Ketahui Cara Menghilangkan Jerawat Paling Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit muka yang bersih tanpa sebarang cela, bukan? Disebabkan itu, kini terdapat pelbagai produk penjagaan kulit muka yang dijual di pasaran yang mendapat sambutan hangat terutamanya dalam kalangan remaja. Namun begitu, jerawat pada kulit muka masih tidak hilang sepenuhnya. Ia benar-benar menjengkelkan dan merendahkan keyakinan kerana sedikit sebanyak ia pasti akan menjejaskan penampilan anda. Persoalannya, adakah terdapat cara menghilangkan jerawat secara berkesan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 

Apa itu jerawat?

Sebelum itu, wajar untuk kita semua faham apa itu jerawat terlebih dahulu.

Jerawat adalah kondisi kulit yang berlaku apabila folikel rambut tersumbat bersama sel kulit mati dan minyak. Bukan sekadar jerawat, masalah ini juga akan mengakibatkan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain seperti blackhead atau whitehead yang kebiasaannya menyerang bahagian kulit muka, dahi, dada, bahu dan belakang badan. Jerawat sering sahaja dikaitkan dengan remaja, namun juga boleh dialami oleh individu pada setiap lingkungan umur.

Sebenarnya, terdapat banyak rawatan atau cara menghilangkan jerawat yang anda boleh cuba. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa ia sebenarnya sangat degil dan berterusan. Jika satu jerawat mula sembuh dan hilang, akan muncul lagi yang lain pula. Bergantung kepada tahap keterukannya, ia akan menyebabkan masalah lain pada kulit seperti parut lalu menjejaskan emosi individu. Lebih cepat anda lakukan rawatan, lebih kurang risiko kerosakan kulit anda.

Apa punca jerawat?

Seperti mana yang ramai sudah sedia maklum, jerawat disebabkan oleh perkara berikut:

  • Folikel rambut tersumbat bersama sel kulit mati dan minyak
  • Kulit menghasilkan minyak berlebihan
  • Hormon
  • Bakteria

Jerawat kebiasaannya akan tumbuh pada kulit muka, dahi, dada, bahu dan belakang badan kerana kawasan kulit ini mempunyai kelenjar minyak yang paling banyak.

Untuk pengetahuan anda, folikel rambut adalah bersambung dengan kelenjar minyak. Jadi, ia akan menyebabkan masalah jerawat sekiranya ia tersumbat. Jerawat boleh dikenalpasti dengan bintik-bintik merah yang agak timbul pada kulit serta mempunyai titik putih di tengahnya, ekoran folikel rambut tersumbat dan terdedah kepada bakteria. Selain jerawat, masalah folikel rambut tersumbat ini juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti blackhead atau whitehead.

Dalam pada itu, sebenarnya terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran lain yang boleh menyebabkan masalah jerawat ini berlaku kepada anda secara anda tidak sedar. Berikut adalah beberapa sebab yang tidak dijangka, anda mula mengalami masalah jerawat pada kulit yang anda perlu ambil perhatian!

Memahami faktor-faktor paling biasa yang mungkin menyebabkan jerawat anda adalah langkah pertama dan paling penting untuk menentukan punca berlakunya masalah jerawat pada anda, dan mencegahnya untuk kebaikan kulit anda. Berdasarkan penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini, berikut adalah 8 punca utama jerawat:

#1. Hormon

Androgen adalah hormon yang akan meningkat dalam tubuh badan remaja lelaki atau perempuan ketika mereka sedang dalam proses akil baligh. Ini seterusnya akan menyebabkan kelenjar minyak pada tubuh badan mereka mula membesar lalu menghasilkan lebih banyak minyak. Ini akan menyebabkan masalah jerawat berlaku pada kulit.

Selain itu, perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan juga akan memberi kesan kepada penghasilan minyak pada kulit tubuh badan.

Dalam pada itu, masalah jerawat juga sering berlaku kepada wanita yang mengalami kitaran ovulasi tidak menentu kerana ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka. Ini benar-benar normal, tetapi boleh dicegah. Sekiranya anda adalah wanita dengan kitaran sebegitu, jerawat cenderung mengecut seminggu sebelum dan dua minggu selepas kitaran haid anda, jadi pertimbangkan untuk mengambil pil mengawal kelahiran untuk menstabilkan hormon dalam tubuh anda. 

Beralih kepada pil kawalan kelahiran estrogen yang dominan adalah salah satu cara yang paling mudah dan paling cepat untuk membebaskan kulit daripada jerawat. Namun begitu, anda diingatkan untuk tidak mengambil pil kawalan kelahiran progesteron yang dominan, kerana ia mungkin akan menjadikan kulit anda lebih teruk!

#2. Bakteria

Ini adalah salah satu punca jerawat yang paling biasa, dan kebanyakan individu tidak menyedarinya. Antara punca kehadiran bakteria yang boleh merosakkan kulit anda adalah apabila anda tidur dengan memakai solekan, menggunakan berus solekan yang kotor, terlalu banyak menyentuh muka atau sepanjang masa bersama telefon bimbit. Ini akan membawa kepada faktor yang seterusnya iaitu kerap menyentuh muka.

#3. Kerap menyentuh muka

 

Ini mungkin mengejutkan, tetapi tindakan menyentuh kulit terutamanya muka secara tidak sengaja sepanjang hari menjadikannya bahagian paling kotor tubuh badan anda. Ini adalah perkara yang kebanyakan kita lakukan setiap hari dan ia adalah punca biasa jerawat di sekitar dagu dan rahang berlaku.

#4. Tidak mencuci muka

 

Minyak pada kulit sangat sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang akan menyebabkan jerawat. Tidur dengan solekan bukan sahaja akan menumbuhkan bakteria, tetapi juga menambahkan minyak, kotoran, dan jerawat pada kulit. Berikut adalah langkah-langkah untuk mencuci muka anda dengan betul:

 

  • Basuh tangan anda dan sapu pembersih muka ke telapak tangan anda
  • Gosok ia pada kulit muka anda dengan gerakan membulat yang lembut, kemudian biarkan seketika dan bilas dengan air hangat pada muka anda 8 hingga 10 kali untuk membersihkan kulit muka sepenuhnya

#5. Lap kulit kering dengan kain lap

 

Jangan sesekali mencuci muka dengan meletakkan pencuci muka pada tuala dan menggosokkannya ke wajah anda. Ini bukan sahaja merengsakan kulit anda, tetapi ia tidak sepenuhnya membersihkan dan mungkin sebenarnya memburukkan lagi keadaan sekali gus menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.

#6. Diet 

Kajian mendapati bahawa jerawat juga boleh berlaku sekiranya individu mengamalkan diet yang kurang sesuai. Antara contoh diet yang boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin teruk adalah pengambilan susu skim dan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti roti, nasi dan pasta. Selain itu, coklat juga dikatakan sebagai punca masalah jerawat menjadi lebih teruk. Menurut satu kajian yang dijalankan terhadap 14 lelaki menunjukkan bahawa pengambilan coklat boleh menerukkan simptom jerawat. Pun begitu, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk memastikan kesahihannya.

#7. Tekanan

Tekanan telah terbukti dalam kebanyakan kajian klinikal yang menyebabkan kulit semakin teruk berjerawat. Untuk mengawal tekanan, cuba teknik pernafasan yang mudah, berehat sepanjang hari, berlatih yoga atau meditasi. Selain itu, belajar bagaimana untuk mengurusnya sama ada melalui meditasi, senaman atau masa santai khusus sangat penting untuk anda dan kulit anda.

#8. Ubat-ubatan

Setiap ubat akan memberi kesan kepada tubuh badan secara berbeza, tetapi secara amnya ubat-ubatan dan penggunaan dadah boleh menyebabkan tekanan pada sistem saraf, yang meningkatkan hormon (adrenals). Ini akan menyumbang kepada kehausan dan kekoyakan tisu penghubung yang seterusnya akan mengakibatkan kulit tidak anjal, longgar, kendur serta menambahkan kerosakan.

Oleh itu, ubat terbaik untuk anda adalah bekerja dengan teratur, bermeditasi, mengambil masa dari kesibukan anda untuk memberi tumpuan kepada diri anda sendiri. Semua perkara ini akan membantu anda melepaskan tekanan, jadi tubuh tidak terus melepaskan hormon yang hanya akan membahayakan kulit anda.

Cara menghilangkan jerawat

Sebenarnya, cara yang paling tepat dan betul untuk menyelesaikan masalah jerawat pada kulit adalah berjumpa dengan doktor dan dapatkan ubat klinik yang telah diperakui keberkesanannya. Pun begitu, terdapat juga beberapa cara alternatif atau tradisional yang anda mungkin boleh gunakan untuk mengawal masalah jerawat. Berikut merupakan beberapa cara menghilangkan jerawat paling berkesan yang anda mungkin boleh cuba:

Cara menghilangkan jerawat #1. Minyak pati pokok teh

Minyak pati pokok teh adalah hasil ekstrak daripada pokok Melaleuca alternifolia, yang merupakan natif dari Austrlia. Menurut kajian, 5% gel ekstrak tumbuhan ini adalah lebih 4 kali ganda lebih berkesan mengurangkan jerawat daripada 5% benzoyl peroxide. Selain itu, ia kurang mendatangkan kesan sampingan seperti kemerahan dan kekeringan pada kulit. Caranya mudah sahaja iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.

Cara menghilangkan jerawat #2. Minyak pati lain

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai lagi minyak pati lain asalkan ia bersifat antibakteria dan antikeradangan untuk mengurangkan jerawat. Menurut kajian, minyak pati dari tumbuhan seperti kulit kayu manis, cengkih, serai. lavender dan rosemary boleh melawan bakteria penyebab jerawat seperti S. epidermidis dan P. acnes. Caranya sama seperti minyak pati pokok teh iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.

Cara menghilangkan jerawat #3. Teh hijau

Kebanyakan individu akan minum air teh hijau kerana khasiatnya terhadap kesihatan dalaman tubuh badan, namun ia juga sebenarnya sangat bagus untuk mengurangkan masalah jerawat. Teh hijai mengandungi flavonoid dan tannis yang sangat membantu melawan keradangan dan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan epigallocatechin-3-gallate (EGCG) yang boleh berfungsi mengurangkan minyak pada kulit. Caranya juga sama, iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.

Cara menghilangkan jerawat #4. Lidah buaya

Ini adalah cara menghilangkan jerawat yang paling banyak dan sering digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Ekstrak tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan yang boleh igunakan sebagai bahan aktif dalam pelembap muka, pencuci muka, sabun, losyen pelindung matahari ekoran ia boleh memberikan kelegaan dan dipercayai dapat merawat kulit bermasalah. Namun, adakah ia benar-benar merupakan cara menghilangkan jerawat yang berkesan?

Benar atau tidak lidah buaya boleh jadi cara menghilangkan jerawat?

Terdapat pelbagai kegunaan lidah buaya yang bermanfaat untuk muka dan kulit. Antara manfaatnya adalah seperti:

  • Sifat antibakteria gel lidah buaya sangat berkesan dalam merawat jerawat daa mengurangkan kemerahan dan keradangan yang disebabkan olehnya. Ia menghalang bakteria daripada menjangkiti luka jerawat dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ciri-ciri antikulat yang terdapat pada lidah buaya berguna merawat keradangan seperti nodul dan sista pada kulit
  • Magnesium lactate yang wujud dalam gel lidah buaya membantu mengurangkan rasa gatal disebabkan jerawat. Ia berkesan dalam merawat ruam kulit dan sinaran matahari
  • Gel lidah buaya juga dapat membantu menghilangkan minyak dan kotoran yang berlebihan dari kulit untuk mencegah jerawat. Ia mengurangkan saiz nodul dan sista yang meradang untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakan
  • Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan parut jerawat dengan meningkatkan pemulihan kulit baru, menjadikan kulit anda lebih berseri
  • Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan pigmentasi kulit untuk mengurangkan parut dan kecacatan yang disebabkan oleh jerawat
  • Gel lidah buaya juga dapat membantu mengetatkan liang-liang pori pada muka, sekali gus mengurangkan risiko pori tersumbat dengan kotoran

Bagaimana menggunakan lidah buaya untuk merawat jerawat?

Terdapat pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menggunakan lidah buaya untuk mengatasi jerawat. Anda boleh membuat krim topikal anda sendiri, losyen, scrub, dan mengabungkan lidah buaya dengan pelbagai bahan semula jadi yang lain.

Berikut adalah beberapa cara paling popular dan berkesan untuk merawat jerawat dengan lidah buaya:

Lidah buaya asli

Ini adalah cara yang paling asli iaitu hanya menggunakan gel lidah buaya. Oleh kerana tumbuhan ini terkenal dengan sifat antioksidan, antiradang dan bahan antibakteria, anda boleh gunakan ia secara sepenuhnya pada kulit anda untuk melawan jerawat.

Perkara yang paling baik tentang penggunaan gel ini adalah anda boleh menggunakan gel ini untuk sepanjang malam, dan pastikan anda membilasnya pada waktu pagi. Ciri-ciri antiradang ini membantu mengurangkan bengkak, membunuh bakteria dan mengurangkan kesakitan.

Lidah buaya, madu dan kayu manis

Ketiga-tiga bahan ini adalah terbaik sebagai melawan jerawat. Ini kerana mereka dapat membunuh bakteria yang boleh membawa kepada keadaan kulit yang serius. Untuk topeng muka yang berbau wangi, gabungkan 4 sudu makan madu dengan 2 sudu makan gel lidah buaya. Campur 1 setengah sudu serbuk kayu manis dan kacau rata. Anda akan memperolehi topeng yang agak pekat dan mudah diaplikasikan pada muka. Jika ia terlalu berair, tambah madu. Sapu pada bahagian muka yang bermasalah dan biarkan selama 7-12 minit. Bilas dan lap dengan bersih.

Lidah buaya, minyak kelapa dan gula

Skrub ini amat sesuai untuk melawan jerawat. Satukan ⅓ cawan minyak kelapa dengan gula dan lidah buaya, gaul rata. Anda boleh simpan campuran ini di dalam peti sejuk dan gunakan ia setiap hari. Elakkan dari terkena bahagian mata. Sapu skrub ini pada muka dan bilas dengan bersih selepas seminit dua. Minyak kelapa juga berfungsi sebagai anti-bakteria, jadi anda akan mendapat 2 dos penyembuhan. Gula pula berfungsi sebagai agen pengelupasan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang pori yang tersumbat.

Semburan lidah buaya

Campurkan 3 bahagian air kepada 1 bahagian gel lidah buaya. Goncangkan sehingga sebati di dalam botol plastik. Tutup mata dan semburkan larutan kepada secara langsung ke muka untuk semburan anti-bakteria yang pantas bagi mengatasi jerawat.

Lidah buaya dan lemon

Buahan citrus juga baik untuk digunakan sebagai ubat jerawat. Gabungkan gel lidah buaya dengan jus lemon; 10 bahagian gel lidah buaya kepada 1 bahagian lemon, gunakan pada bahagian muka selama 10 minit. Pastikan anda membasuh muka anda dengan bersih dan campuran yang digunakan adalah betul kerana penggunaan lemon terlalu banyak boleh merengsakan kulit. Campuran ini boleh membantu membunuh bakteria dan membersihkan liang dengan lebih cekap dan berkesan.

Lidah buaya dan minyak bayi

Minyak bayi mengandungi vitamin E, yang berfungsi untuk menghidrat kulit secara semula jadi, serta menyembuh dan menyuburkannya. Dengan menambah hanya 1 atau 2 titis minyak banyak kepada 2 sudu teh gel lidah buaya, anda boleh membuat krim sapuan yang berfungsi melegakan dan menyembuhkan jerawat. Biarkan selama 1 jam sebelum dibilas bersih dengan menggunakan air suam.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan lidah buaya sebagai rawatan di rumah untuk melawan jerawat. Lidah buaya amat berfungsi untuk melawan bakteria dan merawat jerawat dengan berkesan. Dengan keberkesanan yang amat tinggi, setiap individu harus optimis dalam penggunaan lidah buaya sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda. Namun, sebelum anda menggunakannya secara menyeluruh, pastikan anda mencubanya sedikit untuk memastikan anda tidak mengalami alahan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

    Ramai sudah tahu bahawa aloe vera adalah bagus untuk kulit dan rambut. Namun tahukah kalian ia juga boleh membantu merawat luka? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

    Masalah jerawat boleh akibatkan tekanan jika tidak dirawat. Jika anda struggle merawat masalah ini, anda harus mengetahui punca jerawat badan dan muka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Benjolan Pada Alat Sulit, Ini Jerawat Atau Tanda Herpes? Teliti 3 Panduan Kami Ini!

    Kalian keliru sama ada herpes atau jerawat yang berlaku pada alat kemaluan anda? Jom klik artikel ini untuk tahu 3 panduan membezakannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kondisi kulit semasa menopaus

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    bintik putih

    Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    hilangkan ketuat

    Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    melancap penyebab jerawat

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan