backup og meta

Penggunaan Pil Perancang Keluarga yang Berpanjangan Mengakibatkan Kemandulan?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 09/01/2020

    Penggunaan Pil Perancang Keluarga yang Berpanjangan Mengakibatkan Kemandulan?

    Selepas percubaan untuk mengelakkan kehamilan, dan kemudian di diagnosis dengan kemandulan, wanita sering menyesal tentang bilangan pil perancang keluarga yang telah mereka ambil. Adakah pil perancang keluarga adalah penyebab kemandulan? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut mengenai perkara ini.

    Bagaimana pil perancang keluarga berfungsi?

    Terima kasih kepada perkembangan perubatan dan teknologi, pil perancang keluarga telah diwujud lebih dari 60 tahun. Pil perancang keluarga diambil untuk menghalang ovulasi, bagi mengelakkan wanita daripada hamil. Is mengandungi dua hormon bernama estrogen dan progestin, di mana bertindak menghantar isyarat kepada otak untuk berhenti mengeluarkan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan. Tanpa LH dan SH, tiada telur yang dilepaskan untuk bertemu dengan sperma. Selain itu, estrogen dan progestin sintetik di dalam pil perancang keluarga akan menyebabkan lapisan rahim kekal nipis, membuatkan telur yang telah di senyawakan susah untuk melekat dan membesar. Hormon ini juga membuat lendir servik menjadi lebih tebal yang dapat memperlahankan pergerakan sperma.

    Adalah Pil Perancang Keluarga boleh menyebabkan kemandulan?

    Walaupun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan dalam mengelakkan kehamilan, terdapat bukti saintifik menyatakan bahawa ia juga boleh menjadi punca kemandulan sekiranya diambil dalam tempoh masa yang lama.

    Bila saya perlu berhenti mengambil pil perancang keluarga untuk hamil?

    Selepas berhenti menggunakan pil perancang keluarga sepenuhnya, ramai wanita akan dapat kembali kitaran haid mereka yang normal dalam masa satu hingga tiga bulan. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan hingga satu tahun bagi wanita yang sihat untuk berjaya hamil dengan bantuan hubungan kelamin pada waktu yang baik. Lebih daripada 80% pasangan telah berjaya hamil selepas 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan.

    Sebaliknya, jika wanita berumur 35 tahun yang gagal untuk hamil selepas setahun berhenti menggunakan pil perancang keluarga, berjumpalah dengan doktor pakar. Begitu juga dengan wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun yang mempunyai masalah untuk hamil selepas setahun mencuba, disarankan untuk berjumpa pakar sakit puan.

    Namun begitu, masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa penggunakan pil perancang keluarga boleh mengakibatkan kemandulan. Malah, kemandulan berkaitan dengan pelbagai faktor kesihatan. Oleh itu, sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mengandung, rujuk doktor bagi mendapatkan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang lebih lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 09/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan