backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hormon Ini Sangat Penting Untuk Lelaki! Kalau Tidak Cukup, Susah Dapat Anak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/10/2021

    Hormon Ini Sangat Penting Untuk Lelaki! Kalau Tidak Cukup, Susah Dapat Anak?

    Pernah terdengar atau terbaca tentang hormon testosteron normal namun tidak tahu apakah ia? Maka artikel ini adalah sangat sesuai untuk anda!

    Buat anda yang mungkin belum tahu, testosteron adalah sejenis hormon yang wujud dalam tubuh badan manusia dan lebih tinggi jumlahnya buat lelaki berbanding wanita.

    Ia sangat penting untuk kehidupan seharian individu terutamanya buat mereka yang bernama kaum Adam.

    Persoalannya, berapakah kadar normal hormon testosteron dalam tubuh badan seorang lelaki? Jom baca lagi!

    Apa itu hormon testosteron?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu serba sedikit tentang apa itu hormon testosteron terlebih dahulu.

    Testosteron adalah sejenis hormon yang wujud dalam tubuh badan manusia namun lebih tinggi jumlahnya buat lelaki berbanding wanita.

    Bagi lelaki, ia akan dihasilkan di dalam testis manakala bagi wanita pula ia akan dihasilkan di dalam ovari.

    Pun begitu, kelenjar adrenal turut menghasilkan hormon ini dalam tubuh badan buat kedua-dua jantina.

    hormon testosteron normal

    Hormon ini adalah penting kepada lelaki untuk:

    • Perkembangan tubuh badan selepas akil baligh
    • Penghasilan sperma
    • Libido
    • Kesuburan
    • Kekuatan otot dan tulang

    Hormon ini juga penting kepada wanita untuk:

    • Penghasilan sel darah yang baru
    • Libido
    • Kesuburan

    Namun tidak semua orang mampu memiliki kadar testosteron yang optimum lantas menjejaskan fungsi tubuh badan mereka secara keseluruhan.

    Berapa kadar hormon testosteron yang normal?

    Seperti mana yang kita tahu, hormon ini adalah lebih tinggi dan lebih penting buat lelaki berbanding wanita.

    Kandungan normal hormon testosteron sebenarnya sangat bergantung kepada pelbagai aspek yang lain seperti jantina, usia, kondisi kesihatan, fungsi tiroid, status protein dan lain-lain.

    Pun begitu, mungkin ada cara yang dapat memberi gambaran kadar normal hormon ini melalui ukuran unit nanograms per deciliter.

    hormon testosteron normal

    Menurut panduan yang dikeluarkan oleh American Urological Association (AUA), kadar testosteron yang normal buat lelaki adalah sekitar 300 ng/dL.

    Manakala menurut Mayo Clinic Laboratories, kadar testosteron yang normal buat wanita berusia 19 tahun ke atas adalah sekitar 8 ke 60 ng/dL sahaja.

    Jika terkurang atau terlebih, apakah risikonya buat encik abang di luar sana?

    Sekiranya terkurang…

    Secara umumnya, lelaki akan mengalami penurunan hormon ini secara berperingkat mengikut peningkatan usia manakala bagi wanita pula, ia akan berlaku secara mendadak.

    Untuk lelaki, kadar hormon ini yang rendah akan menyebabkan:

  • Kurang libido
  • Kemerosotan otot
  • Kulit lebih mudah rosak
  • Rambut lebih senang gugur
  • Masalah memori dan konsentrasi
  • Mood tidak tentu
  • Buat wanita, kadar hormon ini yang rendah akan mengakibatkan:

    • Kurang libido
    • Faraj kering
    • Tulang lemah
    • Masalah kesuburan
    • Haid tidak tentu

    Jika kalian mengesyaki kadar hormon testosteron rendah, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

    Sekiranya terlebih…

    Mungkin ada yang menyangka bahawa adalah tidak mengapa jika seseorang lelaki itu mempunyai kadar hormon testosteron yang sangat tinggi dalam tubuh badan.

    Tidak, ia mungkin akan mengakibatkan masalah ketidaksuburan buat kaum Adam.

    Begitu juga dengan golongan wanita, warga emas atau kanak-kanak yang juga akan terjejas terutamanya pada aspek seksual jika hormon ini terlebih dalam tubuh badan.

    Buat wanita, ada satu kondisi kesihatan yang boleh terjadi kepada anda jika terlalu tinggi hormon testosteron dalam tubuh badan iaitu polycystic ovary syndrome (PCOS).

    Berikut adalah simptomnya:

  • Haid tidak tentu
  • Muka berminyak
  • Muka berjerawat
  • Pertumbuhan rambut pada muka, belakang atau dada
  • Jika kalian rasa kadar hormon testosteron dalam tubuh tinggi, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

    hormon testosteron normal

    Lelaki perlu berjaga-jaga dengan kadar hormon ini

    Akhir kata, semua golongan lebih-lebih lagi lelaki perlu berjaga-jaga dengan kadar hormon testosteron di dalam tubuh badan.

    Cuba kekalkannya pada tahap normal iaitu 300 ng/dL agar ia tidak terkurang atau terlebih untuk mengelakkan komplikasi.

    Selain itu, jangan sesekali ambil steroid – digunakan untuk membina otot tubuh badan.

    Ini kerana steroid boleh menjejaskan atau menghentikan penghasilan semula jadi testosteron dalam tubuh badan.

    Ya, memang benar pengambilannya boleh meningkatkan testosteron namun akan memberi kesan yang negatif.

    Antara kesan tersebut adalah kurang libido dan ketidaksuburan.

    Untuk konsultasi atau sebarang rawatan lanjutan yang diperlukan bagi merawat kondisi berkaitan hormon ini, sila berjumpa doktor segera ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan