Amalkan Diet Rendah Kolesterol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kolesterol adalah penting dalam memastikan fungsi sel-sel di dalam badan. Namun, jika terlebih akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya sakit jantung, darah tinggi dan strok. Oleh itu, setiap orang hendaklah mengambil berat terhadap kadar kolesterol di dalam darah untuk mencegah penyakit-penyakit yang disebutkan tadi.

Terdapat 2 jenis utama kolesterol: lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ kerana ia cenderung untuk mendap di dalam salur darah menyebabkan ia menjadi sempit dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

HDL pula merupakan ‘kolesterol baik’ yang membantu mengurangkan mendapan LDL di dalam salur darah.

Diet adalah salah satu langkah paling penting dalam mengawal kadar kolesterol. Bagaimana ingin melakukannya? Baca sehingga akhir.

Apakah perubahan yang boleh dilakukan pada diet?

Tujuan utama dalam mengubah suai diet adalah untuk mengekalkan kadar kolesterol pada julat normal seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Melalui diet, sebanyak 10%-15% jumlah kolesterol dapat diturunkan.

Pertama, kita harus mengenal pasti makanan tinggi kolesterol.

Berikut adalah antara makanan yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi:

  • Organ dalaman – hati, limpa, otak.
  • Kuning telur serta produk berasaskan telur – biskut krim, kek.
  • Mentega dan keju.
  • Susu penuh lemak dan yogurt.
  • Minyak kelapa sawit.

Setelah mengetahuinya, cuba hadkan pengambilan makanan ini. Sebagai contoh, pencuci mulut seperti biskut krim dan kek boleh dikurangkan. Begitu juga dengan organ dalaman yang tidak terlalu susah untuk dikesampingkan di dalam diet.

Ubah cara penyediaan makanan

Selain mengurangkan makanan tinggi kolesterol secara langsung, anda juga boleh tukar cara penyediaan. Antara yang boleh dilakukan adalah:

  • Buang kulit dan lemak yang ada pada ayam atau daging sebelum memasak.
  • Utamakan kaedah masak lebih sihat seperti merebus dan mengukus.
  • Gunakan minyak sayur-sayuran berbanding minyak kelapa sawit untuk memasak.
  • Kurangkan penggunaan minyak. Penggunaan kuali tidak melekat (non-stick pan) juga membantu.

Makanan yang membantu menurunkan kolesterol

Berikut adalah makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

  • Bijirin oat.
  • Soya sebagai alternatif kepada susu dan yogurt.
  • Kekacang seperti badam, pistachio, walnut, gajus dan kacang tanah (semuanya tanpa garam).
  • Tauhu.
  • Sayur-sayuran tinggi serat larut air seperti bendi, terung dan keledek.

Anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk sihat. Apa yang anda perlukan adalah kesedaran dan komitmen ke arah kehidupan yang sihat. Mulakan hari ni dengan langkah yang mudah. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Berapa Biji Telur Yang Boleh Saya Makan Dalam Sehari?

    Anda sering makan telur dan gemarkan hidangan berasaskan telur. Persoalannya, berapa biji telurkah yang boleh anda makan dalam sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

    Penjagaan pesakit strok yang rapi adalah amat penting bagi memaksimakan proses penyembuhan mereka. Ikuti panduan penjagaan berikut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Protein Soya Berpotensi Mengurangkan Kolesterol

    Menurut penyelidikan baharu, protein soya mempunyai keupayaan untuk menurunkan kolesterol dengan jumlah yang kecil tetapi signifikan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/05/2019 . 2 minit bacaan

    Mitos Kolesterol Yang Anda Tidak Tahu

    Soalan yang sering ditanya kepada saya adalah berapa biji telur yang selamat untuk dimakan setiap hari atau minggu. Mitos kolesterol yang mengatakan bahawa kolesterol adalah punca penyakit jantung dan kerana telur ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    lemak baik untuk diet

    Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    pemeriksaan kesihatan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/04/2020 . 5 minit bacaan
    mentega dan marjerin

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Kacang Soya Lebih Sihat Dan Bermanfaat Daripada Susu Lembu, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/12/2019 . 3 minit bacaan