Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda suka melakukan aktiviti fizikal? Itu bagus tapi tahu tak tanpa sedar, ada kesilapan ketika bersenam yang mungkin dilakukan. Ikuti pencerahan ini…

Apa perlu buat sebelum melakukan aktiviti fizikal?

Anda pasti sudah sedia maklum bahawa bersenam yang dilakukan secara berkala adalah perkara terbaik untuk manfaat kesihatan keseluruhan.

Antara kebaikan daripada aktiviti fizikal adalah ia dapat memperkuatkan otot dan tulang, meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan tekanan, menguatkan ingatan dan mendorong tidur yang lebih baik.

Malangnya, dalam keghairahan anda bersenam demi mencapai impian: membesarkan otot atau mengurangkan berat, ramai individu menjadi kecewa dan berhenti bersenam sebelum dapat melihat hasilnya. 

Sememangnya, ia bukanlah 1 keadaan yang mengejutkan. Eh, kenapa pula?

Ini kerana berlaku banyak kesilapan umum yang sering terjadi dalam program latihan kecergasan mereka.

Adakah anda juga tergolong dalam kumpulan yang melakukan kesalahan ini? Jom kita semak jenis kesilapan ketika bersenam yang biasa dilakukan.

6 kesilapan ketika bersenam 

Berikut beberapa kesilapan biasa yang mungkin anda mahu elakkan:

  • Melangkau sesi memanas badan

Bayangkan otot dan tisu penghubung seperti tali getah. 

Jika anda menarik gelang getah ketika sejuk, ia boleh putus. Tetapi jika anda memanaskan getah itu, ia boleh menjadi lebih elastik dan fleksibel.

Begitu juga keadaan badan anda. 

aktiviti fizikal

Sesi pemanasan badan atau warm up akan mempersiapkan otot jantung dan paru-paru untuk melakukan aktiviti fizikal, mengurangkan risiko kecederaan dan membantu menyiapkan minda untuk bersenam.

Jika anda warm up dengan betul, suhu otot dan badan akan naik dan meningkatkan aliran darah. Ia seterusnya memperbaiki peredaran darah dan keanjalan otot.

  • Melakukan aktiviti fizikal tidak digemari

Antara faktor utama yang mempengaruhi kepatuhan terhadap program latihan kecergasan adalah motivasi.

Oleh itu, sebaiknya, pilihlah aktiviti yang anda sukai. 

Ini kerana konsistensi adalah kunci kepada kejayaan dan jika anda melakukan aktiviti yang digemari, berkemungkinan untuk anda terus bersenam adalah lebih besar.

  • Harapan tidak realistik

Anda perlu realistik untuk sebarang harapan yang boleh anda lakukan dan capai.

Contohnya, jika sekarang ini anda tidak bersenam setiap hari, adalah tidak munasabah untuk mengatakan yang anda akan melakukannya 6 kali seminggu selepas ini. 

Sebaliknya, tetapkan matlamat lebih realistik, seperti bersenam 2 atau 3 kali dalam seminggu. Begitu juga ketika menetapkan intensiti latihan dan tempoh senaman dalam sehari. 

Elak daripada melakukan kesilapan ketika bersenam ini, okay?

  • Melebihi kemampuan diri

Biasanya, apabila memulakan sesuatu aktiviti fizikal, semangat anda pasti berkobar-kobar, kan? 

Itu bagus. Tetapi anda perlu mengukur kemampuan diri anda sendiri. Cara terbaik, tingkatkan intensiti secara perlahan dari masa ke masa. 

Ini untuk membantu anda keluar daripada zon selesa tanpa mencederakan diri sendiri.

  • Jenis aktiviti fizikal yang salah

Dari mana anda belajar rutin senaman? Mengikut individu lain melakukannya di gim, daripada rakan sekerja, atau melalui tontonan di laman web?

Tanpa anda ketahui, mungkin mereka juga melakukan rutin yang salah.

Untuk mengetahui cara yang betul ketika bersenam adalah dengan mendapatkan rundingan daripada jurulatih profesional. 

Mereka dapat membantu merancang latihan yang bersesuaian bagi mencapai matlamat anda.

kesalahan dalam aktiviti fizikal

  • Tiada perubahan dalam senaman

Antara kesilapan ketika bersenam yang sering dilakukan adalah melakukan perkara yang sama dari hari ke hari. 

Ya, ia bagus dalam prinsip penyesuaian untuk prestasi kerana menjadikan diri cekap dalam melakukan senaman yang sama berulang kali. 

Pun begitu, dalam aspek penurunan berat badan, peningkatan kekuatan atau perkembangan kecergasan fizikal, ia sebaliknya.

Jika melakukan latihan kecergasan yang sama untuk tempoh jangka masa panjang, anda akan gagal melihat perubahan tambahan.

Cara mengatasi masalah ini, adalah dengan mengubah suai aktiviti fizikal setiap beberapa minggu atau bulan. 

Perubahan ini boleh melibatkan jenis latihan, tempoh masa senaman atau jumlah pengulangan yang perlu dilakukan. Di sini, bantuan jurulatih profesional amat berguna.

latihan kecergasan fizikal

Komitmen dan konsistensi melakukan aktiviti fizikal

Perkara paling utama dalam melakukan latihan kecergasan adalah untuk tidak berputus asa apabila tersasar daripada matlamat. 

Konsistensi dan komitmen adalah 2 kualiti yang menjadikan program latihan kecergasan berjaya.

Namun, tidak dinafikan akan ada harinya anda bermotivasi untuk bersenam dan sebaliknya. Percayalah ia 1 keadaan yang normal. Usah rasa bersalah, okay?

Yang penting adalah untuk berusaha kekal konsisten dalam melakukan aktiviti fizikal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

Pernah tak anda rasa sakit perut dan kejang ketika berlari? Jangan risau, perkara ini sesuatu yang kerap terjadi. Jom ikuti tips senaman kami!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
pembedahan bariatrik

Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
tip bersenam

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
kesan buang rahim

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan