Patutlah Perangai Macam Budak Sekarang, Umur 40 Tahun Baru Lelaki Mula Matang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Perempuan memang lebih cepat matang daripada lelaki”, pasti anda pernah mendengar ungkapan sebegitu. Tetapi adakah benar lelaki matang hanya apabila mencapai usia 40 tahun?

Menjadi kepercayaan 

Hakikatnya dalam realiti kehidupan seharian, kita mempercayai bahawa lelaki memang tidak matang. Ini kerana apabila seseorang individu lelaki melakukan kesilapan, kita secara terus akan menyalahkan aspek kematangan mereka dengan kenyataan seperti, “Lelaki tak matang memang akan curang atau menipu” dan sebagainya.

Malahan, kepercayaan ini juga banyak diterapkan dalam drama mahupun filem yang sering kali memaparkan sisi ketidakmatangan seorang lelaki. Ia sekali gus menyebabkan individu wanita mempercayai bahawa dalam sebuah perhubungan, mereka perlu menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan rasional daripada individu lelaki. 

Namun adakah terdapat bukti saintifik untuk mengesahkan mengenai kepercayaan ini? Atau ia sekadar kepercayaan yang tidak sahih?

Wanita matang vs lelaki matang

lelaki matang

Untuk mengesahkan mengenai kepercayaan ini, University of Oxford telah melakukan satu analisis kajian otak melibatkan 121 responden berusia antara 4 hingga 40 tahun dengan mengunakan imej otak.

Penyelidikan dilaksanakan adalah untuk mengetahui ciri-ciri yang berubah semasa kematangan dan ciri yang tetap sama. Dalam penyelidikan ini, pengkaji dapat mengenal pasti perubahan dalam fungsi yang berbeza berdasarkan usia dan jantina responden yang terlibat. 

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kematangan otak manusia. Di mana sifat kematangan individu dibezakan oleh perkembangan rangkaian fungsi dan struktur yang berlanjutan sehingga alam dewasa

Ia kedengaran agak rumit, bukan? Tetapi secara mudahnya, ia bermaksud bahawa otak tidak pernah berhenti berkembang walaupun individu itu telah menjadi dewasa. Malahan, otak juga boleh berubah ketika proses kematangan. 

Hasil kajian

Ingin tahu apakah hasil yang diperolehi daripada analisis yang dilakukan? Bagi sesetengah individu (khususnya lelaki) mungkin berasakan kajian ini tidak penting. Tetapi sekurang-kurangnya, ia boleh mengesahkan sama ada kepercayaan bahawa lelaki lambat matang itu sahih atau sekadar mitos.

Hasil daripada kajian yang dilaksanakan ini menunjukkan bahawa lelaki kurang matang berbanding perempuan, ini dilihat pada aspek bahagian otak yang masih berkembang.

Terdapat perbezaan antara otak lelaki dan juga wanita seperti yang diramalkan oleh kebanyakan individu. Kedua-dua jantina, sama ada lelaki atau wanita membangunkan keupayaan dan fungsi otak yang sama.

Walau bagaimanapun, wujud perbezaan pada kadar perkembangan, di mana lelaki cenderung untuk lewat mengembang dan membangunkan rangkaian fungsi berbanding wanita. Bagaimana menjelaskan keadaan ini?

Korteks prefrontal (prefrontal cortex (PFC)) adalah bahagian otak yang mengawal analisis kognitif dan pemikiran abstrak serta tingkah laku corrective dalam situasi sosial.

Kajian magnetic resonance imaging (MRI) membolehkan saintis melihat kadar PFC matang dan dapat meneroka bahawa otak lelaki tidak berkembang sepenuhnya sehingga usia 25 tahun.

Sementara wanita mengalami kadar kematangan pada usia 21 tahun. 

Penemuan ini menjelaskan mengapa otak wanita lebih efisien berbanding otak lelaki, sekali gus mengesahkan mengapa wanita lebih matang berbanding lelaki, walaupun pada dasarnya kedua-duanya adalah individu dewasa. 

Kesimpulan 

Sebenarnya, kematangan bukan bergantung pada faktor usia. Ini kerana terdapat individu lelaki matang walaupun usianya masih muda. Lelaki yang tidak matang ini biasanya lebih kepada individu dengan sikap kebudak-budakan dan gemar bermain-main. Tetapi ia bukan bermakna mereka langsung tidak boleh diharapkan, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"