Peraturan semasa Berpuasa di Bulan Ramadan (Bahagian 2)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apa yang anda mesti elakkan semasa berpuasa di bulan Ramadan? 

Semasa berpuasa di bulan Ramadan, anda mesti mengelak daripada melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa anda, seperti:

  1. Makan, minum, dan merokok dengan sengaja. Sebarang benda yang tidak bernutrisi juga tidak boleh diambil, tidak kira melalui mulut atau hidung.
  2. Muntah dengan sengaja.
  3. Permulaan menstruasi atau pendarahan selepas bersalin walaupun pada hujung waktu sebelum matahari terbenam.
  4. Sebarang bentuk aktiviti seksual (walaupun melancap) yang menjurus kepada ejakulasi dalam kalangan lelaki atau pengeluaran lendir dari vagina wanita.
  5. Makan, minum, merokok atau melakukan seks selepas fajar (Subuh) disebabkan tersilap faham yang waktu fajar belum masuk. Sama juga jika anda melakukan aktiviti itu sebelum Maghrib (matahari terbenam) dengan anggapan bahawa waktu Maghrib sudah masuk.

Hubungan intim semasa berpuasa di bulan Ramadan adalah dilarang.

Individu yang melakukan seks atau secara sengaja makan atau minum semasa bulan puasa mesti:

  • Mengganti puasa
  • Puasa untuk 60 hari berikutnya selepas Ramadan atau beri makan pada 60 golongan fakir untuk setiap hari yang anda tidak puasa.

Perkara yang tidak membatalkan puasa anda

Menggunakan berus sugi untuk menbersihkan gigi anda adalah dibolehkan.

Semasa berpuasa di bulan Ramadan, anda dibenarkan untuk:

  1. Mandi atau bersiram. Jika anda secara tidak sengaja tertelan air, puasa anda tidak terbatal. Berenang juga dibolehkan. Walau bagaimanapun, menyelam harus dielakkan memandangkan perbuatan ini akan menyebabkan air untuk masuk ke dalam perut melalui mulut atau hidung anda.
  2. Menggunakan pewangi, pakai kanta lekap, dan menggunakan penitik mata.
  3. Mengambil suntikan atau mendapatkan ujian darah.
  4. Membersihkan mulut atau lubang hidung dengan air dengan menggunakan berus gigi atau ubat gigi, asalkan anda tidak menelan air.
  5. Makan, minum, atau merokok secara tidak sengaja kerana terlupa. Bagaimanapun, anda mesti berhenti sebaik sahaja anda ingat dan teruskan puasa anda.
  6. Tidur semasa siang hari dan mengalami mimpi basah. Dan, jika anda melakukan hubungan seks di malam hari dan tidak berpeluang untuk mandi sebelum terbit matahari, anda masih boleh berpuasa dan mandi selepas bangun tidur. Wanita yang haidnya berhenti di malam hari boleh mula berpuasa tanpa perlu mandi dahulu. Mandi wajib adalah keperluan tetapi ia bukannya kemestian.
  7. Mencium suami atau isteri. Akan tetapi, anda perlu elak melakukannya supaya anda tidak akan pergi terlalu jauh dan melakukan perkara yang dilarang semasa puasa.

Keperluan asas untuk berpuasa

  1. Niat untuk berpuasa. Setiap individu perlu niat ikhlas berpuasa kerana Allah setiap hari sebelum subuh. Anda tidak perlu bercakap kuat tentang niat anda, sebaliknya hanya berniat di dalam hati dan fikiran. Sesetengah alim ulama’ percaya bahawa niat berpuasa Ramadan boleh dilakukan sekali sahaja untuk sebulan puasa, iaitu semasa sebelum hari pertama bulan puasa, dan ia tidak perlu diulang setiap hari. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda berniat setiap hari untuk mendapat sepenuhnya manfaat berpuasa.
  2. Menahan diri dari terbit matahari hingga tenggelam matahari daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh menjadikan puasa anda tidak sah, seperti yang dinyatakan di atas.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Anda mungkin berminat membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan