Makanan Bantu Kurangkan Asid Refluks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Asid refluks berlaku apabila terdapat asid dari perut naik kembali ke saluran esofagus. Keadaan ini adalah normal untuk berlaku tetapi boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti masalah pedih ulu hati.

Pemilihan makanan yang akan anda makan akan mempengaruhi jumlah asid yang dihasilkan perut. Memakan makanan yang betul adalah kunci untuk mengawal asid refluks atau penyakit refluks gastroesophageal (GERD), iaitu penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

Makanan yang boleh membantu mengurangkan asid refluks

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh asid perut yang menyentuh esofagus dan menyebabkan kerengsaan dan kesakitan.

Jika anda seorang individu yang mempunyai terlalu banyak asid, anda perlu mengambil makanan tertentu ke dalam diet pemakanan anda untuk mengawal masalah ini.

  1. Sayuran

Sayuran secara semula jadi mempunyai kandungan lemak dan gula yang rendah, dan ini membantu mengurang asid perut. Pilihan terbaik adalah termasuk kekacang hijau, asparagus, bunga kobis, sayuran berdaun hijau, kentang, dan juga timun.

  1. Halia

Berfungsi secara semula jadi sebagai anti-radang, dan ia adalah rawatan semula jadi untuk pedih ulu hati dan masalah pencernaan yang lain. Anda boleh tambahkan ke dalam minuman pilihan anda.

  1. Oat

Merupakan antara pilihan kegemaran bersarapan, seperti gandum dan mempunyai sumber serat yang baik. Oat boleh membantu menyerap asid dalam perut dan mengurangkan simptom refluks. Pilihan lain seperti roti gandum dan beras perang.

  1. Buahan bukan sitrus

Pilihan buahan bukan sitrus seperti tembikai, pisang, epal dan pear, adalah antara yang tidak akan mencetuskan simptom refluks berbanding buahan berasid seperti lemon dan nenas.

  1. Daging tanpa lemak dan makanan laut

Daging seperti ayam, ayam turki, ikan dan makanan laut, adalah rendah lemak dan dapat mengurangkan simptom refluks. Anda boleh membakar, merebus, memanggang atau memasaknya mengikut selera anda.

  1. Putih telur

Adalah pilihan yang baik. Elakkan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mencetuskan simptom asid refluks.

  1. Lemak sihat

Sumber makanan yang mengandungi lemak sihat adalah seperti avokado, kacang walnut, minyak zaitun dan minyak bijan. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans dan gantikan dengan pilihan lemak tidak tepu yang sihat ini.

Tiada makanan yang boleh menyembuhkan keadaan kesihatan ini, namun, dengan pengambilan makanan yang tertentu pastinya dalam mengurangkan kecenderungan untuk anda berdepan masalah asid refluks.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Mangga, laici dan juga tembikai merupakan antara jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula. Apakah buah-buahan tinggi gula yang lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bulimia nervosa

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan makan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    asid refluks

    Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan