Teknik-teknik Berkesan Untuk Memotivasikan Diri Anda Kearah Matlamat Kesihatan Anda

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Kira-kira 80 peratus orang tidak pernah menetapkan matlamat untuk diri mereka sendiri dan bagi mereka yang melakukannya, kira-kira 70 peratus akan gagal untuk mencapai matlamat yang mereka telah tetapkan. Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira satu pertiga daripada individu tidak menghiraukan resolusi Tahun Baru mereka pada 31 Januari. Apabila ianya berkenaan kesihatan dan kesejahteraan, perkara yang sama mungkin berlaku kecuali anda tahu bagaimana untuk mengarahkan diri anda sendiri. Ikuti 5 teknik berkesan untuk mendorong diri anda ke arah mencapai matlamat kesihatan anda.

1. Kenal pasti Motivasi dalaman anda

Tingkah laku manusia adalah berdasarkan kepada ganjaran dan insentif. Motivasi kita, sama ada dalaman atau luaran adalah merupakan penyebab mengapa kita bertindak dengan cara tertentu. Motivasi dalaman merujuk kepada tingkah laku yang didorong secara dalaman dalam diri seseorang individu. Ianya mencari ganjaran dalaman dan jangka panjang berbanding dengan motivasi luaran. Oleh kerana itu, motivasi dalaman dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap tingkah laku individu.

Contohnya, keinginan untuk menurunkan berat badan dengan niat untuk menjadi lebih sihat, supaya anda dapat berfungsi dengan lebih baik di tempat kerja dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjaga keluarga anda adalah motivasi dalaman yang berbeza dengan motivasi luaran yang cuba menurunkan berat badan untuk kelihatan menarik dalam perkahwinan .

Untuk berjaya dengan matlamat kesihatan anda dalam jangka masa panjang, anda perlu mengenal pasti dan mengikuti aspek-aspek yang mendorong anda untuk meneruskannya. Anda boleh melakukan ini dengan aktiviti visualisasi. Cuba tutup mata anda selama 3 minit sambil memvisualisasikan dan membayangkan diri anda yang lebih bahagia dan sihat. Cuba fokus pada apa yang anda lihat dan bagaimana perasaan anda dalam visualisasi ini. Fikirkan megenai motivasi utama yang memandu anda untuk menjadi lebih sihat. Anda boleh memberikan tumpuan kepada matlamat dalaman seperti ingin berasa lebih sihat dan nikmati lonjakan endorfin yang terhasil daripada bersenam. Yang paling penting, tanyakan kepada diri anda sendiri apa yang benar-benar mendorong anda atau memotivasikan anda dalam kehidupan untuk jangka masa yang panjang.

2. Tetapkan matlamat SMART

Formula rangka kerja SMART yang merupakan akronim bagi Specific, Measurable, Achievable, Relevant dan Time-related adalah teknik untuk menetapkan matlamat yang berkesan. Ini memastikan bahawa matlamat yang anda tetapkan adalah realistik dan ketara yang tidak hanya jelas, tetapi juga dapat diukur dalam kerangka waktu dan kesesuaian dengan motivasi dalaman anda.

Matlamat SMART yang baik boleh menjadi sesuatu yang mudah semudah menaiki tangga di tempat kerja 5 hari seminggu dalam tempoh sebulan supaya anda boleh memantau kemajuan anda dan mengekalkannya. Adalah lebih memotivasi jika kita memasukkan matlamat kesihatan kita ke dalam rutin harian kita (seperti berjalan selama 15 minit hingga 30 minit sehari selepas kerja) supaya ianya menjadi sebahagian daripada kehidupan berbanding memberikan ruang masa yang lebih spesifik.

Untuk mengenal pasti matlamat yang sesuai, tanya diri anda apakah perubahan yang sihat yang anda ingin mulakan untuk mencapai motivasi dalaman anda. Mulakan dengan sesuatu yang boleh dilakukan dari hari ini. Selepas kira-kira 60 hari berlatih tingkah laku yang diingini, badan dan minda anda akan mula mengidamkan untuk aktiviti dan makanan yang lebih sihat.

3. Pilih matlamat kesihatan yang benar-benar anda nikmati

Walaupun kita mungkin mula merasakan rutin matlamat kesihatan kita, kita akan sangat bertekad untuk mengekalkannya jika kita memilih jenis aktiviti yang kita suka dan nikmati. Kita cenderung untuk mengekalkan tingkah laku yang memberi kita peningkatan dalam endorfin seperti senaman. Perkaitan senaman untuk meningkatkan emosi dan pemikiran yang positif akan membantu kita untuk memperkuatkan tingkah laku.

Kenalpasti apa yang paling menyeronokkan untuk dimasukkan ke dalam rutin kesihatan anda. Jika mendengar muzik atau menonton pengajaran melalui YouTube adalah hobi anda, cuba dengar muzik semasa anda berjalan di treadmill atau ikuti langkah demi langkah tutorial kardio di YouTube.

4. Sediakan diri anda untuk sebarang sekatan atau halangan

Tiada sesiapa yang sempurna dan semua orang berpotensi untuk gagal melakukan rutinnya. Kadar kekerapan kadangkala tinggi dalam kalangan individu yang menjalani program kesihatan, oleh itu, kenalpasti perjalanan anda dapat membantu anda untuk bangkit kembali dengan lebih cepat.

Tidak mengapa untuk kadangkala terlalai daripada melakukakan senaman, tetapi bahagian paling penting dari mana-mana tingkah laku peningkatan diri adalah untuk kembali bangun dan kembali ke trek. Perubahan yang berterusan dalam tingkah laku kesihatan adalah penting untuk memastikan matlamat kesihatan diikuti dalam jangka panjang. Seseorang individu dikatakan lebih berjaya dalam mengekalkan matlamat kesihatan mereka apabila kedapatan sumber-sumber yang banyak untuk fizikal dan psikologi mereka.

Petua yang baik adalah untuk tidak membiarkan satu saat kelalaian dan halangan seperti makan malam bersama dengan rakan-rakan atau kehilangan rutin senaman untuk mempersiapkan parti ulang tahun rakan menyebabkan anda menyerah pada matlamat anda sepenuhnya. Tetapkan matlamat untuk terus menjadi kuat, maafkan diri anda dan kembali ke trek senaman pada hari berikutnya

5. Hargai diri sendiri dan raikan kemenangan kecil

Pujian selalu diketahui untuk meningkatkan harga diri seseorang. Mendapatkan ganjaran segera juga cenderung untuk meningkatkan motivasi dalaman individu. Oleh itu, cuba untuk memberi tumpuan kepada peningkatan kelemahan anda walaupun betapa kecilnya ia dan berusaha untuk menjadikannya lebih kuat.

Matlamat untuk terus berfungsi boleh terjadi secara fizikal, seperti menurunkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kelajuan atau tenaga. Ia mungkin terjadi secara emosi, seperti menguruskan kecederaan masa lalu anda, tekanan atau kemarahan. Ianya juga mungkin terjadi secara lebih kognitif seperti bekerja pada pemikiran yang lebih positif untuk berjaya dan bukannya gagal. Walau apa pun matlamatnya, tumpuan untuk memperbaiki diri anda dan lakukannya dengan sedikit lebih baik kerana setiap hari akan berlalu. Selepas mencapai matlamat baru ini, anggaplah ianya satu kemenangan tanpa mengira betapa kecilnya ia. Ini akhirnya dapat membantu meningkatkan harga diri anda sehingga pada akhirnya membantu anda untuk merasa lebih bermotivasi untuk tujuan baru.

Selepas setiap kemenangan, pastikan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Puji diri anda sambil memberi peringatan tentang kemenangan ini seperti dengan mengambil foto diri anda atau menyimpan catatan mengenainya dalam catatan pemikiran positif sebagai sumber motivasi untuk masa depan. Memilki catatan kemenangan anda bukan sahaja membina harga diri tetapi juga memperkuat keinginan dan semangat anda untuk sebarang aktiviti yang dikaitkan dengan emosi positif.

“Motivasi adalah ramuan yang perlu disegarkan setiap hari untuk membantu anda bangkit setiap pagi dengan kekuatan dan keghairahan yang diperbaharui untuk meneruskan matlamat anda,” kata ahli psikologi klinikal, Pamilia Lourdunathan.

“Setiap individu ada dalam dirinya picu untuk menjadikan dirinya tebaik. Adakah anda bersedia untuk melepasi segala halangan anda dan melonjakkan motivasi ke arah matlamat anda? “

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menetapkan matlamat kesihatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    DARI PAKAR Pamilia Lourdunathan

    Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Lebih daripada 320,000 kes jantung terhenti berlaku di luar hospital setiap tahun di Amerika Syarikat. Jantung terhenti dipicu oleh kerosakan elektrik di bahagian jantung ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    jantung terhenti

    Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi berbanding populasi normal. Masalah diabetes dan masalah ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    emosi

    Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    diabetes

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Perkara Mengenai Diet Eat Clean Ini Hanyalah Mitos? Point No. 4 Pasti Buat Anda Terkejut!

    Diet eat clean dikaitkan dengan gaya hidup sihat dan tubuh yang cantik seperti sering dilihat dan dipromosikan oleh influencer di dalam laman media sosial.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Ramai individu yang menyangkakan bahawa senaman itu membosankan dan ya, kadangkala kenyataan ini mungkin ada benarnya. Cuba tip bersenam ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

    Anda suka melakukan aktiviti fizikal? Itu bagus tapi tahu tak tanpa sedar, ada kesilapan ketika bersenam yang mungkin dilakukan. Ikuti pencerahan ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit senggugut wanita

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    bersenam untuk kesihatan

    Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan berlebihan

    Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan