Selalu Guna Minyak Masak Berulang Kali? Mungkin Anda Patut Berhenti Buat Lepas Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang kita untuk menggunapakai minyak masak secara berulang kali. 

Sekiranya di kedai-kedai makan atau gerai-gerai pisang goreng, minyak masak untuk menggoreng akan digunakan berulang-ulang kali sehingga ia menjadi hitam. Kemudian, barulah minyak tersebut diganti dengan minyak baharu yang lain. Tambahan lagi dengan harga minyak ini yang telah meningkat sekali ganda, maka tempoh penggunaan minyak masak tersebut akan menjadi lebih lama. Tetapi tahukah anda, ada risiko kesihatan yang perlu anda hadapi sekiranya kerap menggunakan minyak untuk memasak ini secara berulang kali?

Pendedahan terhadap radikal bebas

Menurut Mrs Bibi Chia, pakar pemakanan yang berkhidmat di Raffles Diabetes & Endocrine Centre, Singapura, seseorang individu tidak sepatutnya mengguna semula minyak masak lebih daripada 2 kali penggunaan. Mengapa? Ini kerana penggunaan minyak ini secara berulang akan mendedahkan seseorang individu kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel tubuh. Menurut beliau lagi, antioksidan dan vitamin yang sensitif terhadap haba akan semakin berkurangan setiap kali penggunaan. 

Berapa kalikah saya boleh menggunakan minyak masak secara berulang?

Penggunaan minyak ini secara berulang perlu diperhatikan daripada segi jenis minyak tersebut, suhu yang diperlukan untuk ia dipanaskan, dan tempoh yang diperlukan untuk memanaskannya. 

Nasihat Mrs Bibi, seseorang perlu memerhatikan warna minyak sebelum kembali menggunakannya. Buang minyak tersebut sekiranya ia telah bertukar warna kepada warna yang lebih gelap atau hitam. Ia juga perlu dibuang sekiranya bau minyak telah bertukar menjadi tengik atau menjadi sangat likat dan melekit. 

Tanda minyak yang tidak elok

Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan sekiranya minyak masak anda telah rosak. Antaranya: 

  • Minyak bertukar warna menjadi gelap disebabkan oleh molekul minyak dan makanan yang telah terbakar akibat haba yang tinggi
  • Minyak menjadi semakin likat apabila semakin kerap ia digunakan
  • Terdapat sedimen atau pemendapan pada dasar bekas minyak masak
  • Asap muncul sebelum suhu minyak mencapai 190 darjah Celsius
  • Minyak sudah berbau tengik atau berbau seperti makanan yang telah anda masak dengan menggunakan minyak tersebut

Pesan kepada mak-mak di kampung, berhenti gunakan minyak masak secara berulang kali kalau masih sayangkan kesihatan tubuh. Jika mereka mengeluh mengenai harga minyak untuk memasak yang mahal dan membazir jika diguna sekali dua, cakap pada mereka yang anda akan sponsor minyak masak mereka seumur hidup. Takkan minyak pun nak berkira dengan mak kan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minyak Zaitun: Adakah Ia Pilihan yang Sihat?

    Minyak zaitun adalah nutrien yang digunakan secara meluas sebagai minyak salad dan dalam masakan. Ia juga adalah elemen diet Mediterranean.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Minyak Kelapa Dara dan Kehamilan

    Minyak kelapa dara dikenali dengan bau wanginya, rasa yang baik, bersifat antioksidan, asid lemak rantaian sederhana (MCFA) dan kandungan vitaminnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia mengalami mati pucuk. Ada yang percaya guna minyak kelapa boleh rawat masalah ini. Benarkah? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    makanan yang dilarang untuk pcos

    Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    minyak masak

    11 Jenis Minyak Masak Yang Anda Perlu Tahu, Mana Satu Yang TERBAIK Untuk Memasak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 9 minit bacaan