Antara Dua Darjat: Kisah Penjagaan Paliatif Si Miskin dan Kaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Beban penderitaan disebabkan masalah kesihatan adalah masalah besar dan boleh diatasi antaranya dengan cara penjagaan paliatif dan penggunaan ubat tahan sakit. Penjagaan paliatif dapat melegakan, mengurangkan atau meringankan sesuatu kesakitan atau penyakit meskipun tidak menyembuhkannya.

Sekitar 25.5 juta daripada 56.2 juta orang yang meninggal dunia pada tahun 2015 mengalami penderitaan berkaitan masalah kesihatan. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan dalam memastikan kualiti hidup pesakit yang lebih baik terutamanya pada hari-hari terakhir mereka.

Jurang capaian penjagaan paliatif

Terdapat jurang yang sangat besar dalam capaian kepada penjagaan paliatif bagi pesakit kanser di negara berpendapatan tinggi dan negara berpendapatan rendah. Lebih daripada 80% pesakit yang mengalami penderitaan berkaitan masalah kesihatan tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai capaian kepada sebarang penjagaan paliatif seperti ubat tahan sakit seperti morfin sekalipun.

Walaupun keperluan kepada penjagaan paliatif lebih banyak di negara berpendapatan rendah dan sederhana, sebaliknya negara berpendapatan tinggi yang didapati mempunyai akses dan menggunakan penjagaan paliatif seperti ubat tahan sakit dengan lebih banyak.

Sebagai contoh, negara seperti Amerika Syarikat menggunakan opioid, salah satu ubat tahan sakit sebanyak 3150% daripada keperluan penjagaan paliatifnya, sementara negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana seperti India dan Vietnam menggunakan opioid kurang daripada 10% daripada keperluan penjagaan paliatifnya.

Ini bererti ramai pesakit yang mengalami penderitaan berkaitan masalah kesihatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak diberi ubat tahan sakit sementara negara-negara berpendapatan tinggi menikmati penggunaan ubat tahan sakit melebihi keperluan.

penjagaan paliatif

Bagi golongan miskin di negara membangun, penjagaan kesihatan adalah terbatas, apatah lagi capaian kepada penjagaan paliatif. Perbelanjaan masalah kesihatan yang teruk menyebabkan 4% daripada populasi masyarakat di India dan Bangladesh hidup di bawah garis kemiskinan.

Ketiadaan perbelanjaan mencukupi untuk menjaga kesihatan dan merawat kesakitan adalah biasa bagi golongan miskin. Namun, adakah ini bererti orang miskin akan dibiarkan hidup dan mati dalam kesakitan?

Seruan perubahan dalam Kongres Kanser Dunia 2018

Kongres Kanser Dunia 2018 yang berlangsung daripada 1-4 Oktober di Kuala Lumpur antara lain turut menyaksikan pertemuan beberapa pakar penjagaan paliatif terkemuka dunia yang mendesak kepada penggubalan dasar yang menyokong capaian saksama bagi penjagaan paliatif.

Menghilangkan penderitaan pesakit adalah keperluan yang kerap kali diabaikan dalam pesakit kanser. Perubahan perlu dilakukan agar terdapat akses dalam komuniti setempat untuk mendapatkan penjagaan paliatif sepertimana di negara berpendapatan tinggi yang menyediakan khidmat penjagaan paliatif dari rumah ke rumah.

Menurut Prof Stephen Connor, pengarah eksekutif Worldwide Hospice Palliative Care Alliance, penjagaan paliatif tidak akan memakan belanja yang besar daripada kerajaan, bahkan menjimatkan kos perbelanjaan kesihatan sesebuah negara dengan meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan beban simptom pesakit, seterusnya mengurangkan penggunaan rawatan kecemasan di hospital.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    apa itu penjagaan paliatif

    Kebajikan Terjaga, Pesakit Kronik Usah Risau! Ada Sokongan Fizikal, Mental & Moral Tersedia Di Hospital

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan paliatif

    Nak Jaga Pesakit Kanser Bukan Sesuatu Yang Mudah, Penjagaan Hospis Ini Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    paliatif

    Penjagaan Paliatif: Bantu Pesakit Berasa Lebih Baik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 22/02/2019 . 3 minit bacaan