Ada Masalah Untuk Hamil Secara Natural? Boleh Cuba Kaedah Pembekuan Telur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap wanita pasti mahu mempunyai anak suatu hari nanti. Tetapi bagaimana jika belum menemui pasangan atau mengalami masalah kesuburan? Prosedur pembekuan sel telur mungkin jawapannya!

Membekukan sel telur adalah pilihan yang dapat membantu merealisasikan impian anda untuk menimang cahaya mata.

Apakah itu pembekuan telur?

Pembekuan telur, juga dikenali sebagai cryopreservation oosit matang, adalah kaedah yang digunakan untuk menyelamatkan kemampuan seseorang wanita untuk hamil pada masa akan datang.

Telur yang diambil daripada ovari dibekukan dan disimpan untuk digunakan pada kemudian hari.

Telur beku boleh dicairkan, digabungkan dengan sperma di dalam makmal dan ditanam kembali di dalam rahim anda (persenyawaan in-vitro).

Pembekuan telur adalah salah satu cara untuk mengekalkan kesuburan wanita sehingga dia mampu untuk memiliki keluarga di masa depan.

Peluang hamil seseorang wanita secara semula jadi akan menurun ketika meningkat usia kerana kualiti dan bilangan telurnya bakal menurun.

Pembekuan telur boleh menjadi salah satu usaha untuk mengekalkan kesuburan dengan membekukan telur ketika seseorang wanita masih muda dan mempunyai telur yang berkualiti tinggi.

Wanita yang boleh mendapat manfaat daripada rawatan ini adalah:

  • Pesakit kanser sebelum menjalani kemoterapi
  • Wanita bujang yang ingin memelihara kesuburan
  • Situasi yang tidak dijangka semasa rawatan IVF

Apakah proses membekukan telur?

Walaupun pembekuan telur adalah proses berperingkat, namun ia jauh lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Ia adalah proses yang sama seperti persenyawaan in-vitro (IVF), dan satu-satunya perbezaan adalah selepas pengambilan telur, ia akan disimpan untuk digunakan kemudian hari.

Ini yang anda boleh jangkakan daripada proses pembekuan telur:

  • Anda menyuntik sendiri 2 sehingga 3 ubat hormon setiap hari selama 10 hingga 12 hari. Rakan atau keluarga boleh membantu jika perlu. Suntikan ini akan mendorong telur untuk berkembang pada masa yang sama
  • Untuk mengesan perkembangan telur dalam tempoh ini, anda juga mempunyai 4 sehingga 6 ultrabunyi
  • Setelah telur tersebut menjadi matang, anda bakal menjalani prosedur pembedahan yang diperhatikan melalui ultrabunyi untuk mengambilnya
  • Ahli embriologi (individu yang dilatih untuk memeriksa telur dan embrio) akan mengesahkan sama ada telurnya sudah matang, yang bermaksud mereka berpotensi untuk disenyawakan

Adakah prosedur ini selamat?

pembekuan sel telur

Kebanyakannya prosedur IVF adalah sangat selamat, walaupun sebilangan wanita mengalami kesan sampingan daripada ubat kesuburan yang diambil.

Kesannya mungkin hanya ringan, tetapi dalam kes yang kronik, seseorang wanita boleh mengalami sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), yang berpotensi membawa maut, jadi anda harus berwaspada dengan gejala-gejalanya.

Pastikan anda mendapat konsultasi daripada doktor atau golongan pakar sebelum melakukan apa-apa prosedur.

Risiko-risiko yang berpotensi

Prosedur pembekuan telur mampu membawa pelbagai risiko, termasuk:

  1. Kondisi kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan ubat kesuburan. Namun, jarang sekali, penggunaan suntikan ubat kesuburan, seperti hormon perangsang folikel sintetik atau hormon luteinizing untuk mendorong ovulasi, boleh menyebabkan ovari membengkak dan menyakitkan sejurus selepas proses ovulasi atau pengambilan telur. Namun, sila pantau tanda dan gejala termasuk sakit perut, kembung, mual, muntah dan cirit-birit.
  2. Komplikasi prosedur pengambilan telur. Walaupun ia mungkin jarang berlaku, penggunaan jarum penyedut untuk mengambil telur berisiko menyebabkan pendarahan, jangkitan atau kerosakan pada usus, pundi kencing mahupun saluran darah.
  3.  Risiko emosi. Pembekuan telur dapat memberikan harapan kepada seseorang individu untuk kehamilan yang akan datang, tetapi tidak ada jaminan kejayaannya.
  4. Sekiranya anda menggunakan prosedur ini untuk mempunyai anak, risiko keguguran bergantung terutamanya pada usia anda ketika telur dibekukan. Wanita yang lebih tua mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi, terutamanya kerana mempunyai telur yang lebih tua.

Penyelidikan setakat ini tidak menunjukkan peningkatan risiko kecacatan kelahiran bagi bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembekuan sel telur.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan mengenai keselamatan kaedah ini.

Berapa lama telur saya boleh disimpan?

Tempoh penyimpanan standard untuk sel telur maksimum adalah 10 tahun, walaupun sesetengah wanita dalam kondisi tertentu mungkin dapat menyimpan telurnya hingga usia 55 tahun.

Usah risau kerana pakar akan memberi nasihat sama ada anda memenuhi kriteria penyimpanan sel telur ini dan menerangkan apa yang perlu dilakukan sekiranya memenuhi kriteria tersebut.

Selain itu, penting untuk difahami bahawa pada masa ini jika anda menyimpan telur untuk alasan sosial, ia hanya boleh disimpan sehingga maksimum 10 tahun.

Dalam tempoh masa tersebut, anda mesti memaklumkan pihak klinik sekiranya berpindah dan menukar alamat.

Perkara ini adalah sangat penting kerana jika mereka tidak dapat menghubungi anda pada akhir tempoh persetujuan, mereka mungkin perlu mengeluarkan telur anda daripada stok simpanan dan membiarkannya rosak.

Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk menyimpan selama 55 tahun, anda perlu mengesahkan bahawa anda ingin menyimpannya dalam masa yang lama dan doktor perlu mengesahkan sama ada anda layak untuk melakukannya.

Sekali lagi, sangat penting agar anda sentiasa berhubung dengan klinik untuk mengelakkan telur anda dibuang sekiranya simpanan anda habis.

Situasi di Malaysia

sel telur

Situasi di Malaysia mungkin agak berbeza berbanding di Barat. Ini kerana mengikut satu fatwa, wanita Islam di negara ini dilarang membekukan sel telur sebelum bernikah.

Pada masa yang sama, undang-undang syariah hanya membenarkan sel telur disenyawakan dengan sperma si suami sendiri, sekali gus melarang sama sekali pembekuan sel telur itu untuk tujuan sosial.

Di samping itu, Islam hanya menggalakkan pembekuan sel telur jika wanita berkenaan tidak mampu hamil secara normal diakibatkan masalah perubatan.

Kebanyakan wanita Islam yang memilih untuk melakukan prosedur membekukan sel telur mereka biasanya terdiri daripada golongan yang berdepan penyakit serius seperti kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

    Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    fibroid ketika hamil

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    darah haid berketul

    Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan