Manfaat Buah Pala dari Aspek Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Buah pala merupakan antara rempah popular yang menawarkan pelbagai jenis manfaat dan kelebihan dari aspek kesihatan seperti melegakan kesakitan, mengurangkan rasa sakit, menghilangkan insomnia serta memperbaiki fungsi otak. Berikut adalah beberapa manfaat buah pala dari aspek kesihatan yang perlu anda ketahui.

Apa itu buah pala?

Merupakan sejenis rempah yang berasal dari benih pokok pala hijau – Myristica fragrans – ia dikatakan berasal dari Maluku atau Kepulauan Rempah di Indonesia dan turut ditemui di India Selatan. Buah pala mempunyai aroma yang menyenangkan dan memberikan sedikit rasa manis.

Manfaat buah pala

  1. Melegakan kesakitan

Individu yang mempunyai keadaan penyakit kronik seperti kanser, penyakit keradangan dan diabetes kerap menderita disebabkan kesakitan yang berterusan. Menurut Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan, Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat, minyak pala, yang terhasil daripada benih pala, terbukti sebagai analgesik dan menyembuhkan kesakitan kronik.

  1. Mengurangkan insomnia

Merupakan antara cara untuk memberikan seseorang individu kualiti tidur yang lebih baik dan digunakan secara bertahun-tahun. Mencampurkan sedikit serbuk buah pala ke dalam susu suam dipercayai membantu untuk tidur. Dalam kajian yang tidak terkawal yang dilakukan oleh Naidu et al., ke atas 251 pesakit, dengan menggunakan kapsul herba yang mengandungi serbuk buah pala, selama 4 minggu, mendapati setiap individu yang mengambil bahagian menyedari pengurangan masalah insomnia yang dihadapi sebelum ini.

  1. Membantu pencernaan

Dikatakan merupakan antara sumber yang berkesan untuk merawat masalah berkaitan pencernaan. Pakar pemakanan menyarankan bahawa serat yang terkandung di dalam rempah ini dapat membantu fungsi pergerakan usus yang tidak teratur. Pengambilan buah pala secara teratur bukan sahaja dapat merangsang pencernaan tetapi ia juga dikatakan dapat merawat masalah usus.

  1. Sumber antioksidan

Badan memerlukan sejumlah antioksidan, bukan sahaja untuk merawat sel kanser atau radikal bebas tetapi juga untuk mencegah kerengsaan kronik dan kerosakan oksidatif. Pakar pemakanan menyarankan untuk mencampurkan rempah, seperti buah pala, ke dalam apa juga bentuk makanan atau minuman dalam kehidupan seharian anda. Antioksidan apabila digabungkan dengan nutrien lain seperti tembaga, kalium, zat besi – merupakan gabungan yang hebat untuk melawan penyakit kronik seperti asma, Alzheimer dan kemurungan.

  1. Kesihatan mulut

Masalah kesihatan oral adalah antara penyakit yang tidak disedari kerana ia tidak menyakitkan dan boleh mengakibatkan kanser mulut apabila ia tidak mendapat rawatan sewajarnya. Buah pala boleh membantu merawat pelbagai masalah berkaitan kesihatan mulut seperti kaviti, gusi berdarah, sakit gigi dan sebagainya. Tambahan pula, bakteria pada gigi yang menyebabkan kesakitan gigi dan tidak mendapat rawatan segera boleh menyebabkan kerosakan gigi. Buat pala dikatakan berperanan sebagai sumber antibakteria yang sangat berkuasa. Mencampurkan buah pala ke dalam makanan dikatakan berkesan untuk kesihatan mulut dan dapat melegakan kesakitan gigi.

  1. Merawat jerawat

Muka berjerawat boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan diri dan berisiko mengakibatkan tekanan teruk yang akhirnya mewujudkan lebih banyak jerawat. Jerawat yang muncul mungkin boleh dihilangkan dengan menggunakan pelbagai jenis ubatan tetapi akhirnya ia pasti meninggalkan parut. Mempunyai peranan sebagai antibakteria, buah pala dikatakan dapat mencegah bakteria penyebab jerawat. Anda boleh meletakkan campuran serbuk pala dengan air ke bahagian yang mempunyai parut jerawat dan ia akan mulai pudar dalam masa beberapa minggu. Dengan menambahnya ke dalam makanan juga dapat membantu melawan jerawat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    buah pala

    Buah Pala Bukan Rempah Biasa-Biasa, Tapi Bagus Untuk Penjagaan Kulit & Anti Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan