Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selain daripada kanser payudara, golongan lelaki juga berpotensi untuk mengalami sakit pada payudara yang satu ini. Ia disebut sebagai ginekomastia (gynecomastia).

Apakah yang dimaksudkan dengan jenis masalah kesihatan pada payudara lelaki ini?

Jika anda ingin tahu, sila teruskan pembacaan anda melalui artikel yang kami sediakan di bawah ini.

Ginekomastia: pembesaran payudara lelaki

Ginekomastia adalah satu keadaan di mana payudara lelaki membesar tidak seperti biasa.

Ia disebabkan oleh peningkatan atau pertambahan jumlah tisu kelenjar payudara dalam kalangan lelaki.

Puncanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan juga testosteron. Ia boleh terjadi sama ada pada sebelah bahagian atau boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara lelaki.

Siapakah yang berisiko mengalami ginekomastia atau sakit pada payudara ini?

Kesemua peringkat umur kaum lelaki berpotensi atau berisiko untuk mengalami keadaan penyakit ini.

Sama ada ia bayi lelaki, remaja mahupun warga emas. Keadaan ini bukanlah satu keadaan yang serius.

Namun, pasti ramai lelaki yang tidak mahu kelihatan seperti memiliki buah dada persis individu wanita. Malahan, ia juga kerap menyebabkan kesakitan pada payudara lelaki.

Apakah simptom-simptom bagi sakit pada payudara ini?

payudara lelaki

Berikut adalah antara tanda atau simptom-simptom jika seseorang lelaki tersebut mengalami ginekomastia:

  • Mempunyai tisu payudara yang membengkak
  • Payudara terasa seperti sedikit lembut

Namun, anda perlu bersegera untuk berjumpa dengan doktor jika mengalami simptom-simptom seperti berikut:

Apakah penyebab kepada berlakunya ginekomastia?

Punca utama kepada berlakunya keadaan ini adalah disebabkan oleh perubahan pada hormon dalam tubuh lelaki.

Hormon testosteron mengalami pengurangan berbanding hormon estrogen.

Pengurangan hormon testosteron ini mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan yang menghalang kesan hormon testosteron itu sendiri ke atas tubuh. 

Bagi bayi yang baru lahir, ginekomastia yang dialami biasanya disebabkan oleh memiliki paras hormon estrogen yang tinggi.

Manakala bagi remaja lelaki, ia biasanya disebabkan oleh fasa akil baligh yang dilalui itu yang menyebabkan paras hormon menjadi tidak seimbang.

Manakala bagi warga emas, paras hormon mereka dipengaruhi oleh sebab penuaan yang dialami. 

Selain itu, terdapat juga beberapa penyebab lain yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan hormon yang berlaku. Antaranya ialah:

Keadaan kesihatan:

Kesan ubat ubatan:

Pengambilan dadah berbahaya:

  • Opiod
  • Steroid
  • Amfetamin
  • Heroin
  • Ganja

Faktor gaya hidup:

Apakah rawatan yang tersedia bagi merawat ginekomastia ini?

sakit pada payudara

Kebanyakan daripada kes ginekomastia ini akan sembuh dan pulih kepada keadaan asal tanpa sebarang rawatan.

Ginekomastia boleh berlaku dan menghilang dalam tempoh antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Namun, jika keadaan yang dialami itu disebabkan oleh beberapa keadaan lain seperti hipogonadism, kekurangan zat makanan atau sirosis, maka puncanya ini akan dirawat untuk mengelakkan ginekomastia daripada terus terbentuk. 

Bolehkah sakit pada payudara jenis ini dicegah?

Kebanyakan daripada kes-kes ginekomastia tidak boleh dielakkan kerana ia disebabkan oleh perubahan semula jadi pada tahap hormon.

Namun, anda boleh mengelakkan daripada melakukan beberapa perkara seperti berikut untuk mengurangkan risikonya:

  • Elakkan daripada terlibat dengan pengambilan dadah terlarang
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol sekiranya boleh
  • Lihat kepada pengambilan ubat-ubatan anda. Berbincang dengan doktor jika ada ubat-ubatan yang diambil tersebut menyebabkan ginekomastia

Kesimpulan

Walaupun keadaan kesihatan ini biasanya tidaklah berbahaya dan akan sembuh dengan sendirinya, ia sebenarnya boleh menjadi satu isu besar bagi kaum lelaki.

Penonjolan payudara yang lebih besar berbanding payudara normal lelaki akan menyebabkan kaum Adam ini menjadi malu.

Ia mungkin tidak memberi kesan kepada kesihatan lelaki secara umumnya, namun ia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang lelaki.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ehem, Lelaki Memang Suka Tengok Payudara, Tapi Mengapa? Ini Jawapan TEPAT Untuk Persoalan Itu

Pernahkah anda terfikir, kenapa lelaki suka payudara wanita? Adakah ia merupakan naluri semula jadi manusia atau kesan didikan daripada sekeliling?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/05/2020 . 4 minit bacaan

Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/05/2020 . 3 minit bacaan

Rasa JANGGAL Tapi Ini 5 Manfaat Pada Kesihatan Jika Tak Pakai Bra, Wah Dada Terasa Lapang

Tidak memakai bra perkara biasa di luar negara dan tidak diamalkan di Malaysia. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/05/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kanser payudara

Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
puting payudara

Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
saiz payudara

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
menjadi ibu

Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan