Apa yang anda tahu mengenai jangkitan faraj?
Simptom dan tanda-tanda jangkitan faraj termasuk kegatalan, pembakaran dan kesakitan di dalam atau di sekeliling faraj anda, atau ketidaknormalan dalam keputihan. Sekiranya anda aktif secara seksual, telah melakukan hubungan kelamin dengan seseorang dan mengalami tanda-tanda dan simptom itu, kemungkinan besar anda mempunyai penyakit berjangkit secara seksual atau dikenali sebagai STD atau STI, yang bermaksud jangkitan seksual.
Berbeza dengan kepercayaan normal, jangkitan faraj tidak terhad kepada mereka yang aktif secara seksual, tetapi mereka yang tidak mempunyai hubungan kelamin juga boleh mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa setiap kali anda mempunya tanda-tanda di atas, kemungkinan anda mengalami jangkitan faraj atau STD atau STI sangat tinggi. Oleh itu, jumpa doktor secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen