Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap kali mengutarakan isu onani, sudah pasti kita akan mengaitkannya dengan golongan lelaki sahaja bukan?

Pun begitu, ketahuilah bahawa golongan wanita tidak terkecuali dari melakukannya!

Menurut kajian yang dilakukan oleh The Kinsey Institute, kira-kira separuh dari populasi wanita di Amerika Syarikat melancap sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Nicole Prause yang merupakan Pakar Seksual mengatakan, perkara ini adalah normal. Wanita juga akan beronani untuk mendapatkan kepuasan seksual, sama seperti lelaki.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai onani dalam kalangan wanita?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

seks

#1. Ia adalah bagus untuk wanita

Terkejut dengan penyataan ini? Tenang, ia mungkin ada benarnya.

Hakikatnya, onani mampu melancarkan perjalanan darah serta mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh badan seorang wanita.

Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai 1 terapi untuk mengurangkan stres dan melegakan rasa sakit atau kejang akibat haid (PMS).

Dalam erti kata yang lebih mudah, melancap adalah bagus untuk wanita dalam pelbagai aspek.

#2. Ia dijadikan sebagai terapi untuk mudah tidur

Sebenarnya, terdapat banyak lagi terapi yang kita boleh lakukan untuk mudah tidur selain minum susu lembu atau kira bulu kambing biri-biri!

Menurut kajian yang pernah dijalankan, kira-kira 32% wanita beronani setiap kali mereka berasa sukar untuk tidur.

Ini kerana mereka percaya ia adalah sebagai 1 bentuk terapi untuk mudah tidur. Lebih mengejutkan, ramai yang percaya bahawa ia adalah sangat berkesan.

orgasma

#3. Onani boleh membantu kehidupan seks wanita

Menurut Yvonne K. Fulbright yang merupakan seorang Pakar Seksual, melancap boleh menjadikan seseorang wanita itu berasa yakin dan selesa dalam perihal kehidupan seks.

Ini kerana ia memberi peluang kepada kalian untuk belajar mengenali tubuh badan sendiri.

Ini adalah penting sebagai 1 eksperimen terhadap diri anda untuk mengetahui dan memahami tentang kemahuan seksual anda.

Dalam pada itu, ia juga boleh jadi 1 teknik untuk memuaskan nafsu sendiri sekiranya gagal mencapainya bersama pasangan tercinta anda.

#4. Onani boleh membantu masalah seks pramenopaus

Menurut Judi Chervenak yang merupakan seorang Pakar Ginekologi, melancap boleh membantu wanita menyesuaikan diri ketika berada dalam fasa pramenopaus.

Persoalannya, bagaimana?

Sebagaimana yang kita tahu, tubuh badan wanita normal akan menjalani banyak perubahan.

Antaranya adalah faraj akan menjadi kering dan sempit sekali gus menyebabkan proses penetrasi zakar sukar dijayakan.

Oleh itu, melancap setiap kali sebelum melakukan hubungan seks mungkin boleh membantu mengelakkan masalah ini selain meningkatkan lagi libido seorang wanita itu.

Namun, jika perbuatan itu hanya akan mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada anda, segera hentikannya.

Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu ya!

orgasma palsu

#5. Ia tidak perlu diakhiri dengan orgasma

Hakikatnya, rata-rata individu terutamanya lelaki melakukan onani semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual.

Pun begitu, ketahuilah bahawa wanita tidak semestinya perlu mengakhiri perbuatan ini dengan orgasma.

Ini kerana melancap dalam kalangan wanita adalah lebih kepada 1 pengalaman untuk mereka.

Penyataan ini adalah sangat berbeza bagi golongan lelaki yang melakukannya semata-mata untuk memuaskan nafsu syahwat.

Jadi, jangan berasa tertekan sekiranya anda gagal untuk mencapai klimaks setiap kali beronani.

Sebaliknya, berilah masa, ruang dan peluang untuk diri anda belajar mengenai tubuh badan anda sendiri. Ia sudah tentu lebih bagus untuk kehidupan seks kalian.

Akhir kata, ternyatalah bahawa terdapat banyak manfaat onani dalam kalangan wanita.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia adalah 1 perbuatan yang sangat tidak digalakkan buat individu yang beragama Islam.

Jadi, sila pertimbangkan juga faktor ini sebelum wanita beronani.

Jika kalian mempunyai masalah sebelum, ketika atau semasa beronani, segera berhubung dengan doktor untuk mendapatkan nasihat okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Ketagihan seks bukanlah sesuatu yang normal dan boleh menjejaskan diri anda serta pasangan tercinta! Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

lelaki macho

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
hikmah perkahwinan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan