backup og meta

10 Perkara Anda WAJIB Buat Lepas Bercukur Untuk Elak Ruam Atau Radang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/02/2023

    10 Perkara Anda WAJIB Buat Lepas Bercukur Untuk Elak Ruam Atau Radang!

    Tanpa mengira lelaki atau wanita, kita semua kena tahu bagaimana cara bercukur yang betul agar ia tidak melukakan atau menyakitkan. Persoalannya, apa perkara anda kena buat selepas mencukur bulu pada kulit?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

    Cara bercukur #1. Terus mandi lepas cukur

    Air mandian yang suam dicadangkan untuk melembutkan kulit anda setelah aktiviti waxing dan pastikan suhu air tidak terlalu panas.

    Kulit yang terlibat semasa proses waxing akan lebih terdedah kepada kekeringan sekiranya didedahkan kepada air panas dan akan menyebabkan keradangan yang lebih serius.

    Gunakan pencuci berkrim untuk menghilangkan sisa lilin bagi menggantikan produk-produk penggelupasan.

    #2. Gunakan gel atau krim salap

    Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan produk berasaskan gel atau salap untuk merawat kemerahan dan kulit yang mengalami keradangan ekora kesan bercukur.

    Produk-produk semulajadi seperti aloe vera, minyak pokok teh, minyak grapeseed dan minyak vitamin E akan melegakan keradangan selain mempunyai sifat antibakteria.

    Untuk pilihan salap, pilih produk yang mengandungi polymyxin B sulfate dan bacitracin zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan produk yang mengandungi neomycin yang akan menyebabkan reaksi alahan.

    cara bercukur

    #3. Gunakan ais atau kompres dingin

    Ais dan kompres dingin bermanfaat untuk mengurangkan kemerahan atau keradangan selepas mencukur lantas menjadi produk yang bagus sebagai cara bercukur yang betul.

    Bagi penggunaan kiub ais, balutkannya dengan kain nipis terlebih dahulu sebelum menggunakannya keatas kulit dan jangan menggunakan ais secara terus keatas permukaan kulit kerana ia akan melekat dengan kulit.

    Cara bercukur #4. Jangan sentuh kulit anda

    Adalah dinasihatkan agar kulit yang mengalami keradangan kekal untuk tidak disentuh melainkan apabila perlu seperti menyapu gel atau salap keatas permukaan kulit.

    Kotoran dan bakteria daripada tangan yang tidak dibersihkan akan mendedahkan liang terbuka pada permukaan kulit terhadap jangkitan yang akan menyebabkan kemerah-merahan dan keadaan serius yang lain.

    #5. Kenakan pakaian yang longgar

    Pakaian yang longgar akan mengelakkan sebarang geseran dan keradangan selain membenarkan kulit anda untuk bernafas.

    Adalah amat penting bagi anda untuk sentiasa menukar pakaian untuk mengelakkan kuman daripada memasuki liang terbuka yang akan menyebabkan jangkitan kulit yang lain.

    cara bercukur

    #6. Hadkan aktiviti luar dan senaman

    Cuba elakkan daripada melakukan senaman, berjemur, sauna, dan tab mandian panas buat sementara waktu sehingga kulit anda benar-benar pulih.

    Senaman akan menyebabkan ruam keatas kulit kerana pergeseran akan sentiasa berlaku keatas kulit yang mempunyai keradangan.

    Kulit yang mempunyai keradangan adalah sangat sensitif terhadap sebarang haba dan cahaya matahari, oleh itu aktiviti yang melibatkan penggunaan sebarang bentuk haba seperti berjemur dan tab mandian panas adalah tidak digalakkan.

    #7. Gunakan losyen jenis calamine

    Losyen calamine digunakan bagi merawat kegatalan dan membantu untuk merawat keradangan kulit selepas bercukur atau waxing.

    Calamine mengandungi bahan aktif zinc oxide, yang mengandungi sifat antiseptik untuk menghalang jangkitan selain memberi kelegaan kepada kita daripada sebarang kegatalan dan tabiat menggaru.

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggapnya sebagai salah satu ubat yang paling diperlukan, selamat dan berkesan dalam sistem kesihatan.

    #8. Elakkan picit ketulan atau benjolan

    Selepas aktiviti waxing, pada kebiasaannya benjolan akan muncul bagi sesetengah individu disebabkan oleh tekanan yang diberikan di sekitar kulit.

    Elakkan daripada memicit atau memecahkan benjolan kerana bakteria akan lebih mudah memasuki bahagian dalam kulit melalui liang-liang dan meningkatkan jangkitan kulit.

    cara bercukur

    Cara bercukur #9. Awasi produk anda 

    Fungsi alpha hydroxy acid (AHAs) dan beta hydroxy acid (BHAs) adalah untuk membuang kulit mati daripada permukaan kulit dan boleh dijumpai dalam produk pencuci, toner, pelembap, skrub, peels dan masks.

    Hydroxy acids ini boleh menjadikan kulit anda lebih nipis kerana ia menggelupaskan permukaan kulit dan memberi kesan kepada kulit untuk mengalami keradangan.

    #10. Gunakan antiseptik yang alami

    Cuka epal adalah salah satu antiseptik semulajadi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan dalam masa yang sama, menghalang jangkitan kulit.

    Astringent dan sifat antiseptik daripada cuka epal adalah bermanfaat untuk merawat benjolan, menyeimbangkan pH kulit dan menghalang keradangan.

    Konklusinya, anda kena tahu cara bercukur yang betul sebelum, semasa dan selepas itu. Jadi, sila lebih hati-hati ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan