Wahai Lelaki, Ketahui Manfaat & Mudarat PAM ZAKAR Sebelum Guna!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ketika sedang khusyuk melayari internet, mesti anda akan terganggu jika tiba-tiba sahaja datang pop-up dari pelbagai iklan yang kadangkala tidak senonoh, bukan? Ada yang jual ubat tinggi, ubat gemuk dan paling menggelikan hati, ada juga yang menjual pam zakar bagi mereka yang mati pucuk!

Persoalannya, adakah ia benar berkesan untuk menyelesaikan masalah zakar yang sebenarnya banyak dialami oleh lelaki di seluruh dunia ini? 

Mati pucuk dalam kalangan lelaki

Hakikatnya, ramai lelaki yang mengalami mati pucuk menggunakan pam zakar ini sebagai kaedah yang kononnya boleh menyelesaikan masalahnya. Adakah ia benar boleh membantu?

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, mari kita sama-sama ketahui serba sedikit mengenai kondisi yang turut dikenali sebagai disfungsi ereksi ini.

Mati pucuk akan terjadi apabila anda tidak mampu atau tidak boleh mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan hubungan seks. Anda mungkin mengalami kondisi ini sekiranya anda :

  • boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa;
  • boleh mendapat ereksi, tapi tidak bertahan cukup lama untuk melakukan hubungan seks;
  • tidak mampu mendapat ereksi langsung.

Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh International Journal of Endocrinology, masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) ini adalah lebih berisiko dialami oleh kira-kira 5% lelaki yang berusia 40 tahun ke atas dan 15% lelaki yang berusia 70 ke atas.

Pun begitu, kondisi ini tidak semestinya akan berlaku kepada golongan tua sehaja kerana ada juga golongan muda yang malang turut mengalaminya. Jadi, anda sebagai lelaki yang masih muda jangan berasa lega kerana ia juga mungkin akan berlaku kepada anda.

Namun, pam zakar bukanlah jawapannya. Sebaiknya, anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubatan atau rawatan yang sewajarnya.

Pam zakar, bermanfaat atau bermudarat?

pam zakar

Untuk menjawab persoalan ini adalah agak sukar. Ini kerana alat ini sebenarnya mempunyai dua cabang tahap keberkesanannya iaitu yang positif dan yang negatif.

Jadi, jawapannya adalah mungkin bermanfaat namun juga bermudarat jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul. Anda tahu apa itu pam zakar?

Buat anda yang belum tahu, pam zakar adalah sejenis tiub berbentuk silinder yang digunakan untuk tujuan membesarkan dan menguatkan ereksi alat kemaluan lelaki.

Alat ini kebiasaannya digunakan oleh mereka yang mengalami masalah mati pucuk untuk membolehkan mereka bersama dengan pasangan. Pun begitu, sejauh manakah keberkesanan penggunaannya?

Manfaat pam zakar

Sebagaimana tujuan penciptaannya, pam zakar sebenarnya mungkin benar boleh membantu lelaki untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Cara ia berfungsi adalah dengan mencipta ruang vakum di sekeliling alat kemaluan lelaki untuk tujuan menggalakkan pengaliran darah ke situ.

Setelah berjaya mendapatkan ketegangan zakar yang dimahukan, lelaki boleh menggunakan cincin zakar untuk membantu mengekalkan darah yang terkandung di dalamnya.

Anda mungkin berminat:

Mudarat pam zakar

Jika tersalah cara penggunaannya, ia mungkin akan memudaratkan alat kemaluan anda. Berikut merupakan risiko dan kesan sampingannya:

  • Zakar membengkak dan menjadi kebas dan sakit
  • Saluran darah pecah lalu menyebabkan bintik kecil berwarna merah atau petechiae
  • Ereksi berasa tidak selesa kerana ia bukan dari proses semula jadi
  • Tidak semua kawasan zakar akan mengalami ereksi
  • Ejakulasi yang menyakitkan kerana air mani berasa seakan tersekat
  • Kesan psikologi – perasaan malu, kekok atau turn off setiap kali perlu menggunakan pam untuk mendapatkan ereksi

Jika hendak dibandingkan, memang agak sukar. Alat ini sangat membantu lelaki yang mempunyai masalah ereksi namun dalam masa yang sama, turut mendatangkan beberapa kemudaratan lain.

Kuncinya di sini adalah cara penggunaannya. Jika dilakukan dengan betul, ia mungkin akan meminimumkan mudarat tersebut. 

Cara penggunaan pam zakar yang betul

mati pucuk

Berikut merupakan cara penggunaan pam zakar yang betul:

  1. Cukur bulu pada kawasan zakar, kerandut dan ari-ari.
  2. Masukkan zakar ke dalam tiub plastik pam.
  3. Gunakan pam untuk mencipta vakum di dalam tiub. Bergantung pada alat, ia mungkin perlu dibuat secara manual atau automatik.
  4. Setelah zakar menegang, letakkan cincin zakar pada bahagian dasar zakar. Ia bertujuan mengekalkan darah di dalamnya.
  5. Keluarkan zakar daripada pam.

Jadi, sudah terbuktilah bahawa alat ini sebenarnya mungkin boleh membantu lelaki yang mengalami masalah pada zakar mereka. Pun begitu, ia juga turut boleh mendatangkan masalah yang lain pula sekiranya salah cara penggunaannya!

Oleh itu, tidak salah untuk anda menggunakannya. Cuma, pastikan anda telah berhubung dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana mungkin ada ubatan atau rawatan lain yang boleh digunakan seperti viagra. Sebaiknya, cuba jalani kehidupan yang lebih sihat bersama pasangan!

Konklusi

Kesimpulannya, tidak salah untuk anda menggunakan pam zakar ini untuk mendapatkan ereksi yang kuat. Namun, tolong pastikan anda menggunakannya dengan betul.

Selain itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya jika anda menghidapi thrombophilia atau lain-lain kondisi kesihatan.

Paling penting, jangan mudah terpedaya dengan iklan yang pop-up ketika anda sedang khusyuk melayari internet ya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
ejakulasi lelaki

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
mati pucuk

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan