backup og meta

Benarkah Kalau Sista Ovari Boleh Kembali Walau Selepas Ia Dibedah & Dibuang?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/04/2023

    Benarkah Kalau Sista Ovari Boleh Kembali Walau Selepas Ia Dibedah & Dibuang?

    Rasanya, semua orang sudah faham bahaya sista ovari kepada orang wanita. Namun, adakah anda juga tahu bahawa ia boleh kembali selepas ia dibedah dan dibuang? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu sista ovari?

    Sista ovari adalah kantung berisi lendiran yang terdapat di dalam ovari.

    Saiz dan bentuknya bergantung kepada individu. Di dalam kantung ini, terdapat lendiran yang cair, likat, keras atau pejal juga bergantung kepada individu.

    Sista ovari ini kerap berlaku dalam kalangan wanita muda dan malangnya kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya.

    bahaya sista ovari

    Terdapat beberapa jenis sista ovari, iaitu:

    1. Simple cyst

    Sista jenis ini merupakan yang paling biasa didiagnosis dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

    Sista jenis ini terjadi apabila folikel pada ovari kian membesar sejurus telur dilepaskan pada ovari.

  • Dermoid cyst
  • Sista jenis ini disebabkan oleh sel-sel yang menghasilkan telur dalam ovari bercampur dengan lemak dan rambut.

    1. Endometrioma

    Sista jenis ini disebabkan oleh sel-sel yang sepatutnya terdapat di dalam rahim, berada di luar rahim.

    Apa tanda sista ovari?

    Kondisi ini mungkin boleh dilihat dan dikesan dengan melihat kepada beberapa perubahan atau keadaan yang berlaku terhadap tubuh badan anda.

    bahaya sista ovari

    Berikut merupakan antara tanda sista ovari:

    Berikut punca dan faktor risiko ia terjadi!

    Kondisi ini terjadi disebabkan oleh beberapa punca cyst dalam rahim serta faktor risiko termasuk:

    • Masalah hormon wanita – sista mungkin terbentuk disebabkan rembesan hormon atau ubat-ubatan yang anda gunakan untuk membantu proses ovulasi.
    • Kehamilan – sista akan terbentuk ketika awal kehamilan untuk membantu menyokong kandungan sehingga terbentuknya plasenta. Kadangkala, sista ini akan kekal berada di dalam ovari dan perlu dibedah.
    • Infeksi –  Infeksi boleh merebak ke dalam ovari dan tiub fallopio lalu menyebabkan sista.
    • Endometriosis Wanita yang mengalami kondisi ini cenderung membentuk sista di dalam ovari yang dinamakan endometrioma. Sista ini mengakibatkan kesakitan ketika wanita itu sedang haid atau sedang melakukan hubungan seks.

    Apa bahaya sista ovari?

    Kondisi ini merupakan satu kondisi yang membimbang kerana akan mendatangkan beberapa kesan terhadap tubuh badan dan sistem reproduktif anda.

    bahaya sista ovari

    Berikut merupakan antara bahaya sista ovari:

    • Ovari terbelit – selain mengalami kesakitan yang teruk, wanita yang mengalami kondisi ini akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan atau menyelamatkan tisu ovari yang masih sihat.
    • Infeksi – sista yang pecah di dalam ovari akan mengakibatkan jangkitan yang boleh membawa maut.
    • Kanser Walaupun sangat jarang didiagnosis, bahaya sista ovari juga mungkin boleh mengakibatkan kanser.

    Benarkah jika kondisi ini boleh kembali?

    Menurut Dr. Andrew Weil yang merupakan pengasas dan pengarah Arizona Center for Integrative Medicine, University of Arizona, sekiranya anda pernah mengalami sista ovari, tidak mustahil untuk anda mengalaminya sekali lagi.

    Malahan, peluang untuk anda mendapat bahaya sista ovari ini sekali lagi akan meningkat lebih tinggi.

    Tuntasnya, anda tidak boleh mengelak daripada berlakunya sista ovari ini selagi tubuh anda masih berovulasi.

    Jika kondisi ini menjadi semakin parah, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi pil perancang untuk menghentikan proses ovulasi yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh anda.

    Pun begitu, anda disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat rawatan yang terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan