backup og meta

Rasa Terangsang Tengok Video Cium Peluk & Ulang Banyak Kali, Itu Tanda Ketagih Porno!

Rasa Terangsang Tengok Video Cium Peluk & Ulang Banyak Kali, Itu Tanda Ketagih Porno!

Seumur hidup anda, sudah pasti anda pernah mengenali individu yang ketagihan video lucah pornografi, bukan?

Jika ya, ia adalah tidak mengejutkan dan jika tidak, sudah pasti individu di sekeliling anda berahsia dengan anda.

Ataupun, anda sendiri yang menyimpan rahsia gelap itu dengan diri anda sendiri?

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai ketagihan pornografi dan kesannya terhadap anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Apa itu pornografi?

Pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej ataupun visual yang merangsang nafsu dan keinginan seksual.

Ia turut dikenali dengan nama porn, smut dan sebagainya. Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka dan moden.

Paling menakutkan, mungkin ramai yang tidak tahu akan kesan negatifnya terhadap kehidupan individu.

Kebanyakan individu yang menonton pornografi, baik lelaki mahupun wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan fantasi seksual lalu menguatkan rangsangan seksual ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

Maka tidak hairanlah ada pasangan berkahwin yang menonton video lucah bersama-sama di rumah kononnya untuk tujuan mempelajari skil atau posisi seks yang baharu.

Isu pornografi kian menjadi lebih teruk ekoran kewujudan internet dan kehadiran media sosial.

Adakah ketagihan pornografi boleh menjejaskan kesihatan otak?

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge University pada tahun 2013, didapati bahawa otak seseorang yang gemar menonton pornografi adalah hampir sama dengan penagih dadah.

Berdasarkan hasil imbasan, terdapat tiga bahagian otak yang lebih aktif pada mereka yang suka menonton video lucah sejak usia muda berbanding yang tidak melakukannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ya, tabiat menonton pornografi sememangnya akan menjejaskan kesihatan otak individu.

Baca juga:

Kesan ketagihan pornografi buat individu dan pasangan

Perbuatan menonton video lucah bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan otak, malahan memberi kesan terhadap keseluruhan aspek fizikal dan mental individu.

Ini antara kesan pornografi:

#1. Kehilangan keghairahan seksual

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Italian Society of Andrology and Sexual Medicine mendapati 28,000 lelaki yang dijadikan subjek kajian, kebanyakan mereka mula menonton pornografi seawal usia remaja mereka lagi, iaitu sekitar usia 14 – 20 tahun.

Menurut Marnia Robinson yang merupakan ketua pengkaji, semakin ramai lelaki muda di Itali menderita anoreksia seksual dan tidak mampu mengalami ereksi.

Ini kerana penggunaan internet untuk melayari laman sesawang bahan-bahan lucah yang sudah menjadi tabiat ketika remaja.

Anoreksia seksual adalah kondisi kekurangan keghairahan seksual atau lemah libido.

Robinson sendiri menyatakan punca individu lebih memilih untuk menonton video lucah dan mengalami anoreksia seksual adalah masalah fisiologi, bukan psikologi.

#2. Mati pucuk

video lucah

Ini merupakan kondisi yang paling ditakuti oleh lelaki. Mereka yang ketagihan menonton pornografi akan lebih berisiko tinggi mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk.

Profesor Carlo Foresta yang profesor urologi di University of Padua, Itali mendapati bahawa 70% pemuda yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah disebabkan oleh masalah ketagihan pornografi di internet.

Mereka tidak akan membicarakan hal ini secara terbuka dengan teman atau rakan kerja kerana khuatir akan menjadi bahan sindiran.

Menurut beliau lagi,disfungsi erektil atau mati pucuk yang berkaitan dengan pornografi sebenarnya boleh disembuhkan.

Kesan tonton video lucah #3. Tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar

Dalam kajian lain, ketagihan menonton pornografi mampu membuatkan seseorang lelaki menjadi tidak tertarik melakukan seks di dunia sebenar.

Kajian ini juga menemukan bahawa video pornografi boleh membuat lelaki tidak berasa gembira atau puas dengan hubungan seksual yang sebenar dengan pasangannya.

#4. Buat Diri Rasa Keseorangan

Menurut Dr. Gray Brooks, semakin kerap seseorang itu menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan fakta bahawa manusia akan merembeskan hormon dopamin ketika berfantasi sewaktu menonton video pornografi.

Hormon ini juga akan membuat seseorang itu berasa khayal, sunyi dan keseorangan.

Ini seterusnya akan mengakibatkan mereka akan terlalu bergantung kepada pornografi untuk mengubati dan melayani perasaan mereka sendiri lalu mengendahkan pasangan yang ada di depan mata mereka.

video lucah

#5. Menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup

Menonton pornografi sememangnya tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menyebabkan mudarat terhadap sahsiah individu.

Individu yang kerap menonton video pronografi cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks lalu membuat mereka hilang fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan.

Ini seterusnya akan memberi kesan yang negatif terhadap kerjaya dan pengurusan hidup anda.

Jika dilihat dari segi agama pula, perbuatan menonton video pornografi adalah sesuatu yang ditegah untuk dibuat oleh individu yang beragama Islam.

Selain menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal, ia juga akan mendatangkan dosa dan kesan kepada akhlak manusia.

Ketagihan pornografi perlu dirawat

Tabiat menonton video lucah tidak semestinya menjadi indikator bahawa rumah tangga anda sedang bermasalah.

Namun, ia mungkin agak melarat jika pasangan sudah menunjukkan “simptom-simptom” seperti ini:

video lucah

  • Pasangan lebih memilih menonton pornografi berbanding melakukan hubungan seks bersama anda
  • “Hobinya” membuatkannya culas dalam tanggungjawab harian
  • Pasangan sukar terangsang tanpa pornografi
  • Pasangan selalu menyembunyikan sesuatu dan menggunakan pelbagai alasan untuk menonton pornografi
  • Pasangan menolak untuk membicarakan tentang pornografi yang ditontonnya

Anda mungkin perlu bantuan ahli terapi atau konsultan rumah tangga untuk menyelesaikan masalah ini.

Jangan sesekali menyembunyikan masalah ketagihan pornografi ini kerana ia boleh merosakkan rumah tangga anda.

Konklusi

Konklusinya, perbuatan menonton video lucah pornografi adalah salah satu daripada tabiat buruk yang tidak seharusnya diamalkan oleh individu tanpa mengira jantina dan usia mereka.

Apakah antara kesan buruk ketagihan tonton pornografi?

Ia merupakan satu gejala tidak sihat yang sudah pasti akan memberi pelbagai kesan negatif terhadap individu, pasangan, masyarakat serta negara kita.

Jika anda sendiri merupakan salah seorang daripada individu yang mempunyai tabiat buruk ini, segera dapatkan bantuan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pornografi. http://www.myhealth.gov.my/pornografi/. Accessed May 14, 2019.
  2. Reasons Why You Should Not Let Your Partner Watch Porn. https://fightthenewdrug.org/10-reasons-why-you-should-not-let-your-boyfriend-watch/. Accessed May 14, 2019.
  3. Porn addiction. https://www.apa.org/monitor/2014/04/pornography. Accessed May 14, 2019.
  4. Porn addiction. https://www.help.org/porn-addiction/Accessed May 14, 2019.
  5. A Pathway to Recovery from Sex (and porn) Addiction. https://saa-recovery.org/am-i-a-sex-addict/a-pathway-to-recovery/. Accessed on Aug 15, 2023

 

 

 

Versi Terbaru

20/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rasa Aneh Jika Keinginan Melampau Kepada Seksual? Ini Tanda Penyakit, Semak Simptom Ini

Fetish Seks Yang Pelik-Pelik, Adakah Normal Atau Tanda Gangguan Mental?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan