Anda sedang cuba untuk turunkan berat badan? Takut sekiranya terambil produk atau makanan tambah berat badan yang akan buatkan keadaan jadi semakin teruk? Sebenarnya, ada banyak mitos dan fakta mengenai makanan untuk tambah berat.
Anda sedang cuba untuk turunkan berat badan? Takut sekiranya terambil produk atau makanan tambah berat badan yang akan buatkan keadaan jadi semakin teruk? Sebenarnya, ada banyak mitos dan fakta mengenai makanan untuk tambah berat.

Ada yang kata nasi itu menggemukkan. Ada juga yang kata pengambilan minuman bergula itu boleh menambah berat badan. Tetapi, mana satu yang kita perlu percaya sekiranya ingin menurunkan berat badan?
Jangan risau, kami ada jawapannya. Kali ini, kami akan terangkan mitos dan fakta mengenai makanan untuk tambah berat.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Menurut laporan Atlas Obesiti Dunia, hampir 20 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti. Menjelang 2035, jumlah tersebut mungkin akan meningkat kepada 41 peratus sekiranya tidak dibendung.
Sebenarnya, tidak ada jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Bagi mencapai berat optimum yang sihat, anda perlu melakukan perubahan-perubahan kecil dalam hidup.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, cara terbaik untuk menurunkan berat adalah dengan mengubah cara makan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Tidak dinafikan, ada banyak mitos mengenai diet yang berlegar-legar di media sosial.
Kadangkala, kita juga mudah terpengaruh dengan tip yang kita dengar daripada orang lain, kononnya apa yang mereka lakukan itu berkesan dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat.
Jangan sesekali berlapar semata-mata untuk menurunkan berat. Cara tersebut bukan sahaja tidak berkesan, ia juga boleh mendatangkan mudarat terhadap kesihatan.
Antara mitos yang sering disebut-sebut mengenai diet dan makanan tambah berat badan ialah:

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat penting untuk badan. Ia merupakan sumber tenaga utama yang menggerakkan fungsi otak, buah pinggang dan organ badan yang lain.
Pengambilan nasi, pasta atau kentang lenyek tidak akan menyebabkan anda gemuk.
Malah, menurut Australian Dietary Guidelines, manusia digalakkan untuk mengambil banyak karbohidrat kerana hampir 45 hingga 65 peratus tenaga badan dihasilkan daripadanya.
Bagaimanapun, penting untuk anda pilih karbohidrat yang betul sekiranya ingin kurus. Benar, ada karbohidrat yang boleh menambah berat badan.
Jika boleh, pilih karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah tidak akan membuatkan tahap gula dalam darah meningkat dengan mendadak.
Kalau tidak makan, pasti berat akan turun dengan lebih mudah, bukan? Sebenarnya, ia tidaklah semudah itu.
Berlapar bukan sahaja akan membuatkan anda penat, ia juga akan menyebabkan badan kekurangan nutrisi penting yang hanya boleh diperoleh daripada makanan tertentu.
Dalam jangka masa panjang, berlapar tidak akan membantu menurunkan berat badan.
Hanya pemakanan yang sihat dapat membantu anda kurus. Antara langkah yang boleh anda lakukan jika ingin elakkan pengambilan makanan tambah berat badan ialah:

Pernahkah anda dengar orang kata – jika ingin menambah berat badan dalam seminggu, elok makan pada waktu malam. Benarkah?
Menurut Rangkaian Maklumat Kawalan Berat Badan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), waktu makan tidak akan menyebabkan penambahan mahupun penurunan berat badan.
Bagaimanapun, jumlah makanan dan juga kadar senaman adalah kunci penurunan atau peningkatan berat badan seseorang.
Namun, mereka yang makan pada waktu malam selalunya lebih mudah naik berat badan. Manakan tidak, individu yang gemar makan lewat malam selalunya akan pilih makanan tambah berat badan yang tinggi kalori, misalnya coklat, kentang goreng dan sebagainya.
Malah, mereka yang makan pada lewat malam juga sukar untuk tidur. Ini akan menyebabkan mereka ‘mengidam’ untuk makan lebih banyak keeseokan harinya.

Ada orang ingat air bukanlah makanan untuk tambah berat. Bagaimanapun, tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Pengambilan air sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi. Selain itu, air kosong tidak mengandungi kalori. Bagi mereka yang sedang berdiet, susu juga merupakan antara pilihan minuman yang terbaik. Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk badan.
Elakkan
Jika label pada produk tertulis “tanpa lemak” atau “rendah lemak,” itu tidak bermaksud anda boleh makan semua tanpa menambah berat badan.
Ramai yang tidak tahu, banyak makanan rendah lemak atau tanpa lemak mengandungi gula, kanji atau garam. Secara tidak langsun, ia boleh menjadi makanan tambah berat badan.
Sebenarnya, makanan ini mempunyai kalori yang sama atau lebih banyak daripada makanan yang tidak mempunyai label rendah lemak. Lagipun, lemak adalah makanan tambah berat badan yang perlu dielakkan jika ingin kurus.
Sebelum makan, semak label pemakanan untuk melihat berapa banyak kalori dalam hidangan. Barulah makanan itu tidak akan menambah berat badan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/09/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor