Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Penyakit mental merupakan topik yang sering dianggap tabu oleh kebanyakan masyarakat setempat. Namun, mengapa kita sewenang-wenangnya suka mempersendakan seseorang individu itu apabila mereka mempunyai karakter persis penyakit mental? Bipolar, kemurungan, keresahan, skizofrenia. Ini bukanlah penyakit yang boleh didiagnosis sesuka hati.

Mereka yang kerap berbelanja, anda katakan bipolar. Mereka yang kerap bersedih anda katakan kemurungan. Mereka yang berkelakuan pelik dan tidak memakai pakaian yang bersih, anda katakan gila. Sudah tiba masanya untuk anda ketahui bahawa perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Mengenai gangguan bipolar

Kebanyakan penyakit mental, termasuk gangguan bipolar, bersifat kompleks. Sukar untuk kita kenal pasti punca sebenar mengapa seseorang individu itu lebih mudah untuk mendapat penyakit tersebut berbanding dengan individu yang lain. 

Namun kebanyakan saintis bersetuju bahawa penyakit ini bukan hanya disebabkan oleh satu punca semata-mata. Faktor utama yang mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang individu itu mendapat masalah gangguan bipolar boleh dibahagikan kepada tiga:

  • Genetik dan keturunan
  • Faktor persekitaran
  • Faktor gangguan pada fungsi otak

Gangguan bipolar cenderung untuk didiagnosis dalam kalangan mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai ibu, bapa atau adik beradik yang berhadapan dengan masalah bipolar, tidak bermakna anda pasti akan didiagnosis dengan penyakit itu kelak. Kesimpulan yang boleh kita buat daripada situasi ini adalah anda mempunyai kecenderungan untuk mendapat gangguan bipolar jika anda berhadapan dengan keadaan yang boleh memberikan tekanan emosi dan mental. 

Gangguan bipolar merupakan penyakit kronik yang mempengaruhi mood, tingkah laku, kadar jumlah tenaga dan aktiviti individu. Ia juga dikenali sebagai kemurungan manik memandangkan individu terbabit kebiasaannya akan melalui dua fasa berbeza iaitu fasa kemurungan dan fasa mood tinggi (fasa manik). 

Walaupun terdapat pelbagai jenis kaedah rawatan sama ada terapi farmakologikal atau psikologi, penyakit ini masih tidak mempunyai sebarang penawar. Namun simptomnya boleh dikawal melalui dua kaedah rawatan tersebut. 

Mania atau hipomania

Ini merupakan simptom klasik yang sering dianggap oleh orang awam sebagai gila. Mania dan hipomania merupakan dua episod bipolar yang berbeza. Melaluinya, bipolar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis pengelasan:

  • Gangguan bipolar jenis I Apabila anda mengalami sekurang-kurangnya satu episod mania diikuti dengan episod hipomania atau kemurungan (major depressive disorder)
  • Gangguan bipolar jenis II – Apabila anda mengalami sekurang-kurangnya satu episod hipomania dan kemurungan. Mania tidak termasuk dalam kriteria pengelasan ini 
  • Gangguan siklotimia – Anda mengalami beberapa kali simptom hipomania dan kemurungan namun tidak serius atau menepati ciri-ciri gangguan bipolar jenis I atau II
  • Lain-lain – Gangguan bipolar yang disebabkan oleh penggunaan dadah, alkohol atau penyakit kronik seperti sindrom Cushing

Perbezaan di antara mania dan hipomania dibuat melalui beberapa kriteria simptom seperti keterukan, durasi dan aspek psikologi yang dialami oleh pesakit. Panduan yang dikeluarkan bagi mendiagnosis penyakit mental dikenali sebagai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) telah meletakkan 4 hari sebagai kriteria minimum bagi hipomania.

Mereka yang mengalami mania, secara lazimnya, tidak boleh menjalani kehidupan seharian secara normal. Ini berbeza dengan mereka yang mengalami hipomania yang mana tanpa simptom tersebut tidak menunjukkan sebarang kekurangan berkaitan dengan fungsi mereka untuk menjalani kehidupan harian. Perbezaannya hanya boleh dibuat oleh golongan profesional.

Mereka yang mengalami mania atau hipomania akan menunjukkan sekurang-kurangnya tiga daripada senarai simptom di bawah:

  • Terlalu aktif dan bertenaga
  • Mempunyai semangat yang luar biasa
  • Terlalu gembira dan mempunyai tahap keyakinan yang sangat tinggi (lebih daripada biasa)
  • Kurang tidur tetapi masih bertenaga
  • Bercakap tidak berhenti
  • Terlalu banyak perkara yang timbul dalam fikiran individu
  • Mudah hilang fokus 
  • Tidak boleh membuat keputusan dengan baik. Sebagai contoh pergi membeli belah secara berlebihan, tidak mengamalkan seks yang selamat dan membuat pelaburan yang tidak masuk akal

Simptom kemurungan pada pesakit bipolar

Secara amnya, tanpa simptom kemurungan, bipolar jenis II tidak dapat didiagnosis. Ia tidak seperti bipolar jenis I yang boleh didiagnosis dengan hanya simptom mania semata-mata. Namun perlu diingatkan juga, kemurungan boleh menjadi manifestasi daripada penyakit mental tersebut atau merupakan komplikasi kepada penyakit mental yang lain. Sebagai contoh, masalah keresahan/ kegelisahan, tanpa rawatan awal, ia boleh menyebabkan kemurungan. 

Perkara ini perlu ditekankan khususnya buat orang awam supaya tidak “memandai-mandai” memandangkan pemberian diagnosis oleh bukan profesional boleh menimbulkan kesengsaraan emosi kepada individu terlibat. Mereka yang mengalami kemurungan akan menunjukkan sekurang-kurangnya 5 daripada 9 simptom di bawah:

  • Berasa sedih, kosong, bagaikan tiada harapan, atau sering menangis tanpa sebab yang jelas
  • Hilang minat untuk melakukan perkara yang kebiasaannya diminati oleh individu terbabit (anhedonia)
  • Hilang berat badan tanpa berdiet, naik berat badan, selera makan berkurang atau bertambah
  • Insomnia (sukar untuk tidur) atau hipersomnia (tidur terlalu lama)
  • Tingkah laku tampak perlahan
  • Kelesuan
  • Merasakan diri mereka tidak berguna atau menunjukkan rasa bersalah yang tidak kena pada situasi semasa
  • Sukar untuk menumpukan perhatian atau berfikir
  • Memikirkan, merancang atau mencuba untuk membunuh diri

Hakikat berkenaan dengan gangguan bipolar

Bukan semua individu yang beremosi itu mempunyai masalah mental. Ketidakstabilan emosi kadangkala merupakan tindak balas mental yang normal bergantung kepada apa yang anda lalui seharian. Mungkin ada individu yang membuatkan anda kecewa, mungkin anda bergaduh dengan pasangan hidup, mungkin anda putus cinta dan mungkin juga anda tidak sempat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Perasaan tersebut kebiasaannya akan muncul buat seketika waktu dan ia berlaku tidak sekerap berbanding dengan apa yang dialami oleh mereka yang didiagnosis dengan gangguan bipolar. Lazimnya, bagi mereka yang mempunyai bipolar jenis I, ketidakstabilan tersebut boleh berpanjangan selama berminggu-minggu. Ia turut menjejaskan prestasi dan fungsi individu terbabit menyebabkan berlakunya perbuatan yang dianggap sebagai tidak normal dan melampaui batas kewarasan seseorang. 

Mereka yang didiagnosis dengan penyakit mental tersebut kebiasaannya berusia di antara 17 hingga 31 tahun. Insiden gangguan ini adalah sama rata di antara jantina lelaki dan wanita. Perkara ini berbeza dengan insiden kemurungan yang mempunyai insiden tinggi dalam kalangan wanita. Disebabkan oleh persamaan di antara simptom bipolar dengan penyakit mental yang lain, adalah sangat penting untuk anda membawa mereka yang terlibat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Konklusi

Anda sendiri tahu bahawa penyakit mental adalah tabu. Jangan katakan kepada seseorang itu bahawa mereka mempunyai masalah bipolar. Galakkan mereka berjumpa dengan doktor bagi mengawal simptom tersebut dan pastikan anda memberikan sokongan moral kepada mereka yang didiagnosis. Jika anda telah didiagnosis dengan penyakit mental tersebut, jangan lupa untuk menuruti arahan doktor berkenaan dengan pengambilan ubat bipolar. Anda mungkin tidak boleh sembuh namun kepatuhan terhadap ubat-ubatan boleh memberikan kehidupan yang lebih berkualiti kepada anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Sekiranya anda sudah berada dalam lingkungan lewat 20-an, ini masanya anda pertimbangkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan demi kesejahteraan hidup.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Selain aspek kewangan dan kediaman, kesihatan tubuh badan juga akan terjejas akibat bencana alam! Jom klik untuk baca dengan lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Selera Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Untuk Bersihkannya!

    Siapa yang suka untuk membuang air jika tandas tersebut kuning dan kotor bukan? Tenang, ini cara bersihkan jamban yang kalian boleh praktikkan di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok dalam rumah

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan