Miliki Zakar Kecil? Ada 6 Punca, Tapi Betul Ke Saiz Penis Sebab Keturunan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Saiz zakar sering dianggap sebagai salah satu faktor yang menentukan kepuasan hubungan seksual pasangan.

Walaupun perkara tersebut tidak semestinya betul, ia bukanlah fokus kepada topik perbincangan artikel ini.

Apa yang perlu anda berikan perhatian adalah adakah saiz zakar besar atau kecil merupakan kesan daripada maklumat genetik yang diwariskan oleh ibu bapa kepada anak?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Saiz zakar ditentukan oleh genetik? 

Tiada jawapan ringkas kepada persoalan ini.

Untuk makluman pembaca, perbezaan kromosom seks lelaki dan perempuan terletak kepada pasangan set kromosom yang ke 23.

Jika anda mempunyai set kromosom XX, anda dilahirkan sebagai perempuan. Kalau XY, maka anda dilahirkan sebagai lelaki.

Kromosom Y merupakan sebab kenapa lelaki mempunyai organ seks zakar. 

Ia juga mempengaruhi tumbesaran testis sepanjang perkembangan janin lelaki di dalam kandungan.

Namun, ia bukanlah satu-satunya faktor genetik yang menentukan saiz zakar anda.

Maklumat genetik daripada ibu pada kromosom X juga boleh mempengaruhi saiz dan bentuk zakar.

Faktor lain seperti gabungan maklumat genetik individu dan faktor persekitaran juga memainkan peranan penting.

Kompleks kan?

Jika saiz zakar saya besar, adakah adik lelaki saya turut akan mempunyai zakar yang besar kelak?

saiz zakar

Jawapan mudah adalah tidak semestinya begitu.

Oleh sebab ibu dan bapa, masing-masing mewariskan salah satu kromosom seks kepada anak lelaki, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku.

Anak lelaki mempunyai gabungan kromosom XY. Kromosom Y sudah semestinya datang dari bapa manakala kromosom X datang dari ibu.

Apa yang anda perlu tahu adalah penerimaan kromosom X dari ibu adalah bersifat rambang.

Oleh sebab ibu mempunyai dua kromosom X, anak lelaki akan menerima salah satu daripada dua kromosom tersebut.

Pada setiap kromosom, terdapat maklumat genetik yang memperuntukkan karakter fizikal unik seperti saiz penis dan sebagainya.

Jika adik lelaki anda menerima kromosom X yang sama dengan anda, dia mungkin akan mempunyai saiz zakar yang lebih kurang sama seperti anda.

Namun, faktor lain seperti pemakanan dan hormon turut memainkan peranan menyebabkan berlakunya perbezaan pada struktur dan saiz zakar anda.

Malah kembar lelaki juga boleh mempunyai bentuk dan saiz zakar yang berbeza. 

Pun begitu, saiz zakar tidak menentukan kepuasan dalam hubungan seksual. Ia mungkin membantu, tetapi ia bukan faktor penentu utama.

Anda mungkin berminat:

Faktor lain yang perlu diberikan perhatian

Faktor genetik tidak berdiri sendiri. Ia perlu disokong oleh faktor lain seperti hormon dan pemakanan bagi membentuk zakar lelaki.

Semasa fasa awal perkembangan janin, hormon lelaki (androgen) memainkan peranan penting dalam menentukan saiz penis.

Apabila seorang lelaki itu sudah mencapai usia matang (baligh), hormon testosteron dan hormon tumbesaran akan mengawal selia saiz dan bentuk zakar.

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa terdapat hormon lain yang boleh menyebabkan saiz penis anda menjadi kecil.

Hormon tersebut merupakan hormon estrogen. Secara amnya, setiap lelaki mempunyai hormon estrogen.

Begitu juga dengan perempuan dan hormon testosteron.

Namun, kadar penghasilannya sedikit berbanding dengan hormon lain. Keseimbangan mereka boleh mengawal atur proses fisiologi badan ke arah fungsi optimum.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa  situasi yang menyebabkan hormon estrogen tinggi. 

Perkara ini boleh mempengaruhi saiz zakar anda terutamanya sebelum ia membesar sepenuhnya.

Antaranya adalah:

  1. Stres
  2. Masalah obesiti
  3. Penyakit hati
  4. Masalah yang mempengaruhi keseimbangan hormon seperti hipogonadisme
  5. Ketumbuhan
  6. Pengambilan ubat dan suplemen semula jadi seperti ginseng dan ginkgo

Malnutrisi yang boleh dialami oleh ibu hamil juga boleh mempengaruhi tumbesaran organ reproduktif janin.

Oleh sebab itulah ibu hamil perlu mendapatkan pemakanan dan zat yang mencukupi.

Jika tidak, ia bukan sahaja boleh mempengaruhi saiz penis janin, malah parameter lain seperti tinggi, berat dan perkembangan organ sistem lain.

Bila saiz penis saya akan berhenti membesar?

hubungan seksual

Ini merupakan persoalan yang sering disalahertikan oleh sebahagian masyarakat umum.

Oleh sebab kurang kefahaman terhadap topik inilah ramai yang masih terpedaya dengan ubat besarkan zakar.

Kajian pada 2014 menunjukkan purata panjang bagi zakar lelaki adalah 3.6 inci ketika lembik dan 5.2 inci ketika mengalami ereksi.

Namun, perlu diingatkan, subjek kajian tersebut agak terhad dari segi jumlah dan populasi.

Kebanyakan individu berpendapat bahawa zakar mereka kecil sedangkan ia merupakan saiz yang standard.

Lelaki akan mengalami tumbesaran zakar penuh ketika mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 19 tahun.

Terdapat individu yang mengalami tumbesaran penuh 1 atau 2 tahun selepas itu juga.

Ia bergantung kepada bila anda mula mengalami proses kematangan.

Selepas daripada usia tersebut, saiz penis tidak boleh diubah dengan apa juga cara.

Namun, terdapat teknik yang boleh menghasilkan persepsi ilusi terhadap saiz zakar.

Sebagai contoh, mereka yang mencukur bulu zakar (bersih) akan mempunyai zakar yang tampak lebih besar berbanding ketika ia ditenggelami oleh rimbunan semak samun.

Konklusi

Saiz zakar bukan hanya ditentukan oleh maklumat genetik bapa, malah ibu.

Apabila ia telah mengalami proses tumbesaran penuh, saiz zakar tidak boleh diubah, namun terdapat teknik yang boleh menghasilkan ilusi yang ia kelihatan lebih besar.

Jika anda ingin memastikan pasangan mencapai kenikmatan hubungan seksual, beri tumpuan kepada posisi seks. 

Mereka yang mempunyai saiz zakar kecil juga boleh menyebabkan pasangan mereka klimaks jika kena pada tekniknya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Pernahkah anda terfikir dan tertanya alat sulit lelaki membesar sampai bila? Jom klik artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Anda rimas dengan bulu alat kemaluan yang nampak kusut dan serabut? Jangan risau! Jom klik artikel ini untuk tahu cara mudah membuangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Saiz Zakar Penting Untuk Wanita Pilih Pasangan Hidup? Jangan Terkejut Dengan Jawapan Ini

Soalan yang sering menimbulkan banyak kontroversi; “Adakah saiz penis merupakan faktor penting bagi wanita dalam kriteria pasangan hidup?”. Jawapannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit kulit sopak

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit zakar kering

Kulit Zakar Jadi Kering Sampai Mudah Tercedera & Berdarah? Ada 7 Sebab Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan