Minum air lapan gelas sehari kedengaran mudah, betul tak? Namun hakikatnya, ramai yang mengabaikannya. Terdapat banyak kebaikan minum air ini yang mungkin tidak anda ketahui.
Baca selanjutnya untuk mengetahui tentang manfaatnya serta cara minum air yang betul.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Kebaikan minum air mencukupi setiap hari
Pengambilan air mencukupi setiap hari adalah penting untuk kesihatan anda. Ia mencegah dehidrasi, yang menjadi punca pemikiran terjejas, perubahan mood, badan terlalu panas, sembelit dan batu karang 1.
Air tidak mempunyai kalori, jadi secara tidak langsung ia membantu menguruskan berat dan mengurangkan pengambilan kalori jika anda kerap mengambil minuman manis lain seperti air soda.
[embed-health-tool-bmi]
Badan memerlukan lebih banyak air jika anda:
- Dalam iklim panas
- Lebih aktif secara fizikal
- Demam
- Mengalami cirit-birit atau muntah
Untuk dapat berfungsi dengan baik, semua sel dan organ badan memerlukan air. Berikut antara sebab mengapa kita perlu mengambil air secukupnya setiap hari 1, 2, 3, 4, 5:
1. Melancarkan sendi
Rawan, yang terdapat pada sendi dan cakera tulang belakang, mengandungi sekitar 80% air.
Dehidrasi berpanjangan boleh mengurangkan keupayaan menyerap kejutan sendi, punca sakit sendi.
2. Membentuk air liur, salah satu kebaikan minum air
Air liur membantu mencerna makanan dan memastikan mulut, hidung dan mata sentiasa lembap, sekali gus mencegah geseran dan gangguan fungsi.
Minum air juga dapat menjaga kebersihan mulut. Pengambilan air kosong berbanding minuman manis turut mengurangkan risiko kerosakan gigi.
3. Hantar oksigen ke seluruh badan
Darah terdiri daripada 90% air dan ia berfungsi membawa oksigen ke bahagian badan yang berlainan. Oleh sebab itu, pengambilan air mencukupi sangat penting!
4. Tingkatkan kesihatan dan kecantikan kulit, antara kebaikan minum air
Jika anda mengalami dehidrasi, kulit menjadi lebih terdedah kepada gangguan kulit serta kedutan pramatang.
5. Melindungi otak, saraf tunjang dan tisu sensitif lain
Dehidrasi boleh menjejaskan struktur dan fungsi otak, yang terlibat dalam pengeluaran hormon dan neurotransmitter.
Mengalami dehidrasi untuk tempoh yang panjang boleh menjejaskan cara pemikiran dan pertimbangan diri.
6. Mengawal suhu badan
Air yang tersimpan di lapisan tengah kulit datang ke permukaan kulit sebagai peluh apabila badan menjadi panas. Apabila menyejat, ia menyejukkan badan.
7. Diperlukan saluran pernafasan
Apabila dehidrasi, saluran pernafasan disekat oleh badan bagi meminimumkan kehilangan air. Ini boleh memburukkan keadaan asma dan alahan.
Kebaikan minum air #8. Penting untuk sistem penghadaman
Usus memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti sembelit dan perut berasid. Ini meningkatkan risiko pedih ulu hati dan ulser perut.
9. Cegah kerosakan buah pinggang
Buah pinggang mengawal cecair dalam badan. Air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan batu karang dan masalah lain.
Manfaat lain pengambilan air secukupnya adalah:
- Membersihkan sisa badan
- Mengekalkan tekanan darah
- Memudahkan penyerapan mineral dan nutrien dalam tubuh
- Meningkatkan prestasi semasa bersenam
- Membantu penurunan berat badan
7 cara minum air yang betul
Walaupun anda sedar pentingnya untuk kekal terhidrat, tetapi untuk melakukannya kadangkala sukar.
Berikut adalah 7 cara mudah untuk minum lebih banyak air 6, 7, 8, 9:
1. Tambahkan perasa
Air kosong sememangnya membosankan. Tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meminum air.
Tambah buah ke dalam air anda seperti lemon, limau dan oren. Timun, tembikai dan strawberi juga merupakan pilihan yang lazat.
Baca juga: