Muzium Membosankan? Lepas Baca Ini Pasti Anda Rasa RUGI Besar Kalau Tak Pergi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa di sini yang suka pergi ke muzium? Kami akui peminat muzium amatlah sukar untuk dijumpai berbanding peminat-peminat zoo, konsert atau lokasi pelancongan yang lain. Boleh dikatakan, peminat muzium adalah golongan yang berada dalam kategori yang sangat ‘rare’. Mungkin ada yang berminat untuk membuat lawatan ke muzium, tetapi matlamat utama mereka biasanya hanyalah untuk bergambar berbanding menghayati apa yang ada di sana.

Ramai yang menganggap lokasi ini satu tempat yang tidak menarik. Malahan peminat muzium juga sering dilabel sebagai nerd, dan membosankan. 

Tetapi tahukah anda, di sebalik tanggapan tersebut, terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh terutamanya terhadap kesihatan mental sekiranya berkunjung ke muzium. 

Muzium bantu tingkatkan kesihatan mental pengunjungnya

muzium

Di dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Museums, Health and Well-being’, ia menyatakan beberapa kesan positif yang boleh diperoleh daripada lawatan muzium kepada kesihatan mental pengunjungnya.

Antaranya ialah:

Beri kesan positif terhadap mental pesakit dan penghuni rumah jagaan

Terdapat satu kajian yang melibatkan sesi pengendalian objek daripada muzium bersama-sama pesakit dari hospital dan juga penghuni rumah jagaan. Hasil kajian telah menunjukkan penambahbaikan yang sangat ketara dalam emosi yang positif serta kesejahteraan dan kegembiraan pesakit yang terlibat.

Selain itu, pesakit juga mempunyai persepsi yang lebih baik berkenaan kesihatan mereka sendiri. Mereka juga lebih bersikap optimis dan yakin dengan sesi yang dijalankan kerana ia boleh mengalih perhatian mereka daripada kehidupan di dalam wad hospital.

Selain itu, sesi seperti ini juga memberi kesan yang positif terhadap hubungan antara staf, pesakit dan juga penjaga pesakit. 

Lawatan ke muzium bantu tingkatkan daya tumpuan

muzium

Pada tahun 2008, seramai 60 orang pelawat yang melawat Muzium Queensland, Australia telah terlibat dalam satu temu bual berkenaan pengalaman mereka pergi ke lokasi tersebut. Separuh daripada mereka telah menyatakan manfaat yang diperoleh daripada lawatan ke tempat tersebut. 

Mereka mengakui lawatan ke lokasi tersebut memulihkan kembali daya perhatian mereka seperti relaksasi, ketenangan, dan juga refleksi. 

Sebab-sebab lain mengapa anda perlu melawat muzium

Selain daripada manfaat terhadap kesihatan mental yang didapati daripada lawatan muzium, anda juga akan memperoleh beberapa manfaat lain yang mungkin tidak pernah anda fikirkan. Antara kebaikan lain melawat muzium ialah:

#1. Menjadikan anda lebih bijak

Muzium berfungsi bukan sahaja memelihara artifak-artifak bersejarah, malah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Sejarah yang menarik dalam sesuatu pameran membantu memberikan inspirasi kepada pengunjung. Amat mustahil jika anda berkunjung ke muzium tanpa mendapat sebarang input atau informasi yang berguna.

#2. Pengajaran berkenaan kemanusiaan

Muzium bukan sahaja lokasi yang terbaik untuk anda mempelajari sejarah manusia, malah ia juga lokasi yang paling sesuai untuk anda mengetahui berkenaan budaya daripada negara-negara lain. Mungkin sukar untuk anda pergi ke luar negara bagi mendapatkan maklumat berkenaan budaya lain, tetapi anda boleh menerokanya hanya melalui lawatan ke muzium.

#3. Memberikan ketenangan

Adakalanya anda akan mempunyai sedikit tekanan atau stres dalam kehidupan seharian anda. Cuba pergi ke muzium, mungkin anda akan memperoleh sedikit ketenangan berbanding tempat kerja atau rumah anda. Dengan yuran kemasukan yang sangat murah atau percuma, anda boleh mendapatkan ketenangan tanpa perlu berbelanja dengan modal yang besar. 

#4. Berjumpa individu dengan minat yang sama

Bagi anda yang mungkin sukar untuk berjumpa mereka yang mempunyai minat yang sama, muzium adalah lokasi terbaik. Di sini anda boleh berbual mengenai perkara yang sama-sama diminati bersama-sama rakan baharu. Libatkan diri anda dengan program atau aktiviti anjuran pihak terbabit untuk mengeratkan hubungan bersama rakan baharu anda.

#5. Belajar sesuatu yang baharu dan unik

muzium

Walaupun anda mengetahui kewujudan pelbagai jenis muzium di sekitar anda, hampir kesemua jenis tempat pameran ini menawarkan perkara yang unik yang tidak sama antara satu sama lain.

Ada lokasi yang mengkhususkan bahan pameran arkeologi semata-mata, dan ada juga yang memberi tumpuan kepada koleksi diraja sahaja. Pilih dan pergilah ke lokasi yang bersesuaian dengan minat anda.

Kesimpulan

Jika anda boleh melabur sejumlah wang untuk pergi ke taman tema air, kenapa pula tidak anda laburkan hanya beberapa ringgit ke muzium. Anda hanya perlu membayar RM2 sahaja untuk masuk ke Muzium Negara. Malah terdapat juga lokasi lain yang tidak mengenakan sebarang yuran kemasukan. Bayaran mungkin murah tetapi tidak bagi nilai pengetahuan yang akan anda peroleh setelah keluar dari muzium.

Lagi satu, rakan anda yang menggemari lawatan muzium dan bacaan sejarah mungkin tidak sebosan yang anda sangkakan. Dalam diam, mereka mungkin jauh lebih berpengetahuan daripada apa yang anda sangkakan. Jika anda tidak percaya, cubalah tanya kepada mereka mengenai sesuatu perkara. Mereka pasti mengingati dan mengetahuinya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Demensia adalah satu penyakit gangguan mental. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit demensia, cuba ajak mereka lakukan 5 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

    Adakah benar kurang vitamin B12 dalam badan boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah kesihatan mental? Artikel ini akan menjawab persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan