Bantu Mereka yang Mengalami Kemurungan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kemurungan atau depresi adalah sejenis keadaan kesihatan mental. Ia berlaku apabila seseorang mengalami kesedihan melampau sehingga menjejaskan kehidupan serta aktiviti hariannya. Mereka yang mengalaminya hilang keinginan dalam melakukan rutin hariannya dan bahkan mungkin hilang keinginan untuk hidup.

Keadaan ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi mempermainkan orang yang mengalaminya. Jika tidak diuruskan dengan betul, mereka mungkin akan berakhir dengan kematian.

Kemurungan bukan sekadar sedih biasa

Keadaan ini mungkin bermula dengan kesedihan biasa disebabkan beberapa peristiwa seperti gagal dalam peperiksaan, kematian ahli keluarga atau didiagnosis menghidap penyakit tertentu. Namun, kesedihan tersebut menjadi semakin parah sehingga mengganggu kualiti hidup.

Diagnosis tidak boleh dibuat sesuka hati. Ia memerlukan pemeriksaan pakar psikiatri atau psikologis klinikal. Terdapat beberapa kriteria khusus sebelum seseorang boleh disahkan kemurungan.

Dapatkan bantuan perubatan yang betul

Kemurungan adalah sejenis gangguan kesihatan atau penyakit yang menjejaskan mental seseorang. Sama seperti penyakit fizikal (kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang), ia juga perlu dirawat. Berita baiknya adalah keadaan ini boleh dirawat sepenuhnya jika melalui terapi dan bantuan perubatan yang betul.

Antara kesilapan sesetengah pihak adalah merasakan bahawa ia cukup diuruskan melalui amalan-amalan spiritual atau meditasi. Jika seseorang disahkan kemurungan (mengikut maksud perubatan standard), dia perlu mengambil terapi dan ubat-ubatan tertentu mengikut keadaan semasanya.

Jangan bertangguh. Jika anda dapati ahli keluarga atau kenalan anda mempunyai tanda-tanda kemurungan (menyendiri, masalah tidur, hilang minat terhadap hobi, berfikir ingin bunuh diri), sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Buang stigma, hulurkan tangan

Mengalami penyakit mental bukanlah satu kesalahan, sama seperti menghidap penyakit kanser. Dalam banyak keadaan, ia berlaku bukan disebabkan gaya hidup mereka tetapi keadaan sekitar yang menyebabkan penyakit ini berlaku. Tolak jauh-jauh stigma dan rasa malu jika ada ahli keluarga yang mengalaminya.

Mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan dalam proses untuk pulih. Sama ada mereka sakit atau tidak, itu langsung tidak mengubah siapa diri mereka. Jangan jadi penghukum tetapi jadilah pendokong.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Artis Tempatan Yang Pernah Alami Gangguan Mental, Nombor 3 Tu Tak Sangka!

    Seperti yang anda tahu, Haqiem Rusli pernah mengaku dalam satu sidang media bahawa dia mengalami kemurungan. Adakah benar dakwaannya itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/02/2020 . 4 minit bacaan

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/02/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Kemurungan bukanlah satu penyakit mental yang mudah untuk dikenali. Baru-baru ini tular video wanita mengamuk kerana kereta ditunda. Kemurungankah itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    hoarding disorder

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bipolar

    Ketahui Bahaya Penyakit Bipolar Mania Terhadap Remaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan