Persepsi Mengenai Kesihatan Mental Berubah Selepas Sedekad

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Masih ramai yang masih menganggap bahawa kesihatan mental ini sebagai satu perkara yang bernada negatif dan penuh dengan stigma tertentu. Penyakit mental jarang sekali dianggap sebagai salah satu penyakit yang sama dengan penyakit-penyakit fizikal yang lain. Walaupun penyakit mental ini sering dikaitkan dengan persepsi-persepsi negatif, dekad ini sedikit sebanyak telah menunjukkan beberapa perubahan tentang bagaimana masyarakat mula bertukar pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan mental. 

Walaupu jumlah individu yang mula mendapatkan rawatan atau terapi berkaitan kesihatan mental masih sedikit, ia sebenarnya sudah mula menunjukkan bibit positif perkembangannya dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Ada antara kita yang sudah memberanikan diri untuk memperkatakan mengenai kesihatan mental dengan tujuan mendidik masyarakat. Berikut kami kongsikan beberapa peristiwa atau momen-momen dalam tempoh 10 tahun yang lepas yang telah menjadi satu titik pengaruh berkenaan bagaimana kita melihat dan bercakap mengenai kesihatan mental pada hari ini: 

Kematian Robin Williams dan selebriti terkenal lain

Pada tahun 2014, dunia dikejutkan dengan kematian artis terkenal melalui filem Mrs. Doubtfire, Robin Williams. Menurut laporan, beliau maut akibat kemurungan dan keresahan melampau yang melanda dirinya. Begitu juga dengan kematian selebriti lain seperti Chef Anthony Bourdain pada tahun 2018 dan juga pereka terkenal Kate Spade pada tahun yang sama. Kesemua mereka dikaitkan dengan kemurungan dan keresahan.

Menurut Gregory Dalack, Ketua Michigan Medicine Department of Psychiatry yang juga bendahari American Psychiatric Association, tragedi kematian selebriti yang disebabkan oleh kejadian bunuh diri telah mencetuskan kesedaran yang besar berkenaan stigma yang berkisarkan kesihatan mental dan kepentingan untuk mendapatkan bantuan. Menurut Gregory lagi, kematian selebriti ini juga bertindak sebagai satu peringatan bahawa penyakit mental boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau status sosioekonomi.

Rancangan TV yang mengisahkan berkenaan kesihatan mental

kesihatan mental

Kini, telah terdapat banyak rancangan televisyen yang mula mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental. Mungkin antara rancangan TV yang banyak diperkatakan oleh orang ramai berkenaan kesihatan mental ialah rancangan “13 Reason’s Why” yang disiarkan oleh Netflix. Rancangan ini mendapat pujian ramai kerana mengetengahkan penceritaan mengenai kejadian bunuh diri. 

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kritikan dan reaksi yang sebaliknya daripada beberapa pakar dan komuniti disebabkan oleh gambaran grafik berkenaan kejadian bunuh diri dalam rancangan ini. Kajian menunjukkan bahawa, carian di internet mengenai bunuh diri meningkat seiring dengan pelancaran rancangan ini pada tahun 2017. Satu kajian yang diterbitkan pada awal tahun 2019 juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara peningkatan kecil kadar bunuh diri dengan kemunculan rancangan ini.

Peningkatan platform media sosial

Media sosial sebenarnya memainkan pengaruh yang penting dalam kehidupan seharian kita dan ia juga telah melonjak naik sejak 10 tahun yang lepas. Penyelidikan telah menunjukkan bagaimana penggunaan media sosial yang berlebihan boleh memberikan kesan yang besan terhadap kesejahteraan mental kita. Kes-kes seperti buli online mula mengambil tempat dalam media sosial. Ramai juga di antara kita yang menggunakan platform media sosial ini untuk membincangkan pengalaman kesihatan mereka sendiri secara atas talian.

Media sosial mempunyai kedua-dua kesan positif dan kesan negatif berkenaan bagaimana kita membincangkan mengenai kesihatan mental pada masa sekarang. Menurut Dan Reidenberg, pengarah eksekutif bagi Suicide Awareness Voices of Education, sepanjang 10 tahun yang lalu, terdapat peningkatan perhatian terhadap media sosial dan kesannya terhadap manusia. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai beberapa impak negatif terhadap pengasingan sosial, perbandingan sosial dan kemurungan untuk sesetengah individu. 

Walaupun begitu, media sosial juga mempunyai beberapa kesan positif seperti memberikan banyak sumber dan akses terhadap maklumat yang tidak pernah wujud sebelum ini. Media sosial juga menghubungkan individu dengan ramai individu lain yang boleh memberikan sokongan, jaminan, pertolongan dan penjagaan ketika mana seseorang individu itu sedang mempunyai krisis atau memerlukan pertolongan.

Selebriti mengakui mengenai kesihatan mental mereka

kesihatan mental

Tidak dinafikan, dalam tempoh 10 tahun yang lepas, semakin ramai selebriti yang mula tampil ke hadapan dan menceritakan pengalaman peribadi mereka mengenai kesihatan mental mereka sendiri. Ia boleh dianggap sebagai perkara yang paling positif dalam isu kesihatan mental. Selebriti ini termasuklah golongan artis, kerabat diraja, ahli muzik dan juga pelakon. 

Sebagai contoh, Demi Lovato dan Putera Harry adalah sebahagian daripada kumpulan advokasi dan kempen anti-stigma. Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama pula pernah memperkatakan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, terutama sekali dalam kalangan veteran tentera dan mereka yang mempunyai warna kulit yang berbeza.

Ini juga telah menggalakkan pelakon Chyler Leigh yang terkenal melalui rancangan “Supergirl” dan “Grey’s Anatomy”, untuk mebincangkan pengalaman dirinya sendiri yang menghidapi gangguan bipolar. Selain itu, dia juga telah bekerjasama dengan Be Vocal, satu inisiatif yang menggalakkan orang ramai untuk bercakap mengenai kesihatan mental mereka.

Kumpulan selebriti seperti ini yang mula memperkatakan mengenai kesihatan mental mereka juga telah membantu para peminat mereka untuk berhubungan antara satu sama lain. Ini boleh dianggap sebagai satu ‘domino effect’ berkenaan kepentingan untuk menceritakan pengalaman diri sendiri kepada orang lain. 

Apa yang kita harapkan pada tahun-tahun mendatang?

Banyak lagi kelompongan yang perlu ditampal dan banyak lagi usaha yang perlu dilakukan berkenaan stigma terhadap kesihatan mental ini. Antara perkara yang paling diharapkan ialah, lebih ramai individu di luar sana yang pergi mendapatkan rawatan berkenaan penyakit mental dengan sewajarnya. Menurut Gregory Dalack, dia mahu melihat agar terdapatnya akses yang lebih baik terhadap penjagaan kesihatan mental di seluruh dunia. Ia memerlukan usaha dan kerjasama bersama antara syarikat insurans, ahli perubatan dan juga ahli politik. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini pula, diharapkan agar mereka terus berinovasi dengan jenis rawatan baharu dan kos efektif yang memanfaatkan penggunaan teknologi selain dapat mencapai komuniti yang tinggal di kawasan pedalaman. 

Kesimpulannya

Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang asing yang berhak mendapat pandangan negatif daripada kita. Mereka yang mempunyai penyakit berkaitan mental ini perlu mendapat layanan sepertimana pesakit-pesakit fizikal yang lain. Jika anda tidak mempunyai sebarang pandangan atau stigma negatif terhadap penghidap diabetes, begitu jugalah anda perlu memandang mereka yang bergelut dengan masalah mental. Jika anda berasa kasihan terhadap pesakit jantung, anda juga perlu kasihan terhadap mereka yang mempunyai gangguan mental. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

stres pasca trauma

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
selepas kelahiran bayi

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan