Fakta Menarik Mengenai Bola Sepak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Musim piala dunia telah berakhir. Tiada lagi demam bola, mandi bola dan makan bola. Siapa pun yang menang, itu lah kenyataan yang harus ditelan oleh semua orang. Meskipun kejohanan bola sepak paling berprestij itu telah tamat, sukan ini terus subur dalam perbincangan dan berita harian.

Ada beberapa fakta menarik tentang bola sepak yang mungkin anda tidak tahu. Jom ikuti artikel sehingga akhir!

1. Purata larian pemain adalah 11 km dalam satu perlawanan

Bola sepak tentunya sukan yang memenatkan. Dengan saiz padang yang besar, pemain perlu banyak berlari sepanjang permainan. Berbeza mengikut posisi, purata larian adalah sejauh 11 km bagi satu perlawanan selama 90 minit. Posisi tengah mencatatkan jarak paling tinggi dan penjaga gol adalah paling rendah.

Jika dilihat kepada 11 orang pemain bagi satu pasukan, dengan 64 perlawanan di dalam Piala Dunia 2018, jumlah jarak larian di dalam kejohanan itu adalah kira-kira 15,500 km! Sama seperti jarak perjalanan pergi dan balik antara Kangar, Perlis dan Johor Bahru, Johor.

2. 750 kalori terbakar dalam satu permainan

Menurut Harvard Health Publications, pemain seberat 70 kg membakar kira-kira 260 kalori dalam tempoh 30 minit permainan. Bagi satu perlawanan penuh 90 minit, kira-kira 750 kalori akan terbakar. Ini lebih tinggi berbanding sukan bola keranjang, bola lisut dan badminton.

Mari kita kira berapa banyak kalori terbakar dalam satu kejohanan piala dunia. Jika seorang pemain membakar 750 kalori, 11 orang bersamaan 8250 kalori. Satu permainan melibat 22 orang pemain, menjadikan sejumlah 16,500 kalori terbakar. Keseluruhan 64 perlawanan piala dunia pula membakar 1,056,000 kalori.

Jumlah ini bersamaan 2,640 pinggan nasi lemak!

3. Lebih separuh penduduk dunia meminati bola sepak

Dengan peminat seramai 4 bilion, lebih separuh daripada penduduk dunia mengikuti sukan ini. Antara faktor yang membuatkan ia menjadi pilihan adalah mudah dimainkan serta kos yang rendah. Ia tidak memerlukan alatan tertentu seperti kayu hoki, raket badminton atau padang dengan saiz yang khusus.

Bola dan padang dalam saiz yang memadai sahaja sudah cukup. Tambahan pula, ramai orang boleh bermain dalam satu permainan. Jadi, tak perlu nak berebut.

4. 5 sukan terbanyak mencatatkan kecederaan

Tiada data yang boleh dilihat bagi keadaan di Malaysia. Namun, menurut John Hopkins Medicine Health Library, bola sepak menunjukkan angka kes tertinggi di hospital selepas bola sepak Amerika, berbasikal, bola keranjang dan bola lisut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kelebihan Tuan Rumah Dalam Sukan Bola Sepak

    Dalam sukan bola sepak, waktu bermain di gelanggang sendiri sangat dinanti-nantikan. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 20/11/2019 . 2 minit bacaan

    Larangan Menanduk Bola Untuk Pemain Bawah 18 Tahun – Pakar

    Terbaru, Dr Bennet Omalu telah menyeru agar larangan menanduk bola dikuatkuasakan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 30/10/2019 . 3 minit bacaan

    Mahu Libatkan Anak Anda Dalam Sukan Lasak? Perhatikan Hal Ini Terlebih Dahulu

    Terdapat satu perkara yang perlu anda perhatikan atau ambil perhatian sebelum melibatkan anak anda bersama dalam sukan lasak. Apa dia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Kebaikan Bulan Sukan Negara?  

    Baru-baru ini tular mengenai logo Bulan Sukan Negara (BSN) yang dikatakan tidak sensitif. Tetapi apa sebenarnya Bulan Sukan Negara ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minuman isotonik

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks dan sukan

    Hubungan Kelamin Boleh Menjejaskan Prestasi Atletik Seorang Atlet, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan
    bola sepak

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Tahukah Anda Lionel Messi Sebenarnya Hidap Gangguan Hormon Tumbesaran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/01/2020 . 4 minit bacaan