backup og meta

AWAS! Jangan Ambil 5 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    AWAS! Jangan Ambil 5 Makanan Sihat Ini Masa Anda Sakit Di Rumah! #StayAtHome

    Apabila anda sakit, mesti anda tahu bahawa pengambilan makanan sihat merupakan salah satu faktor penting yang boleh mengawal keterukan simptom.

    Jika anda selesema, minum air secukupnya, jika anda kerap berasa loya, ambil makanan yang berteraskan halia dan elakkan daripada mengambil makanan bergula atau makanan segera.

    Bunyi macam senang, kan? Namun, perkara yang tidak semua individu tahu adalah sebahagian daripada makanan sihat yang telah anda senaraikan untuk ambil semasa sakit boleh menyebabkan simptom menjadi bertambah teruk. 

    Jika anda berminat, baca artikel ini untuk mengetahui tentang 5 makanan sihat yang TIDAK BOLEH diambil sewaktu anda sedang sakit.

    Makanan sihat: Sayur bayam

    makanan sihat

    Setiap individu digalakkan untuk mengambil 5 hidangan makanan berserat setiap hari. Tidak kiralah, sayur-sayuran atau buah-buahan, serat boleh melindungi diri anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya kanser usus yang kian meningkat saban tahun.

    Walau bagaimanapun, sesetengah sayur yang seringkali dianggap sebagai makanan sihat seperti bayam boleh menyebabkan simptom alergi yang anda alami menjadi semakin teruk.

    Simptom alergi berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang dikenali sebagai histamin dirembeskan oleh sel mast bagi memulakan proses keradangan. Perkara ini berlaku terutamanya apabila badan mengesan kehadiran bahan luar yang dianggap sebagai alergen (bahan yang boleh menyebabkan alergi).

    Walaupun sayur bayam tidak mengandungi jumlah histamin yang tinggi, tapi ia boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast. Perkara ini boleh menyebabkan simptom alergi anda menjadi bertambah teruk.

    Makanan sihat: Kekacang

    Seperti sayur-sayuran, kekacang mengandungi zink dan vitamin E. Kedua-dua nutrisi mikro ini penting bagi meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

    Secara logiknya, mungkin anda sangka makanan ini bagus untuk diambil sewaktu sakit. Namun begitu, memandangkan kekacang kaya dengan lemak, badan terpaksa bekerja keras untuk menghadamnya.

    Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit perut dan menjadikan anda lesu. Badan anda akan kehilangan banyak tenaga yang sepatutnya digunakan untuk melawan jangkitan. 

    Oleh sebab itulah, anda perlu elak daripada mengambil makanan ini meskipun ia dianggap sebagai makanan sihat.

    Kekacang juga boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast.

    Makanan sihat: Brokoli

    Ramai suka makan brokoli, kan? Jika anda salah seorang daripadanya, anda kena tahu bahawa sayur ini sukar untuk dihadam ketika anda sedang sakit.

    Sama seperti kekacang, sayur brokoli juga kaya dengan vitamin dan serat. Namun, menurut Pakar Kesihatan usus, Mahmoud Ghannoum, sayur ini sukar untuk diproses terutamanya ketika anda sedang sakit berikutan kandungan seratnya yang tinggi.

    Pastikan anda memilih makanan yang mengandungi serat yang rendah sewaktu anda sakit supaya ia senang untuk dihadam. Fokus utama seharusnya diberikan kepada proses melawan jangkitan.

    Makanan sihat: Sayur mentah 

    sayur

    Jika anda mengalami simptom sakit tekak, pengambilan sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan iritasi pada tekak kesan daripada permukaan sayur yang keras, kasar dan tidak rata.

    Renee Wellenstein, seorang doktor perubatan menyarankan supaya makanan sihat seumpama itu diambil setelah simptom sakit tekak reda. 

    Ia bagi memberikan keselesaan kepada pesakit.

    Makanan sihat: Makanan tenusu

    Jika anda mengalami simptom cirit-birit, enzim laktase (pencerna laktosa) berkurangan kesan daripada keradangan yang berlaku pada usus.

    Oleh sebab bahan tenusu mempunyai kandungan laktosa yang sangat tinggi, enzim laktase penting bagi mencerna makanan tersebut.

    Menurut Profesor Perubatan Gastrousus, Rabia De Latour, kekurangan enzim laktase boleh menyebabkan simptom cirit-birit, kekembungan dan sakit pada bahagian abdomen menjadi bertambah teruk.

    Oleh itu, jika anda sedang sakit, lebih elok untuk anda mengurangkan pengambilan makanan tenusu.

    Konklusi

    Walaupun tidak wajib untuk anda elakkan makanan yang disenaraikan di atas semasa sakit, namun ia boleh membantu meringankan simptom anda.

    Perkara yang paling penting bagi seseorang individu dalam mencapai kesembuhan penyakit adalah sistem pertahanan badan yang kuat. Ambil makanan yang mengandungi vitamin bagi meningkatkan kebolehupayaan badan anda dalam melawan jangkitan.

    Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor dan ambil ubat seperti yang dipreskripsikan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan