Teh bunga raya, dengar macam sedap!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Lebih Ramai Yang Gemuk Berbanding Lelaki, Benar Ke? Ini Dapatan Kajian!

Ramai yang percaya bahawa wanita gemuk adalah lebih ramai berbanding lelaki! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

Orang Nak Kurus Tak Boleh Makan Malam? SALAH! 6 Snek Ini Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur

Demi dapatkan berat ideal, ramai paksa diri untuk berlapar ketika malam, tapi tahukah anda terdapat makanan diet malam yang boleh diamalkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

Berdiet adalah pilihan kebanyakan individu yang mahu menurunkan berat. Tapi banyak yang terhenti di tengah jalan. Jom cuba 7 cara menguruskan badan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
senaman kardio

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
berat badan berlebihan

Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan