BMI Naik Menjelang Hari Raya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Hari raya adalah antara saat yang paling indah bagi umat Islam, khususnya rakyat Malaysia. Setelah berpuasa selama sebulan, tiba masanya untuk meraikan kemenangan di hari lebaran. Sanak saudara dari seluruh pelusuk negara dan dunia pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dan bermaaf-maafan.

Sambutan hari raya tidak sah tanpa hidangan-hidangan yang mengiurkan. Rendang, ketupat, kuah kacang dan kuih-muih seperti kuih lapis, bingka ubi dan karipap. Semuanya pasti akan ditemui dan dirasai di hari raya.

Di sebalik keenakan hidangan tersebut, cabaran terbesar bagi kita adalah untuk mengawal pengambilannya. Bayangkanlah, jika setiap rumah menyajikan satu hidangan, berapa pinggan yang kita perlu makan? Rumah adik-beradik, ayah dan mak saudara, sepupu. Boleh pecah perut dibuatnya. Selepas penat mengawal indeks jisim badan (BMI) selama sebulan sepanjang Ramadan, semua usaha tersebut digagalkan di hari raya pertama.

Sebelum nasi menjadi bubur, jom ikuti perbincangan dan panduan untuk mengelakkan BMI naik di hari raya.

Kalori makanan

Apakah itu kalori? Kalori (cal) adalah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1 darjah celsius. Kalori makanan pula ialah jumlah tenaga di dalam makanan tertentu dalam bentuk haba untuk membolehkan badan kita menjalani fungsinya. Ia biasanya diukur dalam unit kalori kilogram (kcal).

Bagaimana ia terkait dengan berat badan? Untuk mengekalkan berat badan, jumlah kalori yang masuk harus sama dengan jumlah yang keluar. Jika anda ingin turunkan berat badan, pastikan jumlah kalori masuk lebih rendah dari jumlah kalori keluar. Mudah sahaja sifirnya tapi nak amalkan sangat susah, lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Selain jumlah kalori, gaya hidup juga memainkan peranan dalam mengawal berat badan. Semakin aktif, semakin banyak kalori yang anda perlukan dan semakin mudah untuk anda menurunkan berat badan. Sebaliknya jika anda kurang bersenam dan menghabiskan kebanyakan waktu di atas kerusi, jumlah kalori yang diperlukan adalah lebih sedikit.

Membuat kiraan kalori

Sebelum merancang diet, anda perlu mengira keperluan harian kalori anda menggunakan kalkulator kalori.

Sebagai contoh, seorang lelaki berumur 25 tahun dengan berat 70 kg, tinggi 168 cm dan bersenam 3 kali seminggu, keperluan kalori hariannya ialah 2200 kcal.

Perempuan secara umumnya memerlukan jumlah kalori lebih rendah. Dengan umur, berat, tinggi dan kekerapan bersenam yang sama seperti di atas, seorang perempuan hanya memerlukan kalori 2000 kcal.

Daripada nilai tersebut, anda boleh menyusun makanan mengikut bilangan kalori masing-masing agar ia selari dengan sasaran dan keperluan anda. Jika ingin turunkan berat badan, ambil kurang daripada 2200 kcal dan sebaliknya.

Jumlah kalori dalam makanan hari raya

Hidangan istimewa hari raya terlalu banyak. Tak akan habis jika mahu disenaraikan semuanya. Berikut adalah nilai kalori dalam beberapa hidangan hari raya.

Selepas mengetahui bilangan kalori dalam hidangan-hidangan utama hari raya, anda boleh mula merancang jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil di hari lebaran nanti. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kalori bagi makanan lain, boleh rujuk di kevinzahri.com atau Panduan Nilai Kalori 200 Jenis Makanan.

Tip mengekalkan BMI di hari raya

Mengira kalori semata-mata tidak mencukupi. Godaan luar biasa di hari raya, ditambah pula selepas sebulan perlu menahan lapar di waktu siang, cabarannya sangat besar. Tip berikut mungkin boleh membantu anda menghadapinya.

  • Jangan makan terlalu banyak di pagi hari raya. Sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya, kita disunatkan makan. Ambil jumlah makanan cukup untuk mengalas perut dan menghilangkan rasa lapar. Anda perlu ingat, ada lebih 10 rumah lagi yang ingin dikunjungi!
  • Ambil jumlah yang sedikit setiap kali makan. Anda tidak pelru berkeras menolak pelawaan tuan rumah sehingga membuatkan beliau kecil hati. Makanlah tapi dengan kuantiti yang sedikit dan katakan, “saya ada banyak lagi rumah ni.” Sebagai contoh, ambil hanya sebiji ketupat dan setengah senduk kuah kacang. Itu hanya 150 kcal.
  • Elakkan minuman manis. Hidangan air kebiasaannya lebih mudah ditolak berbanding makanan. Segelas atau dua sudah cukup dalam satu hari. Banyakkan minum air kosong.
  • Kurangkan nasi dan ketupat, lebihkan lauk jika mahu. Nasi dan ketupat mengandungi kalori yang tinggi terutamanya nasi briyani dan ketupat palas.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, ambil lebih timun yang biasa dihidangkan bersama nasi himpit.
  • Banyakkan masa berbual dan bersosial berbanding makan. Waktu berkumpul seperti di hari raya ini jarang kita dapat. Daripada asyik membesarkan perut, gunakan peluang ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga.
  • Jangan lupakan pendidikan sepanjang sebulan Ramadan. Bulan Ramadan telah mengajar kita supaya jangan membazir dan ingat kepada orang susah. Jangan sia-siakannya dengan menjadi boros di hari raya.
  • Cuba untuk kembali bersenam secepat mungkin. Memang susah untuk mencari masa untuk bersenam di musim perayaan. Orang Malaysia kebiasaannya raya selama sebulan yang dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka. Berlari keliling taman atau kampung selama 15 minit setiap pagi sudah cukup baik untuk membakar “kalori raya”.

Hari raya bukanlah hari membalas dendam selepas sebulan berpuasa. Ia sebaliknya adalah hari meraikan kemenangan selepas sebulan berjaya melawan hawa nafsu. Sepatutnya, kita menjadi lebih berhemah dan berjimat di hari raya. Itu lebih dekat dengan ajaran Islam.

Namun, kita tidak dilarang untuk bersuka ria di hari raya, bahkan disuruh untuk bergembira pada hari yang mulia ini. Dalam apa pun yang kita lakukan, jangan sehingga melepasi batasnya. Silap haribulan, macam-macam penyakit boleh datang hasil daripada pemakanan tidak sihat yang diamalkan pada hari raya. Justeru, berpada-padalah.

Selamat hari raya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa itu osteoporosis dan apakah kesannya terhadap kehidupan serta pekerjaan seharian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Diabetes boleh diperbaiki melalui beberapa kaedah termasuklah pembedahan gastrik yang merupakan salah satu daripada kaedah pembedahan bariatrik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 16/10/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pecahkan air ketuban

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan