backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Suami 'Melekat'? Isteri Perlulah Jaga Miss V Bagi KETAT, Ini Petuanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    Nak Suami 'Melekat'? Isteri Perlulah Jaga Miss V Bagi KETAT, Ini Petuanya!

    “Kenapa suami macam dah tak suka nak bersama dengan aku ye? Miss V aku dah tak menarik ke?,” keluh Misha dalam hati setiap kali suaminya menolak pelawaan untuk bersetubuh. Hakikatnya, ramai lagi wanita di luar sana yang mungkin mempunyai masalah yang sama dengan Misha iaitu Miss V sudah tidak lagi ketat seperti dulu. Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Ikuti artikel untuk tahu cara mengetatkan faraj yang paling efektif!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Cara mengetatkan faraj, jangan selalu buat seks?

    Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara mengetatkan faraj yang paling efektif, kita perlu tahu apa punca sebenar faraj menjadi longgar terlebih dahulu.

    Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah ini mungkin terjadi akibat terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan suami. Alamak! Adakah kenyataan yang mengejutkan ini benar atau mitos semata-mata?

    Tidak, ia adalah tidak benar.

    Seks terlalu kerap tidak akan menyebabkan faraj anda menjadi longgar. Untuk pengetahuan anda, faraj bersifat elastik dan fleksibel. Namun, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke keadaan asal.

    Jadi, jika bukan kekerapan seks yang jadi punca faraj longgar, apakah penyebab sebenarnya?

    Punca sebenar faraj longgar

    punca miss v longgar
    Senaman untuk mengetatkan faraj.

    Sebenarnya, tidak wujud perkara seperti Miss V ketat atau longgar. Cuma, keupayaan Miss V untuk meregang dan merapat kembali mungkin akan menurun akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, seperti:

  • Usia

  • Seawal memasuki usia 40-an, anda mungkin akan perasan perubahan berlaku pada faraj anda.

    Ini disebabkan oleh penurunan kadar estrogen dalam tubuh badan semasa anda makin menghampiri fasa menopaus. Akibatnya, faraj anda mungkin akan menjadi:

  • Lebih kering
  • Lebih nipis
  • Kurang asidik
  • Kurang elastik
  • Tidak lagi fleksibel
  • Perubahan ini akan menjadi lebih ketara sebaik sahaja anda mencapai menopaus.

    • Kelahiran bayi

    Selain faktor usia, faktor kelahiran bayi juga memainkan peranan yang menyebabkan faraj menjadi longgar. Ini kerana otot faraj anda akan meregang secara maksimum untuk membolehkan bayi keluar melalui saluran kelahiran.

    Selepas bayi lahir, anda mungkin akan perasan yang faraj anda sedikit longgar berbanding sebelum ini.

    Usah khuatir, ia adalah sesuatu yang normal dan Miss V ketat akan anda dapat selepas beberapa hari bersalin. Namun, ia mungkin tidak lagi sama seperti dahulu.

    Faraj anda mungkin akan menjadi semakin longgar ekoran kelahiran bayi anda yang seterusnya. Namun, ia tidaklah begitu ketara.

    Jika anda tidak mahu perkara ini menjadi lebih teruk, anda perlu lakukan sesuatu untuk menguatkan otot faraj anda sebelum, semasa dan selepas bersalin.

    cara menjadi pasangan romantis
    Cara mendapatkan mood intim sebelum dan selepas ada anak.

    Jadi, apa cara mengetatkan faraj yang boleh dilakukan?

    Tidak dinafikan, perubahan pada faraj mungkin akan sedikit sebanyak mencacatkan kehidupan seks bersama pasangan.

    Suami anda mungkin akan menolak pelawaan untuk melakukan hubungan intim dek kerana faraj anda yang mungkin baginya, longgar. Jadi, apa yang boleh anda lakukan sebagai cara mengetatkan faraj?

    #1. Pembedahan

    Tidak dinafikan, cara yang paling drastik ini adalah salah satu cara mengetatkan faraj yang efektif. Antara prosedur yang boleh dilakukan adalah vaginoplasty atau labiaplasty.

    Untuk pengetahuan anda, kedua-dua prosedur ini bertujuan untuk membentuk semula Miss V dengan cara mengetatkan kembali dinding faraj.

    Selain itu, terdapat juga prosedur lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki Miss V seperti revirgination.

    Ia dilakukan untuk memperbaiki selaput dara dan mengembalikan bentuk asalnya. Dalam erti kata yang lain, prosedur ini boleh dilakukan untuk mengembalikan keperawanan seorang wanita secara pembedahan.

    Bukan itu sahaja, prosedur menguatkan G-spot wanita juga boleh dilakukan bagi membolehkan wanita mencapai kepuasan maksimum semasa melakukan hubungan kelamin dengan suami.

    Namun, kesemua prosedur ini mempunyai kos yang sangat mahal serta risiko dan kesan sampingannya yang tersendiri. Jadi, bersediakah anda?

    #2. Kon faraj

    Pernah dengar tentang ini? Untuk pengetahuan anda, kon faraj adalah satu alat berbentuk kon yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk serta boleh digunakan sebagai salah satu cara mengetatkan faraj yang efektif.

    Cara ia digunakan adalah dengan memasukkan kon faraj ini ke dalam Miss V.

    Kemudian, gunakan cara kemutan yang betul selama kira-kira 15 minit setiap hari. Ya, ia memang kelihatan senang, namun ia memerlukan masa dan usaha untuk benar-benar berkesan.

    #3. Bebola Ben-Wa

    Selain kon faraj, anda juga boleh menggunakan bebola Ben-Wa.

    Ia adalah satu alat berbentuk bola yang boleh dimasukkan ke dalam Miss V sebagai salah satu cara untuk mengetatkan faraj. Sama seperti kon faraj, ia akan menguatkan kemutan Miss V anda.

    Cara ia digunakan adalah dengan memasukkan bebola Ben-Wa ini ke dalam faraj.

    Kemudian, kemutkannya dengan menggunakan otot pelvis untuk memastikan bebola ini kekal di dalam faraj. Hasilnya, ia akan mengetatkan faraj anda dari semasa ke semasa.

    #4. Yoga, antara senaman ketatkan faraj

    Yoga adalah satu senaman yang sangat baik untuk keseluruhan kesihatan kita. Malahan, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara mengetatkan faraj.

    Bagaimana caranya? Untuk pengetahuan anda, posisi yoga seperti Child’s Pose dan Bridge Pose adalah sangat efektif dalam menguatkan otot pelvis.

    Dalam erti kata yang lain, ia juga adalah sangat bagus untuk Miss V anda.

    #5. Senaman kegel, sebagai senaman ketatkan faraj

    cara mengetatkan faraj
    Manfaat senaman kegel.

    Akhir sekali, senaman kegel adalah cara mengetatkan faraj yang paling efektif.

    Menurut Adilin Ali yang merupakan Jurulatih Kecergasan di Fixme Studio Setiawangsa, senaman Kegel boleh diamalkan bagi memulihkan kembali otot faraj sekali gus mengetatkan kembali Miss V.

    Persoalannya, bagaimana senaman ketatkan faraj ini dilakukan?

    • Kemut otot faraj dan otot pelvis dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali (ia boleh dilakukan ketika berdiri, duduk atau baring)
    • Kawal pernafasan dengan menahan nafas selama 5 saat semasa melakukan kemutan. Kemudian, hembuskan nafas perlahan-lahan secara serentak ketika melepaskan kemutan dalam pengulangan 4 hingga 5 kali
    • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mendapatkan kesan yang maksimum

    Dengan senaman kegel ini, anda mungkin sudah berjumpa cara mengetatkan faraj secara semula jadi yang paling efektif.

    Bukan sahaja mampu mengetatkan Miss V, senaman ini juga boleh membantu wanita yang ada masalah mengawal kencing.

    Selain itu, senaman kegel juga merupakan petua tradisional hilangkan kentut faraj. Ia membantu menghalang angin daripada masuk ke dalam faraj – penyebab kentut faraj serta menguatkan otot faraj dan otot pelvis bagi memudahkan proses bersalin kelak.

    Jadi, apa lagi kaum Hawa tunggu? Praktikkanlah senaman Kegel ini!

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, terdapat banyak cara mengetatkan faraj dan petua tradisional hilangkan kentut faraj yang boleh anda lakukan. Namun, yang paling efektif sudah tentu senaman ketatkan faraj seperti senaman kegel.
    Jadi, wanita yang ada masalah Miss V longgar, jangan malu dan segera dapatkan bantuan pakar untuk khidmat nasihat dan rawatan yang sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan