backup og meta

Minuman Tenaga: Sejauh Mana Kebaikannya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    Minuman Tenaga: Sejauh Mana Kebaikannya?

    Terdapat banyak cara yang popular untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak tenaga untuk bekerja atau belajar seperti makanan manis, kopi, minuman penambah tenaga dan sebagainya.

    Minuman tenaga menjadi pilihan sesetengah orang kerana keberkesanan dan harga yang berpatutan.

    Walau bagaimanapun, adakah terdapat sebarang kesan sampingan apabila anda mengambil minuman tenaga terlalu banyak?

    Apa yang ada dalam 1 tin minuman penambah tenaga?

    Minuman penambah tenaga telah diiklankan sebagai produk yang menambah kewaspadaan serta prestasi fizikal dan mental.

    Strategi pemasaran syarikat-syarikat ini adalah sangat berjaya apabila mereka mensasarkan golongan muda dewasa dan remaja sebagai pengguna.

    Lelaki yang berumur antara 18 dan 34 yang selalunya didapati mengambil minuman tenaga, dan hampir satu pertiga daripada remaja berusia antara 12 dan 17 tahun minum dengan kerap.

    Fungsi minuman tenaga adalah sama seperti namanya adalah untuk memberikan anda tenaga tambahan.

    Kebanyakan jenama minuman tenaga mengandungi 2 ramuan utama: gula dan kafein. Biasanya, 1 tin minuman penambah tenaga boleh mengandungi lebih daripada 80 miligram kafein.

    Senarai di bawah mengandungi bahan-bahan lain dalam minuman ini dan kesannya kepada badan anda.

    minuman penambah tenaga

    • Ephedrine: ini adalah bahan yang digunakan dalam produk penurunan berat badan dan dekongestan. Perangsang ini berfungsi pada sistem saraf pusat dan menyebabkan kesan negatif kepada hati.
    • Taurine:  ini adalah asid amino semula jadi. Ia membantu mengawal degupan jantung dan kontraksi otot.
    • Vitamin B: Sekumpulan vitamin yang boleh menukar gula kepada tenaga dan meningkatkan nada otot.
    • Kreatin: Asid organik yang membantu membekalkan tenaga untuk kontraksi otot.
    • Inositol: Antara kandungan kompleks vitamin B (bukan vitamin sendiri, kerana tubuh manusia boleh menghasilkannya) yang membantu menyampaikan isyarat sel-sel dalam badan.

    Sesetengah minuman tenaga juga mempunyai herba di dalamnya, seperti:

    • Ginseng: ia boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga anda
    • Ginkgo biloba – Diperbuat daripada biji pokok ginkgo biloba, untuk meningkatkan memori.

    Masalah kesihatan dari minuman tenaga

    Tempoh rangsangan tenaga biasanya bersifat sementara. Ramai pakar kesihatan tidak bersetuju dengan dakwaan pengeluar minuman tenaga bahawa ia boleh meningkatkan daya tahan dan prestasi olahraga atas sebab-sebab berikut:

    minuman penambah tenaga

    • Gula dan kafein: Seperti yang disebutkan di atas, minuman tenaga mengandungi sejumlah besar gula yang boleh menyumbang kepada obesiti atau berat badan berlebihan. Sementara itu, terlalu banyak kafein boleh menyebabkan:
  • Pengeluaran hormon tekanan: Kajian yang dijalankan oleh The Mayo Clinic mendapati bahawa satu tin minuman tenaga boleh menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran hormon tekanan.
  • Peningkatan kegelisahan
  • Obesiti
  • Ketagihan: Jumlah kafein dalam minuman tenaga boleh menyebabkan ketagihan. Ini boleh membawa kepada kekurangan fungsi tubuh badan dan mental serta kepeningan apabila anda tidak mendapat minuman tenaga.
  • Masalah jantung: Minuman tenaga dikaitkan dengan peningkatan tahap hormon, peningkatan degupan jantung dan tekanan darah menurut satu kajian baru-baru ini.
  • Jika anda kerap rasa letih atau keletihan, cuba cara yang lebih baik dan lebih sihat untuk meningkatkan tenaga anda seperti melakukan senaman ringkas dan minum air mineral secukupnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan