Sakit Kelentit? JANGAN Ambil Mudah, Ada KOMPLIKASI Jika Tidak Dirawat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda sedang duduk dan tiba-tiba berasa sakit pada kelentit? Apakah yang menyebabkan klitoris sakit? Jom ketahui punca rasa sakit pada faraj yang dialami itu!

Kenapa klitoris sakit?

Ada masanya anda mungkin berasa miss V ngilu walaupun anda sedang berbaring. Mungkin punca sebenar ngilu yang dialami adalah disebabkan oleh rasa sakit pada kelentit.

Clitorodynia adalah istilah yang merujuk kepada masalah rasa sakit pada klitoris atau kelentit, organ genital pada bahagian faraj wanita. 

Klitoris sakit berlaku kerana terdapat ribuan hujung saraf padanya. Keadaan itu sekali gus menjadikannya lebih sensitif.

Sesetengah wanita berasa senang dengan rangsangan seksual yang diterima pada kelentit. 

Walau bagaimanapun, ada wanita yang mungkin berasa miss V ngilu pada saat melakukan aktiviti seksual dan tugasan harian biasa.

Dalam beberapa kes, ada wanita dengan clitorodynia mengalami rasa sakit pada faraj secara keseluruhan atau pada bahagian pelvis. 

Sakit pada kelentit digambarkan sebagai sakit ringan atau rasa berdenyut. Keadaan itu boleh berlaku 2 3 kali seminggu untuk tempoh beberapa jam. 

Kesannya, wanita yang mengalami clitorodynia mungkin akan mengelakkan foreplay dan persetubuhan.

Memahami simptom klitoris sakit

Rasa sakit pada kelentit boleh disertai simptom lain dan berbeza bergantung kepada penyakit, gangguan atau keadaan yang mendasari.

Adakalanya, simptom yang menjejaskan klitoris turut melibatkan sistem badan lain. 

sakit pada kelentit

Kesakitan yang berlaku boleh melibatkan gejala lain yang mempengaruhi kawasan vulva termasuk:

  • Pendarahan
  • Rasa terbakar
  • Kegatalan
  • Sensasi hangat
  • Rasa menyengat
  • Berdenyut-denyut

Klitoris sakit juga boleh disertai dengan simptom berkaitan sistem badan lain termasuk:

  • Kencing berdarah atau berwarna merah jambu (hematuria)
  • Kesukaran membuang air kecil (dysuria) dan pengekalan air kencing
  • Demam dan menggigil
  • Masalah saraf yang menyebabkan rasa sakit, kebas dan kesemutan
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Ruam pada bahagian lain badan

Dalam beberapa kes, rasa sakit pada faraj mungkin berlaku disebabkan simptom lain yang menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius yang harus dirawat segera. 

Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor jika mengalami sakit pada faraj dengan simptom serius lain seperti:

  • Sakit yang terus pada bahagian abdomen, pelvis atau bahagian belakang badan
  • Demam panas melebihi 38℃
  • Kadar denyutan jantung cepat (tachycardia)

Punca rasa sakit pada kelentit

Jangkitan dan gangguan kulit mungkin boleh menjadi punca rasa sakit pada kelentit. 

Masalah kesihatan atau kecederaan pada mana-mana struktur di kawasan vulva juga boleh menyebabkan klitoris sakit. 

Kesakitan yang dialami juga boleh berpunca daripada keadaan kesihatan secara keseluruhan seperti diabetes.

Malahan, masalah neuropati periferal berkaitan diabetes boleh menjejaskan 1 atau lebih saraf pada kawasan vulva menyebabkan rasa sakit pada kelentit, kegatalan, kesemutan atau sensasi terbakar.

Terdapat beberapa punca kesakitan klitoris seperti:

Dalam sesetengah kes, rasa sakit pada faraj boleh menjadi gejala serius atau mengancam nyawa yang memerlukan rawatan segera. Ini termasuklah:

  • Kanser
  • Jangkitan serius

rasa-klitoris-sakit

Komplikasi kesan klitoris sakit

Risiko untuk berlaku komplikasi kesan daripada rasa sakit pada kelentit adalah bergantung kepada faktor penyebabnya.

Mendapatkan rawatan segera bagi sebarang kecederaan atau jangkitan yang berlaku pastinya akan dapat membantu anda menghindari komplikasi serius.

Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah kecacatan atau penyebaran jangkitan.

Kesakitan pada klitoris yang melibatkan keadaan perubatan serius, seperti jangkitan atau diabetes mungkin mempunyai kesan jangka panjang dan berkemungkinan berpotensi mengancam nyawa. 

Apabila punca klitoris sakit dapat didiagnosis, adalah mustahak untuk anda mengikuti pelan perubatan dan rawatan yang diberikan oleh doktor.

Sekiranya anda tidak melakukan rawatan dengan betul, sakit pada kelentit boleh mengakibatkan komplikasi seperti:

  • Abcess, kewujudan nanah pada bahagian tisu badan dengan simptom termasuk kemerahan, rasa sakit dan bengkak
  • Sepsis (jangkitan bakteria dalam darah yang boleh mengancam nyawa)
  • Disfungsi seksual
  • Pembiakan sel kanser
  • Penyebaran jangkitan

Jangan ambil mudah…

Jika anda mengalami rasa sakit pada kelentit, miss V ngilu atau sakit pada faraj, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor atau minta dirujuk kepada pakar sakit puan. 

Elakkan daripada menggunakan sebarang ubat secara berulang jika keadaan tidak sembuh tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor. 

Melakukan pemeriksaan dan rundingan dengan pakar akan dapat membantu mengenal pasti punca kesakitan serta mendapatkan rawatan yang betul bagi menghilangkan masalah klitoris sakit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit klamidia

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
ikat peranakan

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan