backup og meta

Nak Cepat 'Lekat' Lepas Berkahwin? Amalkan 4 Jenis Makanan Ini Bagi Rahim Kuat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2022

    Nak Cepat 'Lekat' Lepas Berkahwin? Amalkan 4 Jenis Makanan Ini Bagi Rahim Kuat!

    Rahim adalah organ penting yang bertindak sebagai asas sistem pembiakan wanita. Jadi apakah cara menguatkan rahim? Adakah terdapat makanan kuatkan rahim yang boleh diamalkan?

    Kepentingan rahim

    Rahim atau dikenali sebagai uterus merupakan 1 orang penting dalam sistem pembiakan wanita. Ia boleh dianggap mempunyai peranan utama dalam asas kehidupan.

    Jadi ini bermakna setiap wanita harus mengutamakan kesihatan rahim mereka.

    Masalah rahim lemah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Jika ia berlaku, wujud kemungkinan untuk seseorang wanita itu berdepan kesukaran mendapatkan zuriat.

    Ini kerana pada bahagian tersebut akan berlaku proses persenyawaan apabila ovum bertemu dengan sperma. Di bahagian itu juga ovum akan tertanam dan membesar menjadi janin.

    Daripada janin ia akan membesar dan bertukar kepada bayi. Seterusnya proses perkembangan bayi juga berlaku di rahim sehinggalah sampai masa untuk dilahirkan

    Jadi adakah terdapat cara menguatkan rahim yang boleh dilakukan? Sudah tentulah ada. Cara paling mudah melalui pemakanan.

    Makanan kuatkan rahim

    Antara cara menguatkan rahim yang paling mudah untuk anda lakukan adalah dengan mengambil makanan yang boleh menjadikan rahim anda lebih kuat.

    Tidak tahu makanan yang berfungsi meningkatkan kekuatan rahim?

    Jangan risau, berikut disenaraikan 7 makanan kuatkan rahim untuk dicuba:

    1. Protein

    Umumnya, protein adalah penting bagi badan manusia dan turut berfungsi dalam menguatkan otot pada bahagian rahim.

    Protein adalah komponen struktur utama semua sel. Disebabkan itu, jika sel dalam badan anda mendapat protein yang mencukupi, ia sudah tentu membuatkan sel menjadi sihat. Situasi ini sekali gus menyumbang kepada otot yang kuat.

    makanan kuatkan rahim

    Antara makanan kaya sumber protein adalah seperti:

    • Salmon
    • Daging lembu
    • Ayam
    • Ikan
    • Kacang soya
    • Keju
    • Telur 
    • Kekacang 
    • Susu 
  • Kurma
  • Kurma adalah sejenis makanan yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Tetapi tanpa disedari ia juga sebenarnya makanan kuatkan rahim yang boleh diamalkan. 

    Ia mengandungi banyak nutrisi dan khasiat seperti protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium dan niasin.

    Kurma juga sejenis makanan yang boleh memberikan tenaga. Jadi sekiranya anda berdepan dengan masalah rahim lemah, cubalah untuk mengambil kurma sebagai snek harian yang sihat.

    1. Badam

    Memakan badam setiap hari juga antara cara menguatkan rahim. Ia boleh dijadikan snek harian atau diambil sebagai 1 minuman sihat. 

    Jika anda ingin mencuba mengamalkan susu badam, anda boleh membuatnya sendiri.

    Caranya adalah merendam semalaman 7 biji kacang badam dalam segelas air. Selepas itu, kisar kacang bersama air rendaman tersebut sehingga hancur dan ia sedia untuk diminum.

    makanan kuatkan rahim

    1. Teh hijau

    Minuman teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan uterus anda tetapi juga boleh mencegah fibroid pada organ tersebut.

    Kalau anda merupakan penggemar minuman teh hijau, sudah tentu ia berita baik untuk anda bukan?

    Penjagaan rahim

    Selain bergantung kepada makanan kuatkan rahim untuk membantu masalah rahim yang lemah, anda juga sangat digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan mahupun berjoging sebagai antara cara menguatkan rahim.

    Elakkan tabiat menahan kencing kerana tabiat itu boleh menjadi antara faktor penyebab jangkitan saluran kencing. Ia sekali gus boleh mendorong kepada masalah jangkitan pada faraj dan pelvik. 

    Jika terdapat sebarang kerunsingan atau kebimbangan berkaitan masalah rahim anda, lakukan pemeriksaan dengan pakar. Elakkan daripada bergantung harap kepada Dr. Google semata-mata.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan