Buat Wanita, Ini 10 Rahsia Melegakan Kekejangan Semasa Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai seorang wanita, waktu haid sudah pasti merupakan ketika yang paling tidak disukai, bukan? Ini kerana anda terpaksa bercuti daripada rutin biasa kehidupan anda. Anda mungkin tidak dapat beribadat, berkerja, bersukan atau bersantai dengan tenang akibat daripada kekejangan semasa haid. Jadi, apakah yang perlu anda dilakukan? Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Apa punca kekejangan semasa haid?

Kekejangan semasa wanita datang bulan berlaku adalah disebabkan oleh kontraksi pada otot rahim. Jika kontraksi itu terlalu kuat semasa kitaran haid, ia akan memberi tekanan kepada saluran darah yang terdekat. Disebabkan itu, bekalan oksigen kepada rahim akan tersekat atau terputus terus. Inilah punca mengapa wanita boleh mengalami kekejangan semasa haid.

Pun begitu, mesti anda akan berasa hairan mengapa hanya sesetengah wanita yang mengalaminya sementara sesetengah lagi tidak pernah mengadu sakit semasa datang bulan. Sebenarnya, terdapat beberapa lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi wanita mengalami kekejangan semasa datang bulan, termasuklah:

  • Pertama kali datang bulan
  • Berusia 20 tahun ke bawah
  • Ketumbuhan pada hormon
  • Baru sahaja melahirkan anak pertama
  • Penggunaan pil perancang keluarga
  • Penghasilan hormon prostaglandin yang berlebihan
  • Endometriosis
  • Adenomyosis

Apa yang perlu anda lakukan?

Kekejangan semasa datang bulan ini sudah pasti sangat mengganggu anda, bukan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan, seperti:

#1. Ambil ubatan tahan sakit

Salah satu cara yang terbukti berkesan secara klinikal adalah dengan mengambil ubatan tahan sakit seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen sodium (Aleve). Pun begitu, pastikan anda telah berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk memastikan anda mengambil ubatan dengan jenis dan dos yang betul. 

#2. Ambil ubatan kawalan hormon

Selain ubatan tahan sakit, anda juga boleh mengambil ubatan kawalan hormon, dengan nasihat doktor! Ubatan jenis ini mengandungi hormon yang akan mengawal atau menghalang ovulasi daripada berlaku sekali gus dapat melegakan kekejangan semasa haid. Anda boleh mengambil ubatan ini dalam bentuk pil, suntikan, tampalan atau implan yang dipasang pada ketiak.

#3. Ambil suplemen

Anda juga boleh cuba ambil suplemen yang dijual di farmasi atau pusat perubatan yang berdaftar di negara kita. Menurut banyak kajian, suplemen seperti vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, magnesium dan asid lemak omega-3 mungkin boleh membantu mengurangkan kekejangan semasa datang bulan.

#4. Guna haba pada badan

Buat anda yang tertanya-tanya, guna haba pada badan ini bermaksud meletakkan sesuatu yang hangat ke bahagian abdomen dan belakang bawah anda untuk melegakan kekejangan semasa datang bulan. Menurut kajian pada 2012 yang berfokuskan 147 wanita berusia 18 ke 30 tahun, penggunaan penampal haba (heat patch) pada suhu 104°F bersamaan dengan 40°C adalah sama efektif dengan pengambilan iburofen.

Anda juga boleh gunakan alternatif yang lebih mudah seperti menuam tuala yang hangat atau mandi air panas. Lebih mudah, bukan?

#5. Orgasma

Mengejutkan, bukan? Menurut Dr. Barry Komusaruk, seorang profesor psikologi dari Rutgers University mengatakan bahawa orgasma dapat membantu mengurangkan kekejangan semasa datang bulan kerana sensasi yang dirasakan pada klitoris akan memberi kesan kepada keseluruhan tubuh badan termasuklah saraf tunjang lantas mengeluarkan pemancar neuron seperti endofin dan oksitoksin yang dapat membantu mengubah persepsi kesakitan.

#6. Akupuntur

Akupuntur sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina tradisional dan ia sangat bermanfaat untuk memberi kesan positif kepada kesihatan individu secara umumnya dengan hanya menggunakan jarum dan titik strategik pada tubuh badan manusia. Menurut kajian, ia juga dikatakan dapat melegakan kekejangan semasa datang bulan. 

#7. Elektrod

Cara ini mungkin agak terkini berbanding cara yang lain dan belum ramai yang mengetahuinya. Teknik yang dikenali sebagai Transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS) ini berfungsi dengan melekatkan penampal yang mempunyai elektrod pada kulit dikatakan dapat merangsang sistem saraf manusia untuk mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh badan.

#8. Herba

Sebenarnya, terdapat banyak herba yang boleh anda gunakan untuk melegakan kekejangan semasa datang bulan seperti teh chamomile, jintan manis, kayu manis, halia dan pycnogenol. Pun begitu, penggunaan herba ini mungkin hanya sekadar plasebo dan pelbagai lagi kajian lanjutan perlu dijalankan.

#9. Jalani kehidupan yang sihat

Buat wanita yang sering mengalami kekejangan semasa haid, anda perlu perhatikan semula gaya hidup anda. Sebaiknya, tinggalkan rokok dan minuman keras buat selama-lamanya. Sebaliknya, bersenam selalu agar kesihatan anda secara umum dapat dipertingkatkan. Selain itu, cuba elakkan diri daripada tekanan yang berlebihan.

#10. Pembedahan

Pilihan terakhir yang wujud adalah pembedahan. Jika kekejangan semasa haid anda disebabkan oleh kondisi seperti endometriosis, adenomyosis atau ketumbuhan, pembedahan merupakan satu-satunya cara yang boleh anda lakukan. Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum melakukannya atau sebarang rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

    Anda datang bulan? Rasa sakit badan dan ingin makan sesuatu yang sihat? Cuba 7 makanan ini untuk bantu anda kurang berasa sakit ketika haid!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Jika Sering Sakit Perut Tiap Kali Waktu Subur? Atau Ini Petanda BAHAYA?

    Ketika waktu subur wanita, anda mungkin mengalami rasa sakit. Mungkin tanda ovulasi sedang terjadi. Namun adakah ia normal atau sesuatu yang berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Perempuan Anda Baru Haid? Ini 5 Cara Hilangkan Rasa Sakit Menstruasi

    Sakit menstruasi tidak digemari oleh kebanyakan wanita. Namun, bagi remaja yang pertama kali haid, sudah tentu akan bimbang menghadapi rasa sakit senggugut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/02/2020 . 4 minit bacaan

    Awas Kaum Wanita – Endometriosis Boleh KEMBALI Lepas Dibuang, Ini Sebabnya!

    Tahukah anda penyakit endometriosis yang melanda wanita berisiko untuk kembali selepas dibuang? Sila ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    period tidak teratur

    Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    vagina gatal

    Miss V GATAL Ketika Datang Bulan? 5 Perkara ini Punca Anda Tidak Selesa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara melayan suami ketika haid

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan