backup og meta

Kencing Berdiri Boleh Buat Lelaki Lemah Syahwat? Kalau Tidak Percaya, Sila Baca No.#4!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/09/2021

    Kencing Berdiri Boleh Buat Lelaki Lemah Syahwat? Kalau Tidak Percaya, Sila Baca No.#4!

    Membuang air kecil berdiri sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan bagi lelaki. Mereka melakukan ini mungkin kerana ia lebih mudah dan cepat atau keadaan fizikal alat sulit lelaki yang membenarkan mereka untuk membuang air kecil secara berdiri. Tapi tahukah kalian tentang keburukan kencing berdiri?

    Pasti mengejutkan sekiranya penulis mengatakan antara keburukan kencing berdiri adalah boleh buat lelaki lemah syahwat, kan? Sejauh mana kebenarannya?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!

    Keburukan kencing berdiri yang lelaki perlu sedar!

    #1. Air kencing tidak keluar sepenuhnya

    Sekiranya anda seorang lelaki yang kerap membuang air kecil secara berdiri, air kencing anda tidak akan keluar dengan sepenuhnya.

    Ini adalah disebabkan pundi kencing anda tidak dapat ditekan dengan sempurna jika anda kencing berdiri.

    Ini kemudiannya akan membuat anda berasa masih terdapat air kencing yang belum habis keluar lalu berulang-alik ke tandas berkali-kali untuk membuang air kecil yang masih tertinggal.

    #2. Keburukan kencing berdiri: risiko batu karang meningkat

    keburukan kencing berdiri

    Selain perbuatan gemar menahan kencing, membuang air kecil secara berdiri juga mampu meningkatkan risiko batu karang terbentuk pada pundi kencing anda.

    Ini kerana air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan mula membentuk asid yang keras seperti batu dan seterusnya akan memenuhi pundi kencing dan buah pinggang anda.

    Ia adalah penyakit yang biasa berlaku pada lelaki dan jika ia berlaku pada anda, segera dapatkan rawatan doktor.

    #3. Ada gas dalam badan yang tidak dikeluarkan

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat gas yang tidak diperlukan oleh badan dan akan keluar jika lelaki membuang air kecil secara duduk.

    Namun jika mereka kencing secara berdiri, gas ini tidak akan keluar lalu berkumpul dalam badan. Ini seterusnya akan mengakibatkan pelbagai masalah dan ketidakselesaan kepada lelaki.

    #4. Lemah syahwat akibat kencing berdiri

    Ini mungkin merupakan keburukan kencing berdiri yang paling berbahaya dan paling ditakuti oleh lelaki!

    Anda perlu tahu apabila lelaki membuang air kecil secara berdiri, ia boleh mengakibatkan urat serta otot zakar menjadi lembik dan kendur lalu menyebabkan masalah lemah syahwat.

    Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat ya?

    #5.  Kencing berdiri tentu sahaja tidak bersih

    Paling penting, membuang air kecil secara berdiri adalah tabiat yang kurang bersih. Ia akan menyebabkan air kencing terpercik semula ke pakaian anda.

    Selain itu, ia juga akan menyebabkan air kencing tidak keluar habis lalu mula mengalir keluar pada pakaian ketika anda sedang melakukan aktiviti harian.

    Dalam pada itu lagi, perbuatan kencing berdiri akan membuat mangkuk tandas terutamanya jamban duduk berbau dan kotor.

    Berhenti melakukannya sekarang juga!

    keburukan kencing berdiri

    Hakikatnya, kencing berdiri adalah satu perbuatan yang kotor dan tidak wajar dilakukan ekoran pelbagai kemudaratannya.

    Sebagai lelaki yang ingin menjaga kesihatan dan kebersihan, anda perlu membuang air kecil secara duduk terutamanya bagi lelaki yang lebih berusia dan yang mempunyai masalah prostat.

    Ini kerana kencing duduk dapat membantu mereka mengosongkan pundi kencing secara lebih efektif lalu mengurangkan risiko sista dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan