Cecair Warna Kuning @ Hijau Keluar Dari Miss V? Bahaya, Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah terdengar atau terbaca tentang penyakit bernama trichomoniasis? Jika belum lagi, maka artikel ini adalah sangat sesuai buat anda!

Kebanyakan penyakit yang wujud di muka bumi ini akan menunjukkan petanda jika anda terjangkiti, tapi bukan trichomoniasis.

Ini kerana penyakit yang lebih dikenali sebagai trich ini mungkin akan hadir tanpa sebarang petanda yang kita boleh perhatikan.

Pun begitu, penyakit ini bukanlah langsung tidak boleh dikesan dan dirawat.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Apa itu trichomoniasis?

Buat anda yang belum tahu, trichomoniasis (trich) adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin (STD) yang disebabkan oleh parasit bernama Trichomonas vaginalis (TV).

Ia boleh berlaku kepada kedua-dua kaum Adam dan Hawa namun lebih kerap lagi bahaya buat mereka yang bernama wanita.

Ini kerana penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada faraj serta berisiko membuat kandungan dalam perut lahir pramatang atau kurang berat.

Apa yang menakutkan adalah trich dikatakan tidak akan menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh laman sesawang Planned Parenthood, kira-kira 7 daripada 10 orang yang terjangkiti tidak menunjukkan simptom.

Kebiasaannya, penderita trich yang tidak menunjukkan simptom adalah lelaki dan satu-satunya cara untuk mengesannya adalah melalui ujian darah.

Bagaimana pula dengan wanita?

faraj

Apa simptom trichomoniasis?

Seperti mana yang kami katakan di atas tadi, trich adalah penyakit yang tidak menunjukkan sebarang petanda.

Kalau ada sekalipun, kita semua mungkin akan menganggap ia sebagai STD yang lain kerana ia lebih kurang sama.

Apa yang bahaya adalah penyakit ini boleh tersebar tanpa kita sedari terutamanya kepada pasangan kita.

Pun begitu, mungkin ada beberapa petanda yang kalian boleh perhatikan termasuklah:

Simptom buat wanita:

  • Faraj selalu basah dan menyebabkan bau busuk seakan ikan busuk
  • Keluar cecair dari faraj yang likat, pekat dan berketul serta berwarna hijau @ kuning
  • Bengkak, gatal dan pedih pada faraj – kadangkala pada bahagian dalam paha
  • Sakit pada faraj terutamanya ketika kencing atau seks

Simptom buat lelaki:

  • Selalu rasa ingin terkencing lebih dari biasa
  • Keluar cecair berwarna putih daripada zakar
  • Bengkak, gatal dan pedih pada zakar – kawasan kepala atau kulup
  • Sakit pada zakar terutamanya ketika kencing atau ejakulasi

Jika diperhatikan simptom-simptom ini terutamanya buat wanita, ia seakan serupa dengan penyakit bacterial vaginosis bukan?

faraj

Trichomoniasis (trich) VS Bacterial Vaginosis (BV)

Walaupun simptom kedua-dua penyakit ini adalah lebih kurang sama, namun kedua-duanya berbeza.

Berikut adalah perbezaan trich dan BV:

  • BV adalah kondisi abnormal pada faraj yang disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria pada alat sulit
  • Trich adalah penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh parasit Trichomonas vaginalis
  • BV adalah kondisi yang hanya akan berlaku kepada wanita
  • Trich adalah kondisi yang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita
  • BV tidak akan tersebar melalui aktiviti seksual antara lelaki dan wanita
  • Trich boleh tersebar melalui aktiviti seksual antara lelaki dan wanita

Selain daripada yang kami nyatakan di atas, segalanya adalah lebih kurang sama buat kedua-dua penyakit ini.

Untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat lagi, adalah disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.

faraj

Apa yang kalian boleh lakukan?

Trichomoniasis adalah penyakit yang tidak akan sembuh dengan sendiri seiring peredaran waktu.

Oleh itu, pengambilan ubatan adalah sangat diperlukan dan antibiotik adalah pilihan yang terbaik.

Kebanyakan lelaki dan wanita yang dijangkiti TV boleh dirawat dengan diberi antibiotik jenis metronidazole, yang perlu diambil dua kali sehari untuk 5 ke 7 hari.

Dalam pada itu, anda dan pasangan juga dinasihati untuk langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti seksual terutamanya penetrasi zakar ke dalam faraj.

Ini kerana apa itu trichomoniasis adalah STD yang boleh tersebar dengan mudah melalui seks.

Aktiviti seksual yang ‘ringan-ringan’ seperti berpelukan atau berciuman pula adalah dibolehkan.

Akhir kata, penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda yang jelas.

Jika ada sekalipun, anda mungkin akan terkeliru antara ia dengan penyakit yang lain.

Jadi, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan konsultasi dan seterusnya rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani dari faraj selepas melakukan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit radang pelvis

Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
tekanan seksual

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan