Memecahkan Rekod, Ke Arah Sifar Kaviti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Pada 17 Oktober 2019, pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yak Chee telah mencipta rekod apabila telah mengambil bahagian dalam acara memberus gigi terbesar di Malaysia. Dengan jumlah penyertaan seramai 3,245 pelajar, bilangan tersebut jauh meninggalkan rekod terdahulu yang dipegang oleh 2,098 pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memacu kesihatan oral di Malaysia ke arah sifar kaviti. 

Kesedaran tentang masalah karies gigi di Malaysia

Acara yang bersejarah itu merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Masa Depan Bebas Kaviti 2019 (WCFFD 2019) yang dianjurkan oleh Colgate-Palmolive dengan kerjasama Persatuan untuk Masa Depan Bebas Kaviti (ACFF). Sambutan yang telah berlangsung di SJKC Yak Chee, Puchong, itu bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang masalah karies gigi dan kaviti di Malaysia. 

Karies gigi merujuk kepada penghakisan enamel gigi yang berlaku akibat daripada penghasilan asid yang tinggi dalam mulut. Penghasilan asid ini berlaku apabila bakteria dalam mulut mecernakan karbohidrat atau gula dalam makanan. Keadaan mulut berasid tinggi dalam jangka panjang akan terus menghakis gigi sehingga terbentuk lubang (kaviti). Kaviti ini kemudiannya mampu untuk membesar sehingga mendedahkan lapisan pulpa yang kaya dengan saraf dan salur darah. Ini mendorong kepada rasa sakit yang teruk dan juga masalah-masalah lain.

Kanak-kanak merupakan kumpulan populasi yang paling berisiko untuk menghidap karies gigi yang teruk. Berdasarkan statistik, 7 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap karies gigi. Tambahan lagi, Kajian mendapati 76% daripada kesemua kanak-kanak di bawah usia 5 tahun telahpun mempunyai 8 daripada 10 gigi susu mereka terjejas dengan karies. Di Malaysia, negeri Terengganu, Pahang, Perlis dan juga Sabah adalah negeri-negeri yang mempunyai prevalens kaviti tertinggi. 

Masa Depan yang Lebih Cerah dengan Sifar Kaviti

Melihat kepada statistik yang membimbangkan ini, langkah pragmatik perlu diambil demi membendung dan mengawal beban penyakit karies gigi dan kaviti di Malaysia. Justeru, intervensi di peringkat akar umbi adalah langkah terbaik dalam mencapai misi ‘Masa Depan yang Lebih Cerah dengan Sifar Kaviti’. Menjelang tahun 2026, ACFF menyasarkan masa depan yang bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia. Demi mencapai cita-cita ini, setiap pihak, termasuk pihak swasta, harus memainkan peranan mereka.

Hari Masa Depan Bebas Kaviti 2019
Dari kiri: Encik Liong Yen Lam, Pengerusi Lembaga Pengarah SJK(C) Yak Chee; Encik Chin Ah Soon, Pengetua SJK (C) Yak Chee; Encik Corrado Giaquinto, Timbalan Presiden dan Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive; Tuan Haji Razuki Bin A. Rahim, Timbalan Pengarah Sukan, Kokurikular dan Divisyen Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia; Professor Dr. Rahimah Abdul Kadir, Pengerusi ACFF Malaysia; Encik Khairul Anuar B Awang, Ketua Pembantu Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pendidikan Negeri Selangor; dan Cik Amanda Klemm, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive.

Dengan hampir 7 daripada 10 rumah di Malaysia menggunakan ubat giginya, Colgate merupakan entiti swasta yang penting dalam menghasilkan impak yang positif terhadap kesihatan oral di Malaysia. Syarikat tersebut komited dalam membantu keluarga dan kanak-kanak untuk cakna tentang penjagaan mulut melalui program pendidikan dan kempen-kempen mereka. Sebagai tanda komitmen mereka yang berterusan, Majlis tersebut turut menyaksikan Cik Ammanda Klemm, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive, melancarkan ubat gigi terbaru dalam edisi perlindungan kaviti maksima mereka iaitu Amino Power. Berbeza dengan ubat gigi lain dalam edisi ini, Amino Power merupakan inovasi teknologi yang melibatkan penggunaan kompaun organik iaitu asid amino arginin. Arginin terdapat secara semula jadi dalam air liur dan ia membantu untuk mengurangkan paras asid dalam mulut. Teknologi ini adalah hasil daripada himpunan kajian berdekad lamanya dan ia telah terbukti lebih berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran dalam melindungi gigi daripada kaviti.

Wakil kerjasama Colgate dan ACFF lain yang turut hadir adalah Encik Corrado Giaquinto, Timbalan Presiden dan Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive, dan juga Prof. Dr. Rahimah Abdul Kadir, Pengerusi ACFF Malaysia. Turut hadir selaku jemputan kehormat adalah Tuan Haji Razuki bin A. Rahim, Timbalan Pengarah Sukan, Kokurikular dan Divisyen Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Encik Khairul Anuar Bin Awang, Ketua Pembantu Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pendidikan Negeri Selangor.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Haji Razuki bin A. Rahim, Timbalan Pengarah Sukan, Kokurikular dan Divisyen Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Encik Khairul Anuar Bin Awang, Ketua Pembantu Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pendidikan Negeri Selangor. Wakil Colgate Palmolive yang turut hadir adalah Encik Corrado Giaquinto, Timbalan Presiden dan Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive, dan Cik Amanda Klemm, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive.

Impian untuk memastikan sifar kaviti dalam generasi masa depan bukannya sesuatu yang mustahil. Dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk penglibatan proaktif ibu bapa, cita-cita murni mampu untuk direalisasikan. Secara tak langsung sifar kaviti dalam kanak-kanak Malaysia itu sendiri adalah satu rekod yang semua pihak boleh banggakan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Pada tanggal 1 Julai 2020, semua pawagam Malaysia akan dibenarkan untuk beroperasi semula. Adakah selamat untuk pergi semasa pandemik COVID-19 ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, cuti bersalin di Malaysia telah dinaikkan kepada 90 hari mulai 2021. Bagaimana dengan negara lain agaknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 12/05/2020 . 3 minit bacaan

    Lagi Berita Gembira COVID-19: PKP Bawa Hikmah Kepada Semua, Udara & Air Sungai Di Malaysia Makin Bersih

    PKP memang membuat orang awam resah dan gelisah. Namun, tahukah anda bahawa kerananya juga alam sekitar malaysia sudah lebih bersih? Jom baca ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 27/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berus gigi

    JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
    maksud flos gigi

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    gigi rosak

    Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan