Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Ubat Kesuburan Wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Seperti yang anda tahu, ketidaksuburan atau kemandulan ialah penyakit yang memberi kesan dalam keabnormalan fungsi sistem reproduktif/ pembiakan lelaki atau wanita. Terdapat pelbagai cara untuk merawat penyakit ini seperti melalui permanian beradas (Artificial Insemination), pembenihan in vitro (IVF), dan menggunakan ubat-ubat dalam membantu kesuburan. Jika anda tergolong dalam kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, adakah anda tahu tentang rawatan dan ubat kesuburan wanita?

Berikut adalah beberapa maklumat yang boleh anda ketahui.

Berapa jenis ubat kesuburan wanita?

Terdapat pelbagai ubat kesuburan, tetapi dalam artikel ini, kami senaraikan ubat asas lazim yang ditetapkan.

Clomiphene berfungsi dengan cara merangsang hormon (GnRH, FSH, LH) dalam otak anda, yang mencetuskan telur untuk berkembang dan dilepaskan daripada ovari anda. Ubat ini selalunya digunakan bersama dengan kaedah kesuburan lain, seperti teknik bantuan reproduktif atau permanian beradas.

Gonadotropins merangsang terus ovari anda untuk menghasilkan telur. Ubat ini bukanlah pil yang perlu anda telan. Sebaliknya, anda perlu mengambilnya melalui suntikan.

Bila saya perlu mengambil suntikan?

Anda boleh mencuba clomiphene dahulu, jika Clomid tidak berfungsi untuk anda. Doktor anda mungkin akan menyarankan hormon untuk mencetuskan ovulasi. Dos dan pengurusannya pelbagai, bergantung kepada bagaimana ia digunakan. Namun begitu, jangan mengambilnya tanpa preskripsi doktor.

Sesetengah suntikan diberikan di bawah kulit, sementara sesetengah yang lain disuntik ke dalam otot. Anda boleh mendapatkan suntikan pada perut, lengan, paha atas, atau punggung. Kadangkala, anda mungkin memerlukan suntikan bersama dengan Clomid yang diambil melalui mulut.

Apakah keberkesanannya?

Clomiphene: Kira-kira 60% hingga 80% wanita akan mengalami ovulasi, dan separuh daripadanya akan hamil.

Suntikan hormon: Terdapat 50% wanita yang akan hamil dalam kalangan mereka yang mula mengalami ovulasi.

Apakah risiko pengambilan ubat kesuburan?

Kebanyakan ubat kesuburan yang digunakan adalah selamat dan berjaya selama lebih 40 tahun penggunaannya. Bagaimanapun, seperti rawatan kesuburan yang lain, peluang untuk kehamilan kembar adalah tinggi. Kira-kira 10 peratus wanita yang mengambil clomiphene mendapat kembar (kebanyakannya kembar dua), dan kira-kira 30 peratus daripada wanita yang mengambil gonadotropins mendapat kembar (juga kebanyakannya kembar dua).

Suntikan hormon: Kebanyakannya mengalami kesan ringan seperti kesakitan, jangkitan, dan lepuh darah, kebengkakan atau lebam pada tapak suntikan. Juga, terdapat risiko keadaan yang dipanggil hiper rangsangan ovari, yang membuatkan ovari anda mengembang dan menjadi sakit.

Clomiphene: Secara umumnya, kesan yang diterima ringan.

  • Kepanasan;
  • Penglihatan kabur;
  • Loya;
  • Kembung perut;
  • Sakit kepala.

Dalam sesetengah kes, ia boleh mengubah mukus serviks anda, membuatkan sukar untuk mengetahui waktu subur anda dan ia juga mungkin akan menghentikan sperma daripada masuk ke dalam uterus anda.

Jika anda sedang menangani masalah ketidaksuburan, berjumpalah dengan doktor. Doktor akan memberitahu anda semua pilihan rawatan yang sesuai untuk anda, termasuklah ubat kesuburan. Dengan mengetahui senarai ubat kesuburan boleh membantu anda untuk menanyakan kepada doktor tentang rawatan kesuburan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan