Hormon testosteron penting buat kaum lelaki.
Bukannya perempuan tiada hormon ini tetapi ia tidak mempengaruhi fungsi signifikan organ seksual seperti yang berlaku pada kaum Adam.
Jika seseorang lelaki itu mengalami kesan penurunan pada hormon tersebut, mereka akan menunjukkan simptom yang boleh mempengaruhi kualiti hidup secara menyeluruh.
Perkara ini boleh dilihat pada individu yang mengalami proses penuaan.
Terdapat beberapa gejala yang boleh timbul sekiranya paras hormon testosteron berada pada tahap yang rendah.
Artikel ini akan menghuraikan 5 simptom bagi mereka yang mengalaminya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
#1 Jatuhnya paras hormon testosteron boleh menyebabkan “jatuhnya” rambut
Masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah penurunan pada paras hormon testosteron.
Oleh sebab itulah jika anda sedar, semakin tua seseorang itu, semakin “jaranglah” rambut mereka.
Ada yang semakin botak pun!
Kajian pada tahun 2012 berkenaan dengan dua pemalar ini menunjukkan bukti yang agak kukuh.
Subjek wanita telah digunakan (bukan lelaki) dan mereka mempunyai simptom keguguran rambut.
Rawatan testosteron yang diberikan kepada mereka bukan sahaja menghentikan masalah keguguran rambut tidak normal.
Malahan, mereka juga mengalami peningkatan pada kadar pertumbuhan rambut baharu!
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah majoriti (92% daripada 285 subjek) mengalami pertumbuhan misai, janggut dan sebagainya.
Kajian ini memberikan 2 implikasi: