Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tandukan bola sepak sememangnya bergaya, apatah lagi jika tandukan tersebut tepat memasuki gawang gol pihak lawan. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang perlu diambil berat berkenaan isu tandukan bola ini.  Teruskan pembacaan anda.

Tandukan membawa ‘maut’

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak England menyatakan bahawa mereka akan mengehadkan kekerapan tandukan bola oleh pemain muda mereka semasa latihan dijalankan. Ini berikutan terdapat kebimbangan berkenaan isu kesihatan berkaitan kepala yang semakin meningkat. 

Hal ini kerana terdapatnya desakan ke atas Persatuan Bola Sepak Inggeris untuk menerima pakai hasil kajian yang menunjukkan hubungan antara dua perkara; kecederaan otak traumatik sederhana dan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat demensia.

Untuk pengetahuan anda, kecederaan otak traumatik sederhana ini boleh berlaku disebabkan oleh tandukan bola dengan menggunakan kepala. Hasil kajian ini juga mendorong Persatuan Bola Sepak Scotland untuk mengharamkan kanak-kanak sekolah rendah di Scotland daripada melakukan sebarang tandukan bola sepak.

Risiko demensia lebih tinggi jika menanduk bola

bola sepak

Kajian terbaharu menunjukkan, bekas pemain bola sepak mempunyai kecenderungan sebanyak 3.5 kali ganda untuk mati disebabkan oleh demensia berbanding individu biasa pada umur yang sama.

Kajian yang dijalankan oleh University of Glasgow ini turut mendapati, terdapat peningkatan risiko untuk mengalami Alzheimer sebanyak 5 kali ganda dalam kalangan bekas pemain bola tersebut. Selain itu, mereka turut mempunyai risiko peningkatan sebanyak 4 kali ganda untuk mendapat penyakit neuron motor dan 2 kali ganda bagi penyakit Parkinson. Menggerunkan bukan?

Para penyelidik turut mendapati, bekas pemain bola ini juga mempunyai peningkatan risiko sebanyak 3% bagi kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit neurologi atau saraf berbanding individu biasa. 

Pelaksanaan kajian hasil kempen keluarga bekas pemain bola sepak

Anda mungkin tidak tahu, kajian yang dijalankan ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh keluarga bekas pemain pasukan West Brom dan England, Jeff Astle. Jeff Astle telah meninggal dunia pada usia 59 tahun akibat daripada penyakit demensia.

Inkues kematian Jeff Astle menyebut bahawa penyakit saraf yang dialaminya, ensefalopati traumatik kronik (CTE), adalah disebabkan oleh kesan berulang daripada tandukan bola sepak menggunakan kepala. Selain daripada Jeff Astle, terdapat juga beberapa bekas pemain lain yang turut terkesan daripada tandukan bola menggunakan kepala. Antaranya ialah:

  • Aaron Hernandez: mempunyai simptom awal keagresifan, niat membunuh diri dan perubahan emosi pada umur yang sangat muda. Beliau telah membunuh diri pada usia 27 tahun.
  • Martin Peters: mengalami Alzheimer semasa hidupnya. Beliau meninggal dunia pada bulan Disember 2019 dan berusia 76 tahun pada saat kematiannya.
  • Sue Lopez: bekas pemain bola sepak bagi pasukan England ini turut menyatakan bahawa demensia yang dialami adalah akibat daripada tandukan bola yang dilakukan sepanjang kariernya.
  • Alan Shearer: bekas kapten pasukan bola sepak England turut menyatakan kebimbangannya untuk mendapat demensia memandangkan dia pernah melakukan tandukan bola sebanyak 100 kali sehari!

Bukan sahaja demensia, malah risiko penyakit lain

bola sepak

Menanduk bola dengan menggunakan kepala bukan sahaja menyebabkan penyakit saraf seperti demensia dan juga Alzheimer, malah boleh menyebabkan penyakit lain yang berkaitan.

Pada bulan Februari 2019, penyelidik dari Liverpool Hope University mendapati, kekerapan melakukan tandukan bola boleh menyebabkan kehilangan memori jangka pendek dan juga tumpuan mata. Tandukan bola boleh menyebabkan kesan negatif terhadap memori dan juga kemampuan penggunaan dua mata untuk memberi fokus terhadap perkara yang berbeza dengan pantas (pergerakan mata saccadic). 

Kajian tersebut hanya melibatkan dua puluh tandukan bola yang dilakukan oleh dua puluh orang pemain bola sepak amatur. Ini baru melibatkan hanya dua puluh kali tandukan, bayangkan jika seseorang itu melakukan ratusan tandukan yang jelas akan memberikan lebih banyak kesan negatif.

Apakah yang sepatutnya anda lakukan?

bola sepak

Jika anak anda merupakan seorang pemain bola yang aktif, cuba hadkan aktiviti sukannya daripada sering menanduk bola. Nasihatkan si kecil anda agar tidak menanduk bola atau kurangkan kekerapannya apabila mereka berlatih di sekolah.

Namun, ini tidak bermakna bahawa anda sebagai individu dewasa boleh menanduk bola sesuka hati tanpa kawalan. Anda juga perlu mengehadkan kekerapan melakukan tandukan bola dengan menggunakan kepala bagi mengurangkan risiko mendapat demensia, Alzheimer, kehilangan memori dan juga tumpuan mata. 

Bersukan sememangnya baik untuk kesihatan tetapi perlulah dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

    Kajian membuktikan gejala diabetes ketiga memudaratkan fungsi otak anda. Adakah ia berkait dengan penyakit Alzheimer? Mari baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Kepala Terhentak, Periksa 10 Tanda Amaran Ini, Jangan Biarkan Takut Ada Darah Beku!

    Trauma kepala merupakan satu keadaan yang bahaya dan boleh buatkan anda tidak sedarkan diri. Bahaya jika anda cedera atau alami pendarahan kepala!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Demensia adalah satu penyakit gangguan mental. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit demensia, cuba ajak mereka lakukan 5 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Tahukah anda apa itu penyakit Alzheimer dan demensia? Kedua-dua penyakit yang dipanggil nyanyuk ini sebenarnya amat berbeza antara satu sama lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kecederaan kepala

    Jadi Genius Selepas Kepala Terhantuk? Tak Mustahil! Inilah Rahsia Di Sebalik Sindrom Savant

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan